Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Aqada. Show all posts
Showing posts with label Aqada. Show all posts

Friday, June 29, 2018

Suamiku Dajjal 2 ~ Aiman Banna

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan Kelantan yang sangat cantik, Anis Safia, yang telah bahagia bersama dengan Encik Kopiah yang telah Safia minati selama ini. 

Walaupun Encik Kopiah itu telah dilontarkan kata-kata "KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!", Safia telah meminta maaf kepada Encik Kopiah kerana telah mempercayai fitnah busuk & kotor yang telah mempengaruhi dirinya. . Atas nama cinta, senyuman dan salam dihulurkan seikhlasnya daripada Adam kepada Safia. Kosong-kosong, tetapi sejuta cinta tetap setia buat Safia. . Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Pada suatu hari, hati, nafsu amarah Safia meronta-ronta ingin menjerit, 'ADAM, KAU DAJJAL. KAU MUNAFIK! KAU DAJJAL!!!', namun tidak terucap oleh mulut Safia walaupun perbuatan Adam itu selayaknya untuk dimarahi oleh seorang isteri yang dizalimi seteruk itu. 

Walaupun Safia tidak mengujarkan kata-kata seperti itu lagi, apa yang Safia lakukan SANGAT TIDAK TERSANGKA! SEPERTINYA TIADA SIAPA YANG AKAN SANGGUP LAKUKAN SETELAH TAHU SUAMINYA DAJJAL? 

Thursday, February 8, 2018

Aku Bukan Nabi ~ Aiman Banna, Nuridhzuan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

#AkuBukanNabi, sebuah cerita yang disusun kemas dalam nukilan novel. Novel yang bertema cinta yang lima. Bukan cerita cinta yang biasa tetapi ianya tentang cinta yang agung berserta dengan cinta dunia yang fana. Apakah cinta yang lima itu? Cinta Ilahi, Cinta Nabi, Cinta Ummi, Cinta Sahabat Sejati, Cinta Ajnabi. 5 cinta ini akan menjadi tema hidup seorang jejaka bernama Ameer Islam. Bagaimana dia bergelut dengan jahiliahnya dan kerak busuk dosa nodanya itu membelenggu dirinya daripada melihat hakikat sucinya cinta empat yang pertama; iaitu cinta Ilahi, Nabi, Ummi dan sahabat sejatinya iaitu Abrar & Adnin. Cintanya yang kelima itulah parasit. Bukan berdua, tetapi bertiga. Makhluk ketiga itu bukan insani, tetapi makluk laknat yang dicipta daripada api. Jika ditanya Ameer, mengapa sanggup tinggalkan empat demi satu cinta sahaja. Mengapa Ameer, mengapa? Jawabnya mudah dengan muka bersahaja, "Kerana AKU BUKAN NABI! Dah, jangan acah alim nak tegur aku! Blah..."

Apakah Quran yang dihafaznya sedari kecil itu menjadi syafaat atau laknat? Apakah dia mampu untuk mencintai Ilahi dan Nabi sepertimana selayaknya seorang hamba dan umat lakukannya? Perempuan yang dibedah perutnya untuk melahirkan seorang Ameer Islam, apakah dia akan mendapat cinta anaknya itu semula? Apakah Ameer mampu untuk menghargai sepenuhnya cinta sahabat sejatinya yang bersama susah dan senang, yang mencintai ikhlas kerana Ilahi dan Nabi iaitu Abrar dan Adnin? Dan, sanggupkan dia abaikan cinta yang kelima yang menjadi punca hilang segala empat cinta itu? Nantikan novel bertema cinta yang lima, iaitu #AkuBukanNabi!

Friday, September 15, 2017

Rejuvenasi Hati ~ Aiman Banna

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Kenapa ada manusia dalam syurga dan kenapa ada dalam neraka? Kenapa tidak semua sahaja yang masuk syurga? Biarkan sahaja neraka itu kosong, tiada penghuni begitu sahaja.”

...mengapa Allah tidak jadikan semua manusia dalam syurga? Dan, tidak perlu ciptakan neraka. Biarlah semuanya ke syurga.

Sahabatku,

Di saat kita sedang khuatirkan diri kita di akhirat kelak; sama ada syurga ataupun neraka, ingin sekali saya bagi satu fakta yang akan menjadi halwa kepada jiwa. Penyejuk hati yang sedang gelisah tentang kedudukan diri di akhirat kelak.

...MANUSIA DICIPTA UNTUK SYURGA.

ya, bahkan tidak pernah pun ada istilah seorang manusia dicipta untuk neraka.

