Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, June 30, 2014

Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia ~ Mansur Abdul Hakim

Izrail adalah malaikat yang ditugaskan oleh ALLAH SWT untuk mencabut nyawa setiap makhluk yang hidup. Kematian yang pastinya tidak ditangguh atau dipecepat akan dirasai apabila ajal menjelma. Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi malaikat maut ini?

Buku ini akan merungkaikan segala persoalan berkenaan malaikat pencabut nyawa dan peristiwa kematian bersumberkan Al-Quran dan hadith Nabi SAW. Di samping menceritakan mengenai kisah-kisah para nabi, orang-orang soleh dan para sahabat menjelang kematian mereka.

Sebagai pegetahuan tambahan, naskhah ini juga menerangkan dalam perspektif Taurat, Injil dan Syi'ah Imamiyyah mengenai kematian dan sakaratul maut. Ia sebagai satu bentuk ilmu perbandingan (komparatif) terhadap perbezaan pendapat, kepercayaan dan agama.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Sunday, June 15, 2014

Mukjizat Surah Yusuf dan Surah Maryam ~ Nurul Qomariyah

Al-Quran scbagai mukjizat terbesar yang dikumiakan Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. mengandungi berhagai manfaat dan kehebatan yang tidak teijangkau dengan akal likiran manusia. di dalam huku ini cliningkaikan mengenai kelebillan dan ketitantaan yang akin diperoleh apabila inembaca Surah Yusuf clan Small Maryam. Dila insan mulia ciptaan Allah s.w.t. yang dikurniakan berbagai kelebillan dalam mengliarungi kehidupan mereka di Awn dunia ini. 

Penulis buku ini, berkeyakinan bahawa terdapat nilai keberkatan yang dapat diperoleh apabila mengamalkan kedua-dua sunlit ini. Betapa kacak, soleli dan cekalnya sosok Nabi Yusuf a.s. yang diduga dengan pelbagai cabaran dan tintangan di dalam Surah Yusuf. Manakala peribadi Mamun yang cantik, solehab dan tabah menghadapi cemuhan dan cacian kaumnya dengan kelahiran Nabi Isa a.s tanpa proses biologi sepertiniana pasangan suami isteri biasa. Terkandung banyak doa dan zikir mustajab yang boleti diatnalkan oleh pasangan yang ingin segera meunnang cahaya mata. Selain itu juga tip amalan untuk ibu mengandung serta persediaan bagi menyambut orang barn dalam keluarga. Sebuah buku yang sangat sesuiu dimiliki dan dijadikan rujukan oleli setiap keluarga.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Rahsia Dajjal ~ Dr. Athif Lamadhah

"Dajjal itu yang buta mata kirinya, rambutnya lebat, mempunyai syurga dan neraka, nerakanya adalah syurga sedangkan syurganya adalah neraka." ( Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud) Seringkali kita mendengar perkataan atau gelaran "Dajjal" itu ditujukan kepada mereka yang jahat perangai dan akhlaknya. Tentang kemunculan Dajjal ini sudah diberikan peringatan oleh Rasulullah S.A.W. lagi dalam hadis hadis baginda. la adalah sebagai peringatan kepada umat Islam tentang betapa dahsyatnya kehancuran yang akan dilakukan oleh Dajjal kelak. 

Buku kecil ini menghuraikan kita berkenaan Dajjal yang didasarkan kepada hadis-hadis sahih. Malah dihuraikan juga tentang sifat, dari mana dan ke mana serta berapa lama is akan berada di dunia ini. Juga dihuraikan juga berkenaan fitnah-fitnah Dajjal yang perlu dihindari. Semoga dengan pencerahan ini dapat kita ambil pengajaran dan ikhtibar sebaiknya untuk ndapat keredhaan dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90

Pedoman Suluk & Tawassul Menggapai Wajah Ilahi ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Adakah kita memerlukan Allah S.W.T dalam kehidupan ini? Masihkah kita meyakini dan mengimani kekuasaan-Nya, kasih-sayang-Nya, segala anugerah-Nya dan balasan-balasan yang akan kita peroleh di akhirat kelak? Pasti semua yang mengaku Islam akan menjawab, "Ya, kami beriman kepada Allah S. WT" Tetapi realitinya, manusia yang membuat pengakuan tadi sering mengabaikan-Nya, melupakan-Nya dan hanya mengingati-Nya bila hidup mula gundah, susah dan dirundung gelisah.

