Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, September 30, 2016

Al-Quran Sebagai Petunjuk ~ Prof. Dato' Dr. Sidek Baba

Naskhah ‘AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK’ merupakan sebuah buku yang menjadikan kitab umat Islam ini sebagai sumber ilmu. Ilmu dalam pelbagai dimensi yang menepati maksud Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.

Islam tidak hanya sebagai suatu Sistem Kepercayaan tetapi manifestasi daripadanya terlihat dalam watak dan amalan.

Al-Quran tidak sifatnya harfiah tetapi sifatnya merujuk kepada sumber rahmah dan nikmah yang dicipta oleh ALLAH dan hikmahnya amat bermakna kepada manusia. Jiwa tadabbur yang diungkapkan oleh Al-Quran member pedoman kepada manusia untuk membangun tradisi ilmu dan tamadun yang diredhai-Nya.

Justeru kandungan buku ini mengupas banyak aspek yang berkaitan dengan al- Quran supaya pembicaraan terhadap subjek berlandaskan fikrah Qurani yang menyantun faktor aqliah dan naqliah dan sifatnya sepadu serta seimbang.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Surah Yasin: Tahlil, Doa-doa Pilihan & Kaifiat Solat Jenazah ~ Telaga Biru

Naskah Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan umat Islam mengamalkannya.

Terdapat doa-doa pilihan dan kaifiat solat jenazah untuk diamalkan.

Keluaran esklusif dengan adunan warna-warna dan reka bentuk yang menarik.

Reka bentuk saiz yang kecil mudah dibawa ke mana sahaja.

Sangat sesuai dihadiahkan buat permata hati, suami isteri, ibu ayah serta sahabat handai.
*****
(SEM & S/S) RM1.80 > RM1.60

Siput Yang Mengubah Sejarah ~ Syed Azharul Asriq

“Di sebalik helaian dan perenggan buku ini, saya dapat merasakan seolah-olah penyusunan semula ide-ide yang sering saya kongsikan bersama beliau lewat bicara santai kami di kafe Human Sciences dan juga siri ceramah saya di Youtube. Istimewanya, Syed dapat mengolahkannya dalam bentuk yang lebih menarik dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki.”
Dr. Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“ Penulis buku ini berjaya menjadikan sejarah sebagai subjek yang menarik perhatian hasil daripada penulisannya yang santai kritis.”
Ustaz Abdullah Bukhari, penulis buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran.

“Membaca buku ini seperti membaca pemikiran-pemikiran yang mengubah umat manusia, termasuklah kita.”
Saudara Hafizul Faiz, penulis novel Surat-surat Dari Maninjau.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Setengah Syukur Setengah Sabar ~ Abdillah F. Hasan

Allah s.w.t benar-benar Maha Adil. Jika hanya orang kaya yang mampu mengumpul sebanyak-banyak pahala sebagai bekalan menuju syurga-Nya dan banyak bersedekah, tentulah akan merana mereka yang miskin. Ini kerana mereka tidak punya harta untuk bersedekah, sehingga tidak mampu mengumpul sebanyak-banyak pahala sebagai bekalan menuju syurga-Nya.

Tetapi adalah tidak adil juga jika disebabkan kepapaan itu lalu orang miskin itu dipermudahkan begitu sahaja jalannya menuju syurga-Nya. Mereka tetap akan diuji oleh Allah dalam hal kesyukurannya. Maka sabar dan syukur adalah jambatan ujian yang akan memutuskan adakah si kaya atau si miskin patut masuk ke syurga-Nya atau tidak.Yang kaya dan yang miskin mempunyai peluang yang sama untuk terbang ke syurga-Nya dengan sayap kesabaran atau sayap kesyukuran.

Buku ini mempersembahkan hikmah-hikmah kearifan kehidupan Islam dengan untaian kisah-kisah yang unik, segar dan kreatif. Sebuah bacaan yang ringan dan mudah, menyelitkan hikmah-hikmah yang penuh inspirasi dan menyentuh jiwa.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Menyemaik Keyakinan Diri Untuk Berjaya ~ Abdul Aziz Ismail

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

30 Tip Penenang Hati ~ Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Ketenangan dan kebahagiaan adalah impian setiap insan. Pelbagai cara dan petua untuk mencapainya. Ada juga tersilap pilih cara, bukan tenang dan bahagia yang bertandang tetapi mimpi ngeri yang menghantui diri. Amat malang sekali jika cara yang salah ini memudaratkan diri sendiri atau orang lain.

