Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, November 23, 2020

Adab Dalam Islam ~ Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub

(SEM & SS) RM32.00 > RM29.00

“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.”

Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memberi contoh dan teladan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja khusus dalam bidang pentadbiran atau dakwah semata-mata. Ia merangkumi seluruh aspek dan keperluan kehidupan. Adab dan akhlak yang dipraktikkan oleh Nabi SAW telah menjadikan Islam dan Negara Islam cemerlang dan berjaya.

Keampuhan dan kekuatan Islam dan tamadun Islam ketika zaman Nabi SAW dan para sahabat bukanlah kerana hebatnya pasukan tenteranya atau kekayaan hasil keluarannya, tetapi ia sebenarnya terletak pada adab, akhlak dan peribadi umat Islam yang tidak ada bandingannya. Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia kerana kecantikan dan keindahan akhlak dan peribadi yang ditunjukkan

Kamus Az-Zakiy Melayu-Arab-Inggeris ~ Mohd Farhan Basheer

(SEM & SS) RM19.00 > RM18.00

Kamus Az-Zakiy telah disusun bagi memudahkan dalam membuat rujukan dan menambahkan pengetahuan. Proses penyusunan qamus ini memerlukan pengalaman, kegigihan dan kepakaran di dalam tiga Mang bahasa tersebut. Selain itu, usaha dan semangat kearah penyusunan qamus ini timbul kerana kami melihat betapa pentingnya ketigatiga bahasa ini. 

Di dalam pertuturan di nusantara. Selain itu, ia juga bertujuan memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa Arab di mata dunia.
 

50 Tanda-tanda Orang Munafik ~ Drs. Hanafi Mohamad

(SEM & SS) RM6.00 > RM5.80

Sejak Islam dan umatnya wujud di muka bumi ini tidak akan putus ancaman dan serangan oleh musuh-musuh terhadapnya

Sejarah juga membuktikan Islam bangkit bukan dengan jalan yang mudah. Ancaman ke atasnya dilakukan dari setiap penjuru dan berbagai strategi. Lantaran itu cukuplah sejarah lampau itu mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang terang mahupun yang tersembunyi.

Risalah ini memandu kita mengenal musuh dalam selimut, yang acapkali strateginya membuatkan umat Islam terpedaya dan tewas. Penyusun buku ini telah menggarapkan 50 tanda-tanda musuh dalam Islam iaitu, Munafik.

Pengenalan ini sebagai usaha agar kita tidak mudah tertipu dengan tingkah laku dan taktik mereka. Menjauhi golongan ini dan tidak memiliki sifat mereka adalah langkah untuk memajukan Islam dan menyingkir segala bentuk dan rupa kemunafikan.

 

Warkah Kasih Buat Maryam ~ Nasrun Talib

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Karya ini menceritakan kisah seorang gadis bernama Maryam yang berasal dari Kota Belud, Sabah.

Dia merupakan seorang penuntut ilmu yang sering dihujani derita dan ujian. Bermula pengembaraan Maryam mencari ilmu di bumi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehinggalah berjaya menyambung pengajian ke Australia. Dia tekad untuk menggapai impiannya, walaupun hampir tersungkur di tengah jalan.

Maryam telah menerima sepucuk surat misteri yang telah diamanahkan kepada Mak Kiah sekian lama. Warkah tersebut telah merungkai setiap episod perjalanan hidup yang dilaluinya.

Apakah isi warkah itu?
Apakah tindakan Maryam setelah mengetahui segala-galanya?

Semuanya akan terungkai dalam buku ‘Warkah Kasih Untuk Maryam’!

Bidadari Tersalah Syurga ~ Liyana Farok

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Pada fitrah kejadian Adam dan Hawa, manusia itu diciptakan suci tanpa dosa. Namun, persekitaran mengubah corak kehidupan dan pemikiran. Kehidupan takkan lari daripada ujian. Maka benarlah, lelaki akan diuji dengan wanita dan wanita akan diuji dengan hati.

Sungguh, manusia itu boleh berubah kerana 2 perkara. Pertama, saat hatinya terluka. Kedua, saat mindanya terbuka.

Bidadari Tersalah Syurga, menceritakan bagaimana seorang insan biasa, menjalani perubahan dalam hidupnya demi cinta yang diburunya. Nukilan hati seorang wanita yang dicoretkan di dalam naskhah ini.

Di saat kawan menjadi lawan, siapa yang harus dipersalahkan? Di saat dakwah hanya dilakukan oleh agamawan, siapa yang perlu bertanggungjawab?

Di saat wanita akhir zaman mahu menjadi bidadari yang terjaga, namun tersalah dan tersasar langkahnya, apa pula yang perlu diperbetulkan?