Kenapa ini sering terjadi kepada makhluk bernama manusia? Pasti ada kepincangan di dalam hati kita. Kita masih belum mampu menghadirkan `Wajah Ilahi' ke dalam jiwa dan hati kita. Luahan cinta kita kepada Ilahi hanya terukir di bibir sahaja tanpa mekar subur di dalam hati.
Buku hasil warisan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini membicarakan peringatan kepada kita agar kembali ke jalan-Nya. Suluk (jalan) dan tawassul (panduan) yang membawa kita untuk menghadirkan (Wajah Ilahi' dalam setiap langkah kehidupan kita. Ingatan kita sentiasa kepadaNya agar mampu meraih reda dan kasih-Nya yang dapat menjadikan kita sebagai kekasih Allah. Kita dambakan seruan cinta-Nya : "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Surah Al-Fajr : 27-30)

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Friday, June 6, 2014

Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi ~ Al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi

Sepanjang hayat Imam Nawawi, beliau sentiasa sibuk dengan menuntut dan menyebarkan ilmu, menulis kitab, beribadah seperti puasa, wirid, dan zikir. Perwatakan beliau begitu sederhana, warak dan zuhud. Manakala pakaiannya adalah daripada kain kasar, berserban berwarna hitam dan kecil. Pengorbanan dan sumbangannya terhadap peradaban dan tamadun Islam amatlah besar. Karya-karya beliau menjadi rujukan dan sumber ilmu bagi umat Islam sehingga kini.
Al-Azkar merupakan salah satu hasil karya beliau yang begitu bermakna untuk semua umat Islam. Bicaranya dalam karya ini adalah tentang zikir serta amalan dalam kehidupan seharian kita. Susunan hadis-hadis sahih yang berkaitan tentang amalan serta zikir mampu memberi sinaran bagi menyuluh kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
(Al-Dzariyat:56)

"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan Wgat (pula) kepadarnu."
(al-Baqarah:152)

Hasil karva Imam Nawawi ini diolah secara ringkas dan mudah. Fokus utamanya adalah untuk memberi pengetahuan tentang amalan-amalan, zikir dan juga bila masa untuk mengamalkannya. Rujukan ini memudahkan lagi kita dalam memahami serta beramal dengan zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Kajian dan usaha yang disumbangkan oleh Imam Nawawi ini amat bermakna untuk seluruh umat Islam hari ini dan akan datang dalam menjalankan ibadah seharian. Ilmu yang dinukilkan oleh Imam Nawawi ini mampu menjadi panduan bagi kita.

"...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku dipertintahkan , dan aku termasuk di kalangan orang muslim (berserah diri)."

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 -RM55.40

Lelaki-lelaki Hebat di Sekeliling Rasulullah s.a.w. ~ Mahmud Al-Misri

Sebaik-baik ikutan dan teladan dalam hidup ini adalah para rasul dan mursalin terutamanya junjungan besar Muhammad S.A.W. Setiap para nabi dan Rasul ini mempunyai pengikut dan penolongnya. Adapun pengikut dan pembantu Nabi Besar Muhammad S.A.W. yang setia dalam memperjuangkan keunggulan dan keindahan Islam adalah "Lelaki-Lelaki Yang Hebat Di Sekeliling Rasulullah S.A.W."

Dua jilid buku ini memaparkan kecintaan tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman kepada Islam yang menjadi sebutan bukan sekadar penduduk bumi malah juga mendapat pujian daripada penduduk langit. Telusuri perjalanan kisah para sahabat Nabi S.A.W. yang hebat ini, bayangkan seolah-olah kita hidup bersama mereka walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita. Contohi teladan mereka , kecintaan mereka kepada Islam, perjuangan mereka mendaulatkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia. Bermula dakwah mereka di bumi Mekah yang gersang dan berkembang luas hingga meruntuhkan dua empayar besar pada zamannya iaitu Rom dan Parsi dan hinggalah ke hari ini Islam diterima di setiap pelusuk dunia. 

