Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, June 29, 2018

Suamiku Dajjal 2 ~ Aiman Banna

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan Kelantan yang sangat cantik, Anis Safia, yang telah bahagia bersama dengan Encik Kopiah yang telah Safia minati selama ini. 

Walaupun Encik Kopiah itu telah dilontarkan kata-kata "KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!", Safia telah meminta maaf kepada Encik Kopiah kerana telah mempercayai fitnah busuk & kotor yang telah mempengaruhi dirinya. . Atas nama cinta, senyuman dan salam dihulurkan seikhlasnya daripada Adam kepada Safia. Kosong-kosong, tetapi sejuta cinta tetap setia buat Safia. . Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Pada suatu hari, hati, nafsu amarah Safia meronta-ronta ingin menjerit, 'ADAM, KAU DAJJAL. KAU MUNAFIK! KAU DAJJAL!!!', namun tidak terucap oleh mulut Safia walaupun perbuatan Adam itu selayaknya untuk dimarahi oleh seorang isteri yang dizalimi seteruk itu. 

Walaupun Safia tidak mengujarkan kata-kata seperti itu lagi, apa yang Safia lakukan SANGAT TIDAK TERSANGKA! SEPERTINYA TIADA SIAPA YANG AKAN SANGGUP LAKUKAN SETELAH TAHU SUAMINYA DAJJAL? 

Syurga Songsang ~ Nurul Husna

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bermulanya cerita apabila seorang budak lelaki merangkap sepupu tinggal bersama-sama keluarganya di bawah satu bumbung yang sama.

Perasaan apabila ada lelaki bukan mahram di dalam rumah, menyerabutkan. Itulah yang dirasakan oleh anak perempuan sulung keluarga itu. Hal utama yang harus dipastikannya, aurat. Ikhtilat, kesopanan dan kesusilaan juga harus dijaga. Ironinya, perbualan panjang pertama mereka berkisar tentang couple.

"Ingat budak sekolah agama tak main benda-benda macam ni." — Irshad
"Iman letaknya di hati, bukan pada nama sekolah." — Deen

Deen: Seorang gadis yang tidak merasakan peri pentingnya jodoh di dalam keadaan iman yang masih tunggang-langgang. Mana mungkin menjadi seorang pencinta jika tidak mengenal pencipta. Namun hati itu sifatnya berbolak-balik.

Taubat Yang Tertangguh ~ Aizuddin Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Selama ini aku hanya melakukan kebaikan untuk mengaburi maksiat yang aku lakukan!

“Korang nampak aku baik sebab Allah tutup aib aku. Kalau Allah tunjukkan segala dosa yang aku pernah lakukan, mesti korang akan pandang hina aku.”
- Uzair Akhyar -

"Kadang-kadang, nak tegur orang ‘agama’ ni lebih susah daripada orang biasa. Ada saja dalil untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan. Nampak baik, tapi sebenarnya diorang dah tertipu dengan syaitan.”
- Irfan Azqie -

“Sekarang ni zaman internet. Nak buat pahala memang senang, share saja perkara-perkara yang bermanfaat. Tapi, ramai orang terlupa, nak buat dosa pun senang juga. Sebarkan fitnah, buka aib sendiri, cari kesalahan orang.”
- Shukri Roslan -

Pickupline Dakwah ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Jika kau buat pickupline untuk dapat cinta dia, Aku buat pickupline untuk kau dapat cinta Dia"

Buku ni selain ada pickupline-pickupline dakwah yang best insyaAllah, juga ada pelbagai PANDUAN lengkap untuk kita semua sama-sama berdakwah tak kira latar belakang. Semua orang layak untuk buat dakwah insyaAllah.

Macamana nak dakwah geng LGBT? Macamana nak dakwah mak ayah? Macamana nak dakwah rakan di sekolah secara tersusun dan efektif? Macamana nak buat dakwah di alam universiti? Asam garam dakwah? Fitnah dan tipu daya iblis bagi golongan pendakwah?

Bagaimana nak dakwah melalui penulisan, komik, musik, nyanyian, lakonan dan sebagainya? Bagaimana mahu hidupkan media sosial dengan dakwah? Bagaimana nak dakwah non muslim? Bagaimana nak ubah dunia? Bagaimana, bagaimana, bagaimana...

Monday, June 25, 2018

The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemaskini) ~ Allan & Barbara Pease

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?

Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini), pembaca berpeluang mempelajari:
  • Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang. 
  • Isyarat bahasa badan Si Penipu 
  • Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah 
  • Magik di sebalik senyuman wanita
Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.

77 Resipi Istimewa Air Fryer ~ Chef Hanieliza

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai aneka hidangan harian yang mudah dan cepat dimasak dengan Air Fryer pelbagai guna. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.

Antara Kandungan:
Ayam
Ayam Bakar Berempah
Ayam Bakar Lada Hitam
Ayam Bakar Serai
Ayam Bakar Tomyam 
Ayam Cajun & Coselow
Ayam Goreng Berempah

Ikan dan Makanan Laut
Begedil Sardin
Ikan Bakar Air Asam
Ikan Bakar Serai
Ikan Bakar Tomyam
Ikan Bilis Goreng Cili Api 

Daging
Bolognese Cheesy Fries
Burger Homemade
Daging Bakar Lada Hitam
Sosej Goreng Lada Hitam

Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps (Edisi Kemaskini) ~ Allan & Barbara Pease

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung
  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan
  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri
  • Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja
  • Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar
  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa
  • Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik
Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Komik Daurah: Alam Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Siri Komik Daurah yang julung kalinya diterbitkan menceritakan perihal kematian. Apabila manusia meninggal, mereka akan menghadapi suasana alam barzakh terlebih dahulu. Kisah alam barzakh ini berdasarkan daripada tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang diadaptasi dalam bentuk komik. 

Apabila masuk sahaja jenazah ke dalam liang lahad, himpitan kubur akan berlaku sebelum disoal oleh dua malaikat penyoal di dalam kubur. Kemudian, kita akan di panggil oleh malaikat Ruman sebelum bertemu Munkar dan Nakir. Suaranya bagai halilintar, matanya bagai cahaya kilat atau petir yang menyambar. Taringnya panjang menjulang ke langit dan menceceh ke bumi. Komik ini juga sesuai sebagai bacaan umum untuk menambah pengetahuan dan ilmu.

Tafsir Mini Surah al-Syams ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Menerangkan dengan lebih mendalam tentang surah al- Syams sehingga anak-anak boleh memahami dan mentadabbur setiap ayat.
Membantu ibu bapa dan para pendidik memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu dan mentadabbur kitab suci al-Quran.

Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dan memeudahkan pemahaman setiap ayat suci Al-Quran.
Sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan kominikasi berkesan dengan anak-anak melalui penceritaan bagi mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan sama ada di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Memahami Pengaturcaraan & Mikropengawal Melalui mBlock & Papan mCore ~ Dr. Hafizah Husain

(SEM & SS) RM24.90 > RM21.90

Menjelaskan tentang konsep asas pengaturcaraan dan mikropengawal

Terbaik SPM: Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 ~ Hasrin Hakim

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Mengandungi topik-topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4&5.

Terbaik SPM: Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5 ~ Hasrin Hakim, Telaga Biru

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.10

Mengandungi topik-topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5

Tuesday, June 5, 2018

Baitulmaqdis Bumi Berkat: Resolusi Al-Azhar ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Terdapat beberapa persoalan yang mungkin kita tertanya-tanya:
1. Apakah keistimewaan kota BaitulMaqdis
2. Bilakah kota Baitulmaqdis mula dibina?
3. Apakah peranan Saidina Umar. R.A, Salahuddin Al-Ayyubi dan juga Sultan Abdul Hamid II dalam mempertahankan kota suci ini?
4. Apakah fatwa ulama’ berkaitan penjajahan Zionis Israel terhadap bumi Baitulmaqdis?
5. Apakah reaksi dunia terhadap tindakan Donald Trump yang menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel?

Pelbagai Hukum Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM6.00 > RM5.30

Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat,sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita.

Keunggulan Hafazan ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku ini sebagai pelengkap & penambah bagi perbincangan yang lepas dengan mengemukakan tokoh-tokoh yang mempunyai ingatan dan hafazan yang luar biasa. Ia bertujuan untuk menambahkan lagi rasa kagum dan ingin mencuba untuk menjadi penghafaz yang baik.

Buku ini amat sesuai dibaca dan dihadam oleh siswa siswi serta pelajar untuk maju ke hadapan dalam menguasai ilmu serta mampu menjadi penghafaz yang baik atau pengingat yang kuat ingatan.