Al-Quran diturunkan bukan hanya sebagai rujukan agama sahaja. adalah mukjizat yang paling besar dan khazanah yang paling berharga untuk seluruh umat Islam. Di dalamnya tersimpan amat banyak rahsia dan petua untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini. Nabi Muhammad telah menunjukkannya dalam kehidupan seharian beliau.
Berlandaskan Al-Quran buku ini disusun dan diolah memudahkan kita mengetahui tip-tip bagaimana memimpin hati kita agar kita dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan.
*****
(SEM & S/S) RM7.00 > RM6.20

Permata Yang Bernilai Dalam Membicarakan Ilmu Akidah ~ Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa

Kitab ini membicarakan ilmu Tauhid iaitu ilmu Usuliddin atas mazhab Imam Asy’ari yang terhimpun padanya beberapa banyak akidah dan beberapa banyak masalah karangan Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al-Fathani. Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok dan ia merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi. Bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Walaupun kitab ini kecil dan ringkas tetapi isinya amat padat dan bermanfaat bagi pencinta ilmu.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ilmuan Islam nusantara dapat kita terns manfaatkan untuk kecemerlangan umat Islam khususnya di Malaysia ini.
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Tuesday, September 27, 2016

Kelahiran Teragung: Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

Buku ini bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.

Terbahagi kepada dua bab. Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad. Manakala bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.

Disokong foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.

“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Wednesday, September 21, 2016

Untuk Kamu Berfikir ~ Dr. Idham Jaafar

Karya ini akan mengubah cara berfikir dan melihat setiap keagungan ciptaan Allah SWT sebagai anugerah yang tinggi nilainya. Secara tidak langsung ia membenarkan apa yang telah terkandung dalam al-Quran sejak ribuan tahun terdahulu. Manakah lagi kitab yang lebih benar daripada al-Quran? 

Bahkan dijamin akan terpelihara sehingga hari Kiamat. Ambillah sebanyak mungkin manfaat darinya. Ia sarat dengan input-input luar biasa yang semestinya perlu dikongsi bersama dalam menguatkan lagi keyakinan kita terhadap kebenaran kitab-Nya.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Friday, September 16, 2016

Q&A Muamalat ~ Dr. Asmadi Mohamed Naim

Buku ini menjelaskan pelbagai isu kewangan dan muamalat yang sering menjadi isu dalam masyarakat Muslim hari ini. Setiap persoalan dihuraikan dengan definisi, diperjelaskan dengan contoh dan dikukuhkan dengan dalil serta fakta yang sahih oleh penulis yang berpengalaman luas dalam muamalat dan kewangan Islam. Antara isu yang diberi pencerahan:

* Berniaga melalui internet
* Jual beli rumah melalui bank
* Riba tambahan bayaran
* Awas pelaburan emas
* Hukum-hakam ‘main’ saham
* Hukum ‘main kutu’
* Komisyen orang tengah
* Menang cabutan bertuah
* Kenaikan harga barang
* Kena bayar cukai, GST pula!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Akhirat First ~ Ustaz Roslan Mohamed

Hidup ini bukan milik kita, tetapi hidup ini milik ALLAH SWT.

Status Mukmin Itu Apabila Kecilkan Duniawi, Besarkan Ukhrawi!

Beramal dengan kebaikan biarlah sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak, maka bertambahlah nilai baik dan barakah dalam sebuah kehidupan.

Hakikatnya, kebaikan tiada noktah dalam kehidupan melainkan mati dalam kebaikan adalah noktahnya!

Buku ini mengumpulkan beberapa kalam nasihat daripada ceramah dan kuliah agama yang telah disampaikan oleh penulis setakat hari ini. Sebagai musafir dunia, penulis ingin menekankan bahawa hidup adalah amanah daripada Allah SWT, akan ada saat perhitungan pada masanya nanti.

Heart App ~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

HeartsApp ini lahir dari usaha mengumpulkan beberapa kalam nasihat yang di kutip daripada para guru dan masyaikh penulis. Kebanyakan kalam nasihat ini menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani kerana manusia terdiri daripada elemen zahir dan batin. Namun dewasa ini, kebanyakan manusia hanya menumpukan bahagian zahir atau luarannya sahaja dengan mengabaikan elemen batinnya yang berupa pembangunan rohani, pembinaan hati dan penjernihan jiwa.

Seharusnya kita tanam dalam diri jika mengharapkan ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di akhirat, maka utamakanlah sesuatu tempat yang dipandang Allah pada diri kita iaitu HATI. Kita akan tinggalkan dunia ini dan perhisaban dan perhitungan akan diambil seorang demi seorang. Seluruh apa yang terkandung dalam hati akan diselongkar Allah dan akan didedahkan di hadapan kita. Hari tersebut ialah hari yang tidak lagi akan bermanfaat seluruh harta kekayaan dan anak-anak kita. Hanya yang akan selamat pada hari itu adalah yang datang berjumpa Allah SWT dengan hati yang sejahtera.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Monday, September 5, 2016

Hitler ~ Al-Ghazali

Nazi Jerman juga dikenali sebagai Third Reich. Ia menjadi kuasa yang bukan sahaja unggul di Jerman, malah digeruni di Eropah.