Tokoh-tokoh besar seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi dinyatakan kehidupan dan kecintaan mereka kepada Islam. Bukti-bukti kecintaan dirakamkan dalam buku ini bersandarkan daripada penulisan ulama-ulama Islam sepanjang zaman. Kita akan melalui pengalaman kerohanian yang realistik bagaimana lelaki-lelaki hebat ini menjual diri-diri mereka untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Kuasa. Peribadi-peribadi yang wajar menjadi ikutan dan suri teladan bagi umat sepanjang zaman.

*****

(SEM) RM79.00 - RM69.50
(S/S) RM82.00 - RM72.20

Lelaki-lelaki Hebat di Sekeliling Rasulullah s.a.w. (Jilid 1) HC ~ Mahmud Al-Misri

Sebaik-baik ikutan dan teladan dalam hidup ini adalah para rasul dan mursalin terutamanya junjungan besar Muhammad S.A.W. Setiap para nabi dan Rasul ini mempunyai pengikut dan penolongnya. Adapun pengikut dan pembantu Nabi Besar Muhammad S.A.W. yang setia dalam memperjuangkan keunggulan dan keindahan Islam adalah "Lelaki-Lelaki Yang Hebat Di Sekeliling Rasulullah S.A.W."

Dua jilid buku ini memaparkan kecintaan tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman kepada Islam yang menjadi sebutan bukan sekadar penduduk bumi malah juga mendapat pujian daripada penduduk langit. Telusuri perjalanan kisah para sahabat Nabi S.A.W. yang hebat ini, bayangkan seolah-olah kita hidup bersama mereka walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita. Contohi teladan mereka , kecintaan mereka kepada Islam, perjuangan mereka mendaulatkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia. Bermula dakwah mereka di bumi Mekah yang gersang dan berkembang luas hingga meruntuhkan dua empayar besar pada zamannya iaitu Rom dan Parsi dan hinggalah ke hari ini Islam diterima di setiap pelusuk dunia. 

Tokoh-tokoh besar seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi dinyatakan kehidupan dan kecintaan mereka kepada Islam. Bukti-bukti kecintaan dirakamkan dalam buku ini bersandarkan daripada penulisan ulama-ulama Islam sepanjang zaman. Kita akan melalui pengalaman kerohanian yang realistik bagaimana lelaki-lelaki hebat ini menjual diri-diri mereka untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Kuasa. Peribadi-peribadi yang wajar menjadi ikutan dan suri teladan bagi umat sepanjang zaman.


*****

(SEM) RM89.00 - RM78.30
(S/S) RM92.00 - RM81.00

Membimbing Hamba Allah Menuju Jalan Hidayah ~ Irsyad Al-Ila Sabil Al-Rasyad

Ini adalah suatu risalah pada menyatakan Iqtiqad bagi Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah yakni ahli yang mengikut akan jalan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan Khulafa' Al-Rasyidin yang kemudian daripada Nabi.

Hai saudaraku! Hendaklah bersungguh-sungguh oleh kamu pada merneliharakan iman kamu dan agama kamu daripada hap-hap yang membinasakan keduanya dan hendaklah kamu sahkan kamu dengan barang yang dii'tiqadkan dia oleh Ahli Al-Sunnah wa AI -Jama'ah yang tiada syubhah dan bid'ah padanya sekali-kali dan hendaklah kamu berlajar akan ilmu yang sebenar daripada guru yang benar lagi masyhur ilmunya dan nya antara manusia, lagi guru terpelihara ia daripada tamak akan harta dunia dan tiada dengki dan tiada takabbur kerana tiada berhimpun sekali-kali ilmu yang sebenar pada hati yang ada padanya suatu sifat daripada sifat yang tiga itu. 

