Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Friday, February 25, 2022
Sekufu ~ Aiman Azlan, Dr. Harlina Halizah Siraj
1+1=27 Fiqh Imam Makmum ~ Prof Dr. Basir Ibrahim Al-Azhari
Seorang individu hanya memerlukan seorang sahaja makmum ataupun imam untuk mewujudkan solat berjemaah dan mendapat pahala jauh berganda berbanding solat bersendirian.
Buku ini bukan sekadar membicara berkenaan fiqh solat, iaitu fiqh solat berjemaah, fiqh imam, dan fiqh makmum. Ia juga menjawab persoalan dan isu-isu yang menjadi tanda tanya masyarakat mengenai solat berjemaah menurut ulama empat mazhab dengan huraian yang mudah difahami.
Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini:
1. Apa hukum wanita menunaikan solat bersebelahan dengan suami di Masjidil Haram?
2. Sahkah solat apabila saf wanita mendahului sesetengah saf lelaki dalam masjid?
3. Bagaimana pula dengan situasi wabak yang mengehadkan 40 jemaah sahaja untuk solat Jumaat?
4. Bagaimanakah pasangan suami isteri yang sedang terlantar sakit menunaikan solat secara berjemaah?
5. Apakah penjelasan sebenar mengenai solat berjemaah dengan kadar jarak 1 meter?
6. Bolehkah pondan menyertai solat jemaah?
Tuesday, February 22, 2022
13 Mei: Laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 9 Oktober 1969 ~ Penterjemahan Hariz Rashid
Bagi sebahagian daripada kita, tragedi ini mempunyai makna yang peribadi buat diri. Namun kita tidak boleh benarkan peristiwa tersebut membuatkan kita terus hanyut. Pada hari tersebut, kita tersentak lalu tersedar bahawa permasalahan kaum di negara kita amat serius, dan langkah yang telah diambil pada masa lalu belum cukup memadai.
"Pengajaran daripada tragedi ini amat jelas. Negara ini tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengadu domba dan menghasut masyarakat yang akan menyebabkan permusuhan sesama mereka. Untuk memastikan tragedi ini tidak akan berulang pada masa hadapan, kita perlu memastikan isu yang akan mengeruhkan perhubungan antara kaum tidak akan dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."—Tun Abdul Razak bin Hussein, Pengerusi MAGERAN
Monday, February 21, 2022
Making Art Out of Pain ~ Idayu Mumtaz Iskandar
A beautiful life is not always one that goes on smoothly. A beautiful life is when the soul finds a way to make peace with the rough edges of existence. A beautiful life is interpreting the whole spectrum of human experiences, through the lens of faith.
Fuelled by revealed divine verses and pressing personal reminiscences, this book coupled with vivid metaphorical watercolour artworks offers ten crafts to carry on when in the throes; to challenge what we perceive events in life to represent, how we respond to the unexpected, unfamiliar, and unpleasant, and what we choose to become in the face of everything.
Projek Muhammad ~ Dr. Atiyah Azmi
“Anak puan 16 tahun masih diizinkan untuk melihat, tetapi cucu saya lahir-lahir sahaja sudah tidak mampu melihat. Pandangannya hanya terlihat bayang-bayang.” - Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
*********************
Muhammad, kelahirannya dinanti.
Muhammad, keistimewaannya disyukuri.
Muhammad, kepulangannya ditangisi.
********************************************
Projek Muhammad adalah perkongsian pengalaman insan-insan hebat yang diuji oleh Allah s.w.t. bagi meraikan kehadiran khalifah istimewa daripada-Nya. Keindahan sifat redha dan sabar begitu sinonim dalam kisah ini. Itulah nikmat sebenar yang Allah s.w.t. berikan setiap detik bersama Muhammad. Baca kisahnya dan hayati pengajarannya bagi meningkatkan rasa syukur kita kepada kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
Thursday, February 10, 2022
Faridah Al-Fara'id Fi 'Ilmi Al-'Aqa'id: Permata Yang Bernilai Dalam Membicarakan Ilmu Akidah ~ Ahmad B. Muhammad Zain B. Mustafa B. Muhammad Al-Fathani
Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok ia merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi. Bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini kecil dan ringkas tetapi isinya amat padat dan bermanfaat bagi pencinta ilmu.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ilmuan Islam nusantara dapat kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan umat Islam khususnya di Malaysia ini.
Qathrul Ghaitsiyyah: Curahan Ilmu Tasawwuf Berdasarkan Syariat Nabi Muhammad s.a.w ~ Husin Nashir B. Muhammad
Kitab ini merupakan hasil daripada usaha transliterasi daripada kitab asal yang bertulisan Jawi kepada Rumi yang dilakukan oleh ustazah Noraine Abu bagi memudahkan generasi sekarang yang kurang mahir dengan tulisan Jawi lama. Alih tulisannya ke tulisan Rumi dilakukan tanpa sebarang pindaan dari segi gaya bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal pengarang serta bagi memudahkan mengikuti pengajian.
Semoga dengan terbitnya buku ini akan memberi lebih kefahaman kepada masyarakat terhadap ilmu Tasawwuf yang merupakan salah satu cabang ilmu di dalam agama Islam yang sering disalah anggap dan ditohmah serta tidak langsung menjernihkan kekeruhan yang berlaku.
Hamparan permaidani buat Nabi Sulaiman a.s.
Ifrit, iblis, jin, angin, binatang semua tunduk pada kekuasaan Nabi Sulaiman a.s. Dia Nabi yang dikurniakan Allah mukjizat lain berbanding yang lain.