The Amazing Al-Quran ~ Dr. Ammar Fadzil

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Penghasilan buku ini mengupas tentang beberapa isu yang perlu diketahui oleh masyarakat yang berdamping dengan al-Quran sama ada secara langsung bagu Muslim atau secara tidak langsung bagi bukan Muslim. Hal ini demikian kerana al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh manusia. Interaksi seseorang dengan al-Quran menekankan tiga aspek utama; apakah itu al-Quran, pembacaan al-Quran dan pemahaman al-Quran.

Membumikan Syariah ~ Mohd Daud Bakar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Syariah bukan hanya soal hukum halal dan haram, dosa dan pahala atau itu boleh dan ini tidak boleh. Akan tetapi, syariah ialah solusi pratikal yang mesti diambil faedah dan manfaatnya secara berterusan. Ia melangkaui bidang kewangan, perubatan, pengurusan aset, kemasyarakatan, politik, rakyat, undang-undang, kebajikan dan sebagainya. 

Kita mesti melihat syariah bergerak dan memainkan peranan penting yang berkesan ke arah hasil yang positif dan berimpak tinggi untuk semua pihak.

Muslimah Yang Tersingkir ~ Zahirah Zamree

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Nak tahu tak kenapa saya bertungkus-lumus tidak mahu kalian jadi seperti saya? Sebab saya tahu pahit sangat hidup fake macam tu. Hidup yang menipu diri sendiri. Entah apa yang saya puas waktu itu sehinggakan saya tertipu dengan diri sendiri bertahun lamanya. Saya berpurdah, tapi hati saya tak ‘berpurdah’!

Friday, June 1, 2018

Bajet Bagus ~ Ustaz Elyas Ismail

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Buku Bajet Bagus adalah naskah terbaharu Ustaz Elyas Ismail dalam meneruskan usaha dakwah beliau kepada masyarakat. Bajet Bagus merupakan nasihat serta teguran agar kita tidak melihat diri serba cukup dan sempurna. Ia hadir sebagai pesanan kepada mereka yang mungkin merasakan diri telah baik, ilmu telah banyak, ibadah telah ikhlas dan sebagainya. 

Bajet Bagus mengajak kita memuhasabah kembali diri agar tidak merasakan kitalah ahli syurga dan orang lain tempatnya di neraka.

Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu) ~ Robert T. Kiyosaki

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

BUKU KEWANGAN PERIBADI NO. 1 SEPANJANG ZAMAN

Menghapuskan mitos yang menyatakan kita perlu memiliki pendapatan tinggi untuk menjadi kaya – terutama dalam dunia di mana teknologi, robot dan ekonomi global mengubah peraturan dunia

Mengajar berkenaan mengapa memperoleh dan membina aset lebih penting bagi masa depan kita berbanding gaji yang besar – dan juga berkenaan manfaat cukai yang dinikmati oleh para pelabur dan pemilik bisnes

Mencabar kepercayaan bahawa rumah kita adalah aset – seperti yang dipelajari oleh jutaan orang melalui pengalaman pahit mereka apabila gelembung ekonomi perumahan meletus dan kegagalan pinjaman gadai janji subprima semakin marak

Mengingatkan mengapa kita tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan sekolah bagi mengajar anak-anak kita berkenaan wang – dan mengapa kemahiran hidup yang kritikal ini semakin penting pada hari ini berbanding sebelum ini.

Stigma ~ Muharikah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Macam mana kalau saya terjatuh cinta kat dia?" ungkap Iman, serius.

Ketawa Zarith berderai, terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.

"Knowing you, I know akak takkan fall in love dengan orang macam Aleph. Kalau tak, ramai dah adik-adik kat Cairo dulu tu jadi kekasih akak," ketawa mereka pecah lagi. Menenggelamkan suasana bingit di kantin itu. Iman tahu, Zarith hanya bergurau. Tapi, ada sisi kehidupan Iman yang berjaya disorok daripada Zarith. Sisi gelap yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa pun.

Sekali Lagi ~ Auni Zainal

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

"Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!"

Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.

Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.

"Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni."
"Kenapa? Ada apa?" tanya Nadiah kebingungan.
"Bangun nak pergi sekolahlah. Kau mamai ek?"
"Sekolah?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...