Dan telah banyak pada zaman ini beberapa manusia yang mendakwa akan dirinya alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang salah dan beberapa dan rahsia yang menyesatkan hamba Allah dan setengah mereka itu yang berpegang dengan zahir ayat Al-Qur'an yang mutasyabihah atau sunnah yang mutasyabihah pada hal tiada dilintangkan dengan dan yang muhkamat tetapi berpegang oleh mereka itu dengan zahir ayat yang mutasyabihah, maka jatuh mereka itu di dalam laut kufur, maka sesat mereka itu dan menyesat oleh mereka itu akan manusia yang awam. Maka adalah mereka itu seperti Dajjal atau terlebih jahat daripada Dajjal dan qasad oleh mereka itu dengan demikian itu hendak menipu daya akan harta manusia supaya hendak memenuhkan perutnya dengan harta yang haram, maka lagi akan dipenuhkan perutnya dengan api nesaka Jahannam seperti berfirman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Erti: Kata olehmu, ya Muhammad! Bahawasa segala mereka yang mengada-ada oleh mereka itu alas Allah Ta'ala akan dusta itu, tiada beroleh kemenangan mereka itu kerana berkehendak akan mata benda dunia yang sedikit kemudian kepada Kami kembali mereka itu, kemudian Komi rasakan mereka itu akan azab yang amot keras dengan sebab barang yang telah ada mereka itu kufur.

Semoga kitab yang kecil ini membawa faedah yang besar bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan yang diredhai Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas pengarang kitab ini yang telah bertungkus lumus dalam menyampaikan ilmu Allah yang telah diamanahkan ke atasnya.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90

Tafsir Ibnu 'Abbas ~ Abu Thahir Muhammad bin Ya'kub Fairuzabadi

Al-Quran dihidangkan dengan penuh hikmah oleh Allah S.W.T. Hikmah yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang memahami pengisian, meyakini keimanan kepada Allah S.W.T serta mengamalkannya sebai panduan kehidupan seharian. Sesungguhnya diturunkan Al-Quran merupakan rahmat dan nikmat yang paling besar bagi seluruh umat manusia terutama umat Islam. 

Dalam memahami dan menghalusi susur-susur ayat yang indah yang diwahyukan Allah itu, rujukan dan sumber yang paling lengkap serta dihasilkan oleh individu yang berkaliber amat ditagih dan diperlukan. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah S.A.W sendiri.

Seperti yang kita telah ketahui, Ibnu Abbas merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat dikagumi daripada segi ilmu Al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terawal mentafsirkan Al-Quran. Hasil tafsirannya telah dibukukan dan menjadi rujukan serta panduan bagi generasi seterusnya sehingga kini. Ibnu Abbas ini yang nama sebenarnya Abdullah ibnu Abbas yang juga merupakan sepupu kepada Rasulullah S.A.W. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah S.A.W agar dikurnikan Allah kefahaman tentang Al-Quran. Beliau merupakan seorang ulama serta penghafal Al Quran yang memiliki ilmu yang amat luas dalam penafsiran al-Quran dan perawi hadis.

Kehadiran Tafsir Ibnu Abbas yang terbahagi kepada 3 jilid ini merupakan kesinambugan yang amat diperlukan oleh seluruh umat Islam sekarang dalam memahami dan mendalami ilmu Al-Quran. Lebih-lebih saat-saat ini umat Islam semakin jauh daripada Al-Quran dek kesibukan dan kemajuan yang kian menghakis setiap saat dalam kehidupan seharian mereka. Semoga dengan kehadiran buku akan menjadi dengan asas dan panduan untuk setiap umat Islam dalam mendalami dan menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran. Sunnah Nabi dan Syariat Allah.

*****

(SEM) RM299.00 - RM263.00
(S/S) RM302.00 - RM265.80

Wednesday, June 4, 2014

Jika Anda Ingin Bahagia, Inilah Cara Berhubung Dengan Allah s.w.t. ~ Muhammad Makhdlori

Cuba nilaikan keuntungan yang anda dapat daripada bisnes yang anda usahakan setiap bulan? Berapakah lebihan keuntungan yang anda dapat setiap akhir tahun? Satu juta, dua juta, sepuluh juta ataupun seratus juta. Pastinya anda akan merasa seronok apabila keuntungan anda berganda dan sentiasa bertambah setiap bulan. Malah anda sentiasa mengharapkan agar terus untung dan untung.
Namun itu semua adalah nilaian daripada segi nilaian harta materialistik. Lain pula kebahagiaan yang dinilaikan dari sudut keuntungan apabila bertransaksi dengan Allah s.w.t. 

Kebahagiaannya bukan sahaja di dunia malah juga kebahagiaan di akhirat yang hakiki dan sebenar. Lalu bagaimanakah caranya untuk meraih kebahagiaan itu?

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...