Saturday, November 14, 2020

Sebelum Nafasku Terhenti ~ Aizuddin Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini merupakan novel tarbiah atau sebuah penceritaan yang bertemakan kekeluargaan. Mesej terbesar yang penulis ingin sampaikan adalah. “Boleh jadi kita pernah mengguris hati ibu bapa tanpa kita sedar, meninggikan suara, mengutamakan sahabat atau pasangan melebihi mereka, atau sudah lama tidak berhubung dengan mereka, jadi gunakan kesempatan yang masih ada untuk bertanya khabar dan meminta maaf kepada mereka.”

Menunggu Dalam Sabar


Bagaimana reaksi kita bila tiba-tiba tersentap?Bagaimana kita berusaha menahan sabar?
Untuk didik akhlak yang baik ketika marah, ia bukan mudah. Kena belajar.

Buku: Najmi Nawawi. 2015. Head With Serban. Komrad buku. Selangor.

Friday, November 13, 2020

Muhammad Rasul Terakhir (hard cover) ~ Dr. Rohaily Al-Jawhary

(SEM & SS) RM80.00 > RM75.00

MUHAMMAD SAW RASUL TERKAHIR : Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahin a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi

Toolkit Ahli Politik Junior ~ Mohd Hafiz Mahaiyadin

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Buku ini memperkenalkan politik Islam sebagai toolkit panduan kepada para pembaca amatur yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Kefahaman ini amat penting kepada semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya bakal pemimpin dan ahli politik junior yang menjejak langkah ke dalam kancah kepimpinan masyarakat. Tidak kira apa sahaja organisasi, pertubuhan dan parti politik yang disertai, kita mesti menjadikan Nabi Muhammad dan Khulafa al-Rasyidin sebagai ikon politik kita. Melalui kesedaran politik yang tinggi, kita semua akan sedar kepimpinan merupakan amanah yang akan dipersoalkan Allah pada hari akhirat kelak. Politik Islam juga mendidik ahlinya tidak menjadikan jawatan sebagai peluang untuk mengumpul kekayaan dan pangkat sehingga mengabaikan kepentingan rakyat jelata.

Melalui pembacaan beberapa isu politik kontemporari yang termuat dalam buku ini juga, pembaca akan memahami Islam menyediakan ruang yang anjal kepada umat Islam untuk mencari teknik dan pendekatan terbaik bagi melaksanakan sistem politik Islam. Penyokong gerakan Islam pula akan menyedari kaedah pemerintahan Islam klasik bukan bermaksud bagi menggambarkan sistem politik

Friday, November 6, 2020

Ya Tuhan, Aku Nak Move On! ~ Kamalia Kamal

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Selain 'move on', apa pilihan lain yang kita ada? The answer is NONE! Kalian tiada pilihan, kalian harus 'move on' dan harus menjadi kuat untuk diri kalian sendiri. You just have no choice! Kak Kay merayu kalian untuk baca buku ini, satu demi satu muka surat yang ada. JANGAN LANGKAU MANA-MANA BAHAGIAN yang ada dalam buku ini. "Please' sayang, kalian perlu bangkit! Kalian harus 'move on', kalian perlu bangun berlari demi mengejar impian kalian sendiri! This is your life, it's time to rewrite your own life story! Ayuh bangkit!  - Kamalia Kamal

"Jihad kalian ini adalah untuk berlawan dengan diri sendiri dan bangkit kembali. Buku ini akan membawa seribu rasa keredaan dan kelegaan atas ujian daripada Ilahi lalu menginsafkan kita kembali." - Dr. Najaa, Pensyarah Akidah. 

Segala isi kandungan dan formula dalam buku ini adalah berdasarkan 'real story', bukan sembang, bukan novel , bukan fiksyen dan bukan drama. Ini adalah kisah yang dikumpulkan sepanjang penglibatan Kak Kay dalam pembangunan Seminar GirlBoss dan KKDI bermula kurang lebih 3 tahun yang lalu.

Man jadda Wajada: Satu Permulaan ~ The Hamare

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.70

Buku baru yang bertajuk Man Jadda Wajada : Satu Permulaan ini merupakan buku sulung bergenre Motivasi yang ditulis khas buat hati-hati yang jiwanya sedang remuk diuji, sedang berdarah ditoreh luka dugaan, sedang ‘down’ dek cabaran yang bertimpa-timpa memijak diri.

Buku setebal 350 mukasurat yang sarat dengan penulisan berkonsepkan dakwah, motivasi & inspirasi. Gabungan bersama 32 penulis!

Ikuti persembahan isinya. Moga-moga, bermanfaat untuk kembali bangkitkan jiwa yang sedang rapuh, sedih dan diselimuti rasa duka serta putus asa!