Nazi adalah Hitler, dan Hitler adalah Nazi.

Di tangan Hitler, Nazi mula mengembangkan kuasanya ke luar Jerman. Ia akhirnya memicu kepada Perang Dunia Kedua.

Untuk permulaan perang, tentera Third Reich tiada tandingan. Sehinggalah akhirnya, Hitler semakin tamak dan silap percaturan.

Satu per satu kekalahan menimpa, dan pada akhirnya Hitler dan Third Reich hancurnya di Berlin.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna ~ Adlil Rajiah, Najmi Haniffah

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. 

Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.
*****
(SEM & S/S) RM45.00 > RM39.60

Friday, September 2, 2016

Konspirasi: Aksi Pengganas dan Hura-hara Paling Dasyat di Dunia ~ Mugabe Press

  • 10 Organisasi Yang Dianggap Berbahaya 
  • 7 Aksi Kumpulan Yang Menggemparkan 
  • 5 Aksi Ditakuti Amerika 
  • 10 Tokoh Organisasi/Gerakan Paling Dicari 
  • 7 Organisasi Berbahaya Terkaya Di Dunia 
  • 9 Serangan Ganas Paling Dahsyat Di Dunia 
  • 15 Aksi Cyber-Terrorisme Paling Dahsyat 
  • 10 Serangan Terror Di Indonesia 
  • 9 Aksi Pengganas Di Pelbagai Negara 
  • 10 Taktik Pengganas Pemusnah 
  • 10 Keganasan Penahan Tebusan Paling Dramatis 
  • 10 Aksi Di Sekolah 
  • 9 Kisah Keganasan Yang Paling Bodoh 
  • 10 Plot Pengganas Paling Aneh 
  • 10 Fakta Menarik Tentang Al-Qaeda 
  • 10 Negara Paling Banyak Pengganas 
  • 10 Gerakan Radikal Di Amerika Syarikat 
  • 10 Geng Lagenda Paling Sadis 
  • 10 Rusuhan Dengan Korban Jiwa Terbanyak 
  • 10 Huru-Hara Terdahsyat Di Pelbagai Negara
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Konspirasi: Ketua Negara Paling Unik dan Kontroversi di Dunia ~ Mugabe Press

  • 7 ‘Ibu Negara’ Amerika Yang Layak Menjadi Presiden 
  • 6 Pemimpin Yang Suka Menyamar 
  • 7 Pemimpin Daerah Dan Negara Yang Berjiwa Pemurah 
  • 8 Pemimpin Negara Yang Jomblo Atau Bujang 
  • 8 Makanan Kesukaan Pemimpin Dunia 
  • 10 Hobi Unik Ketua Negara 
  • 10 Kejadian Memalukan Pemimpin Dunia 
  • 10 Kenderaan Unik Presiden Di Dunia 
  • 10 Ketua Negara Paling Lama Di Dunia 
  • 10 Ketua Negara Wanita Berpengaruh 
  • 10 Ketua Negara Yang Paling Dibenci 
  • 9 Pemimpin Dunia Yang Terkenal Sepanjang Sejarah 
  • 10 Pemimpin Negara Terkecil 
  • 10 Wanita Muda Menjadi Pemimpin Dunia 
  • 8 Pidato Presiden Yang Menggoncang Dunia 
  • 10 Pemimpin Dunia Termuda 
  • 9 Pemimpin Yang Diawet Setelah Kematiannya 
  • 9 Pemimpin Negara Yang Dihukum Mati 
  • 9 Pemimpin Negara Paling Cerdas 
  • 8 Orang Ketua Pemerintahan Yang Dibaling Kasut
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Konspirasi: Pembunuhan Dan Kematian Paling Misteri di Dunia ~ Mugabe Press

  • 13 Pembunuhan Berantai Bersiri 
  • 9 Kematian Misteri Yang Tidak Diketahui Puncanya 
  • 15 Pembunuhan Individu Yang Tak Terungkai 
  • 12 Pembunuhan Misteri Dengan Korban Tak Dikenali 
  • 10 Kematian Misteri Selebriti 
  • 9 Kematian Misteri Keluarga Kennedy 
  • 10 Ahli Politik Yang Mati Secara Misteri 
  • 10 Pembunuhan Beramai-Ramai Yang Mengerikan 
  • 11 Cara Aneh Untuk Mati 
  • 10 Pembunuhan Beramai-Ramai Yang Kejam 
  • 15 Pembunuhan Bersiri Paling Menggerunkan 
  • 9 Genoside Paling Kejam Dalam Sejarah 
  • 11 Manusia Pemakan Manusia
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...