Janganlah kita fikir bahawa Allah sengaja cipta kita di dunia ini supaya kita masuk Neraka. Allah tidak pernah zalim dan selamanya Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak pernah menzalimi hambaNya. Wallahi, tidak!

Henshin: Budak Dari Neraka ~ Abdul Muiez Ruslee

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Orang yang kita rasakan suatu ketika dahulu tidak mempunyai harapan untuk berubah, akhirnya menemui turning point dengan cara yang menyakitkan. Kerana kepedihan itu akhirnya membawa dia ke mercu jaya. Budak Dari Neraka bukanlah satu istilah yang mampu menggugah akidah dan kepercayaan beragama. Tetapi Budak Dari Neraka adalah satu istilah atau lebih tepat disebut sebagai hukuman. Mampukah dia mencapai henshin nya?

Henshin Endeavor ~ Harsida Jasmin

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Henshin Endeavor banyak membincangkan ideologi Endeavor (usaha) dalam tinta perjalanan seorang insan yang ingin melakukan perubahan dalam setiap tindak tanduknya memperjuangkan isi dakwah untuk ummah. Mana ada insan yang diangkat dirinya sebagai mujahadah tanpa berusaha. Ujian? Tepis ia dengan Endeavor. Dugaan? Tingkatkan ia dengan Endeavor.

Thursday, September 14, 2017

Kutemu Hijrah di Eropah ~ Sabatini Dzue

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Siapa sangka, seorang gadis yang awalnya berseluar ketat, berambut karat, bahkan nakal... kini telah berubah 360 darjah kepada seorang gadis yang begitu luar biasa ketaatannya kepada Tuhan.

Hijrahnya bermula apabila seorang paderi, datang lalu menegur dan menceritakan perihal Jesus padanya. Dia pun tersentap... hingga dalam tak sedar, teguran itu sebenarnya perlahan-lahan telah membuka mata hatinya untuk melihat kebenaran yang selama ini terhijab oleh zulmat kejahilan. Dan ketika itu, cahaya hijrah jua tampil menyapa. Hatinya mula tersentuh.

Maka benarlah... hidayah itu milik mutlak Allah dan Dia berhak memberikan ia kepada sesiapa sahaja bahkan dengan apa cara sekalipun bertepatan dengan kehendak dan kemahuanNya meskipun dalam keadaan hambaNya masih belum bersedia sepenuhnya.

Dan sebenarnya, bukanlah perkara yang mudah baginya untuk berubah dalam keadaan keluarga yang muallaf. Hinggakan dia harus berdiri dalam nafasnya sendiri untuk mencari agama yang pernah hilang dalam hidupannya disaat dia terasing jauh dari keluarga.

Anugerah Teragung Dari Tuhan ~ Ainul Farihah

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Semua orang pernah rebel, paling tidak pun, semua orang ada sisi rebelious masing-masing. Ini kisah seorang Amrullah Khairi, bekas taiko gangster sekolah biasa-biasa, tiba-tiba kena campak masuk sekolah agama di ceruk kampung mana entah. Gila tak rebel? 

Gara-gara bergaduh dengan member baik sendiri, Imran, di sekolah lama sampai dia yang patah riuk lengan dan kaki, manakala Imran pula masuk juvana, ayah buat keputusan drastik untuk pindahkan dia ke sebuah sekolah agama. Dia jadi panas hati. Ayah tinggal dekat UK, main ‘campak’ je dia dekat sekolah macam ni. Bagi Amrullah Khairi, bertemu Anas Fattah dan kroni-kroninya merupakan satu rahmat Tuhan. Mereka dikira sangat rare untuk wujud di sekolah seperti ini. 

Dengan Muaz Muqri yang ada masalah ketagih rokok, Ammar As’ari dengan couplenya, Daniel Ridza yang punya attitud kemalasan tahap langit ketujuh, dan Anas Fattah sendiri merupakan abang long kawasan. . Sementara itu, Qa’id, seorang pelajar lama di sekolah tersebut melihat Amrullah Khairi dari sudut pandangan lain daripada apa yang orang lain lihat. Di kala ramai menghakimi Amrullah Khairi sebagai pelajar tiada harapan, Qa’id tetap optimis memandang Amrullah Khairi sebagai seseorang yang punya potensi yang hebat. Amrullah Khairi sendiri tak faham kenapa Qa’id beria-ria menyantuninya dengan baik. 

Semusim Dalam Jahiliah ~ Nuridhzuan Al-Farikh

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Mengapa harus berasa jauh… Sedang cinta dan rahmat Allah itu sentiasa dekat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...