Terus melangkah kerana-Nya, insya-Allah! Siapa berusaha, dia pasti berjaya! Man Jadda Wajada!

Man Jadda WajadaL Dua Pilihan ~ The Hamare

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku bertajuk Man Jadda Wajada : Dua Pilihan ini merupakan Siri Ke-2 Man Jadda Wajada, bergenre motivasi yang ditulis khas buat diri yang terkadang keliru dan buntu dalam membuat pilihan, yang selalu terburu-buru dalam menetapkan sesuatu!

Buku setebal 330 mukasurat ini sarat dengan penulisan berkonsepkan dakwah, motivasi & inspirasi. Gabungan bersama 32 penulis!

Ikuti persembahan isinya. Moga-moga, bermanfaat untuk membantu dan memandu diri dalam membuat pilihan yang tepat! Pilihan yang mampu mendekatkan diri dengan Pencipta. Pilihan yang berpotensi membawa kita ke arah Syurga-Nya.

Teruskan istikharah dan musyawarah (bermesyuarat) dalam memilih sesuatu kerana-Nya, insya-Allah! Siapa berusaha, dia pasti berjaya! Man Jadda Wajada!

Man Jadda Wajada: Melawan Arus ~ The Hamare

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.70

Buku bertajuk Man Jadda Wajada : Melawan Arus ini merupakan Siri ke-3 Man Jadda Wajada. Buku ini membawa genre motivasi dan dakwah yang ditulis khas buat diri yang seringkali merasa tidak yakin dengan keputusan yang dibuat lantaran menongkah arus.

Buku yang sarat dengan mesej-mesej yang berkonsepkan dakwah, motivasi dan inspirasi. Gabungan bersama 34 penulis!

Ikuti persembahan isinya. Moga-moga, bermanfaat untuk menguatkan keyakinan diri dalam meneruskan langkah juang sendiri, meski terkadang kita terpaksa melawan arus! Apa yang utama adalah arus itu membawa kita lebih dekat dengan Pencipta, bukan lebih jauh daripada-Nya!

 

31 Soal jawab Bid'ah ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Persoalan mengenai bid’ah yang dijelaskan dalam buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

Bab pertama membincangkan definisi, pembahagian, dalil dan pendapat-pendapat ulama tentang bid’ah dengan disertai ayat al-Quran, hadis dan atsar Sahabat sebagai hujah dan contoh agar pembaca dapat memahami dengan tepat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bid’ah.

Bab kedua pula membincangkan definisi, dalil dan contoh-contoh berkenaan at-tark serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Bab ketiga menghuraikan 17 syubhah tentang bid’ah yang sering diperdebatkan umat Islam seperti bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, sambutan Maulidur Rasul, bacaan surah Yasin pada malam tertentu dan banyak lagi isu yang diberi pencerahan lengkap.

Ibadah Dalam Tempoh PKP ~ Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Menunaikan ibadah adalah kewajipan setiap Muslim walau di mana berada. Covid-19 yang menyerang manusia tanpa mengira usia, jantina mahupun status telah menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah sepertimana kebiasaan ia dilaksanakan.

Para ulama dan pihak berautoriti telah membuat perbincangan dan mengeluarkan garis panduan ibadah untuk umat Islam demi menjaga dan melindungi umat Islam daripada bahaya penyakit Covid-19.

Buku ini menghuraikan kaifiat dan tatacara melaksanakan ibadah yang melibatkan perkumpulan umat Islam di tempat awam, seperti:
  •  Solat Zuhur menggantikan solat Jumaat 
  • Hukum solat berjemaah dengan penjarakan dalam saf 
  • Hukum memakai pelitup muka semasa solat 
  • Penggiliran jemaah hadir solat Jumaat 
  • kelas pengajian agama dalam talian 
  • Tidak bersalaman selepas solat 
  • Kematian dalam tempoh PKP

Monday, November 2, 2020

Hanya Tuhan Yang Tahu ~ Liyana Farok

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Jika seseorang itu menjadikan dunia yang fana sebagai matlamat utama, meski secara zahir berada di syurga namun secara maknawi dia berada di neraka.

Dan jika seseorang menjadikan alam baqa’ sebagai tujuan, seteruk mana pun ujian yang singgah pasti dia melihat dunia sebagai dewan menunggu syurga. Melihat setiap ujian itu indah, akan terus tabah dan sentiasa bersyukur dalam kesabaran.

Berkonsepkan bait kata-kata nasihat indah berpuisi, dihiasi reka letak warna-warni, menjadikan buku ini sangat menarik dan seronok dibaca secara santai.

Tanda Allah Sayang


How was your day?Jika ok, Alhamdulillah.
Jika tak ok, takpe. Allah kan ada untuk mengadu.

Buku: Head With Serban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...