Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, June 19, 2016

Al-Kafi Syarah Hadis 40 ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Imam Nawawi Rahimahullah merupakan salah seorang cendekiawan Islam yang terulung dan merupakan pendokong besar dalam Mazhab Syafie. Beliau dikenali dengan pelbagai tulisan yang bermutu dan bernilai tinggi. Kebanyakan hasil karyanya yang bermutu dan bernilai tinggi telah menyumbang banyak manfaat dan kefahaman mengenai agama kepada masyarakat sejak dari zamannya sehingga ke hari ini.

Antara karyanya yang sering dibaca dan diajarkan adalah Hadis 40. Menurut Imam Nawawi, Hadis 40 adalah koleksi hadis yang merangkumi pelbagai aspek asas dalam agama. Hadis 40 ini turut menyentuh persoalan Usul al-Din, Berjihad, Sifat Zuhud, Adab Kesopanan dan banyak lagi. Hadis 40 yang dikumpulkan adalah kompilasi yang sebahagian besarnya diekstrak daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Membaca dan menelaah kitab ini tidak asing lagi buat masyarakat kita di Malaysia. Dirasai keberkatan penulisan sang penulis dengan terus menerus pengajarannya dan berkesinambungan generasi yang mewarisi ilmunya Rahimahullah.
*****
(SEM & S/S) RM70.00 > RM61.60

Friday, June 17, 2016

My Precious Iris ~ Melur Jelita

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

Thursday, June 16, 2016

Bicarawara Sains Islam ~ Mat Rofa Ismail

Buku ini mengangkat kembali sejarah sebenar di sebalik kecemerlangan sains yang cahayanya dapat dinikmati oleh seluruh manusia sepanjang zaman. Ibarat menikmati buah-buahan yang enak, tidak wajar kita sekadar menghargai penjual buah, tetapi kita juga perlu memberikan penghargaan kepada pekebun yang menanam benih, menyiram dan menjaga pokok-pokok ini dengan baik. Merekalah saintis-saintis Muslim yang dinafikan sumbangan mereka dalam kemajuan sains yang dibawa ke Barat. Merekalah yang mengubah dunia!
*****
(SEM & S/S) RM75.00 > RM66.00

Gerakan Penjajahan & Anti Penjajahan Tanah Melayu 1511 - 1957 ~ Abdul Rahman Hj. Abdullah

Buku yang diharapkan menjadi pencetus kepada kebangkitan semula semangat jihad pejuang-pejuang Islam bagi melihat Tanah Melayu ini bebas sepenuhnya daripada penjajahan kuffar dan kembali kepada Islam yang syumul seperti yang pernah dinikmatinya sebelum ini.
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Jaulah Mencari Ibrah ~ Ubadah Zabidi

Ini adalah perjalanan seorang pengembara solo. Meskipun akan bergelar seorang doktor suatu hari nanti, ia tidak menghalang pelajar dari Universiti Perubatan Volgograd, Rusia ini untuk keluar menjelajah bagi melihat sendiri sejarah agung Khalifah Islam di Turki.

Dari bentuk bangunan hingga ke fesyen pemakaian, ternyata agama Islam memberikan implikasi yang besar. Turki sememangnya sebuah negara yang ajaib!
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Musafir Menuju Allah ~ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Kita hanya musafir di dunia ini. Perjalanan hidup akan terhenti saat diri dijemput Ilahi untuk bertemu dengan-NYA. Dan benarlah, dunia ini hanya persinggahan kecuali akhirat jua yang kekal abadi.

Berbekalkan keimanan, kepercayaan dan keyakinan yang kita akan bertemu Rabbul Izzati, sudah pasti seribu satu asbab akan dicari semata-mata untuk meraih ‘Mahabbah Allah’. Agar saat bertemu kelak kita berada dalam redha dan disayangi-NYA.

Naskhah ini mengajak kita mencari cinta ALLAH tanpa jemu. Biar berliku jalan yang dilalui, biar sejuta onak yang ditempuh, namun usah mengalah kerana cinta ALLAH itu indah tanpa ada kata-kata yang mampu mengungkapnya!
*****
(SEM & S/S) RM34.00 > RM29.90

Monday, June 13, 2016

Kitab Al-Taudhih ~ Imam Al-Nawawi

Buku yang bertajuk Kitab Al-Taudhih ini sebenarnya hasil karya Imam Al-Nawawi Rahimahullah yang bertajuk al-Idhah fi Manasik al-Hajji wa al-Umrah.

Kemudian diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para ulama.

Kitab Al-Taudhih ini amat sesuai untuk dimiliki oleh bakal jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah Buku ini memaparkan gambaran yang amat jelas tentang ibadat haji.
*****
(SEM & S/S) RM70.00 > RM61.60

Turning Point ~ Zul Ramli M. Razali

TURNING POINT bercerita mengenai satu perkara yang semua orang pasti alami dalam hidupnya. Buku ini berkisah mengenai titik perubahan atau turning point dalam hidup. Setiap orang diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk mengalami titik perubahan dalam hidupnya ke arah yang lebih baik. Ia berkait dengan hidayah.

Turning Point ini juga berkait dengan kesungguhan dalam bertaubat kepada Allah atas kesalahan lalu. Melalui gaya penyampaian yang tersendiri dan pemilihan ayat yang menusuk minda serta emosi, Ustaz Zul Ramli membawa pembaca menginsafi diri dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang dinukilkan.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Bacaan Al-Fatihah Yang Sempurna ~ Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

Lengkap dan berwarna. Buku BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA ini disusun dengan bahasa yang mudah berserta penerangan hukum tajwid dan penjelasan istilah agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagi mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah.

Antara isi kandungan dalam buku ini:

* Kemuliaan surah Al-Fatihah.
* Hukum tajwid yang terdapat dalam surah Al-Fatihah.
* Waqaf dan ibtida’ dalam pembacaan Al-Fatihah.
* Kesalahan yang sering dilakukan dalam bacaan Al-Fatihah.
* Panduan ringkas tahsin qiraah Al-Fatihah.
* BACAAN BONUS: Qiraat ‘Ashim riwayat Hafsh.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Friday, June 3, 2016

Al-Quran Al-Karim Al-Mukram Dengan Panduan Waqaf Ibtida' ~ Telaga Biru

Al-Quran Al-Karim Al-Mukram mengandungi petunjuk surah Makiyyah dan Madaniyyah berserta dengan Panduan Waqaf & Ibtida'. Dilengkapi dengan 2 kod warna. Halaman berwarna hijau, ayatnya diturunkan di Makkah dan halaman berwarna merah, ayatnya diturunkan di Madinah. 3 kod warna panduan bagi Waqaf Ibtida' untuk memudahkan para pembaca memberhentikan dan memulakan bacaan. Terdapat rujukan ayat untuk surat seterusnya. Saiz yang sesuai untuk semua peringkat umur.
*****
(SEM & S/S) RM50.00 > RM44.00


Al-Quran Terjemahan Ar-Rayyan Dengan Panduan Waqaf Ibtida' ~ Telaga Biru

Al-Quran Al-Karim & Terjemahaan Ar-Rayyan dengan Panduan Waqaf & Ibtida'. Dilengkapi dengan nota kaki bagi menjelaskan makna-makna kalimah yang kabur dan ayat-ayat yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam. Bertematik untuk membantu pemahaman ayat mengikut tajuk.

Terjemahan kontemporari untuk pelbagai generasi. Keluaran eksklusif dengan adanya warna-warna yang menarik. Sesuai dijadikan hadiah kepada suami isteri, ibu ayah dan sahabat handai.
*****
(SEM & S/S) RM48.00 > RM42.20


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...