Nabi Sulaiman memahami & mengerti apa yang dibicarakan oleh setiap makhluk di muka bumi. Baginda mampu menundukkan sesiapa sahaja dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya dalam menyebarkan Islam.
Hadis Nabi berkaitan dengan menziarah ke tempat kaum dilaknat Allah
Kaum 'Aad, Tsamud, Luth, Firaun, Madyan adalah antara kaum yang dilaknat Allah. Mereka banyak melakukan kerosakan pada bumi & manusia.
Untuk yang berziarah ke sini, ikutlah peringatan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Monday, February 7, 2022
133 Hadis Fadhilat Surah, Ayat & Membaca Al-Quran ~ Ustaz Muhadir Haji Joll
- Membaca Al-Qur’an akan mendapat pahala berganda sama ada pembaca itu sudah mahir atau baru belajar.
- Mendapat syafaat Al-Qur’an pada hari kiamat.
- Surah Al-Fatihah boleh dibaca sebagai wasilah untuk menyembuhkan sengatan binatang berbisa.
- Sekali bacaan surah Az-Zalzalah, pahalanya menyamai pahala membaca setengah Al-Qur’an.
- Membaca surah Al-Kafirun untuk menjauhkan diri daripada syirik.
- Membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas solat fardhu akan dapat masuk syurga.
- Menghafaz 10 ayat pertama dan terakhir surah al-Kahf akan terselamat daripada fitnah dajjal.
Hijrahku Ini, Sebenarnya Untuk Siapa? ~ Ustazah Asma' Harun, Wandri Wahyudi
Adakah hijrah kita benar-benar tulus? Atau justeru penuh dengan tipu daya.
Adakah hijrah kita benar-benar ikhlas? Atau niat kita masih salah dan tercemar.
Adakah hijrah kita benar-benar demi Allah s.w.t. atau kerana dorongan nafsu dunia.
Pertanyaan-pertanyaan inilah yang perlu kita hayati kembali dalam diri kita. Jangan sampai niat kita untuk berhijrah tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana. Jangan sampai niat kita untuk berhijrah menjadi sia-sia hanya kerana perkara yang sia-sia. Jangan sampai niat kita berhijrah hanya kerana nafsu atau wanita. Jangan sampai hijrah kita tersasar daripada tujuan sebenar.
Tanyakan pada diri, “Hijrahku ini Sebenarnya untuk Siapa?” Kemudian, jawab pada diri sendiri, “Hijrahku ini Hanya untuk Dia.” Dalami maksud dan konsep hijrah yang hakiki dengan menelusuri dan menghayati tiga bahagian dalam buku ini:
Bahagian 1
Berlapang Hati untuk Hijrah yang Hakiki
Bahagian 2
Berhijrahlah, Berbahagialah, Beristiqamahlah!
Bahagian 3
Agar Hidup Menjadi Lebih Bermakna
The Art of Thinking Clearly (Edisi Bahasa Melayu) ~ Rolf Dobelli
Pernahkah kita…
- Melabur masa terhadap perkara yang memang diketahui tidak berbaloi?
- Membazir banyak wang dalam jualan lelong di eBay?
- Terus-terusan melakukan sesuatu perkara biarpun tahu perkara itu memberikan kesan yang negatif?
- Menjual saham terlalu awal ataupun terlalu lambat?
- Tersilap langkah dalam percaturan hidup?
- Menerima pujian apabila berjaya, namun menuding jari apabila gagal?
Buku ini adalah peluang untuk kita menutup segala ruang kesilapan, serta memberikan kita peluang membuat keputusan yang jauh lebih baik dalam kehidupan.
Bidaahkah Amalanku? ~ Prof Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari
Ada yang mengatakan, bidaah adalah semua perkara baharu walhal hanya perkara baharu dalam amalan berkaitan agama sahaja dianggap bidaah.
Ada juga yang mengatakan, suatu amalan itu dianggap bidaah hanya dalam mazhab lain dan bukan Mazhab Syafie. Walhal rupanya, ulama Mazhab Syafie juga mengatakan yang ia adalah amalan bidaah.
Ada yang mengatakan amalannya itu tidak bidaah kerana ada hujah ilmiah walhal secara ilmiahnya amalan itu memang bidaah. Hujah yang mengatakan ia tidak bidaah adalah hujah yang kurang ilmiah.
Pendedahan ini bukan untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia, sebaliknya pendedahan ini demi membudayakan budaya beramal dengan ilmu dan bukan ikut-ikutan.
Demi amalan yang sahih mengikut sunah Rasullullah s.a.w.
Bolehkah Beramal Dengan Hadith Dhaif? ~ Prof Dr. Basri Al-Azhari
Namun oleh kerana masyarakat Islam di Malaysia kurang didedahkan dengan pembelajaran ilmu hadith sebagaimana yang berlaku akhir-akhir ini oleh beberapa orang tokoh dalam bidang hadith, maka tidak ada isu yang timbul berkaitan dengan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di negara ini.
Setelah pengajian ilmu hadith mulai tersebar dengan meluas baik menerusi kuliah di masjid dan surau mahupun menerusi atas talian, ia telah menarik perhatian sebahagian besar masyarakat kerana mereka melihat itulah ajaran sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w kepada umatnya dan ia mudah dihayati dan difahami mereka.
Daripada situ juga mulai timbul pelbagai pandangan masyarakat terhadap hadith dhaif dalam perundangan Islam dan fada’il al-a’mal. Apalagi hadith dhaif ialah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith hasan dan hadith sahih.
Ada golongan yang menolak dengan keras amalan terhadap hadith dhaif meskipun dalam lapangan fada’il al-a’mal dan ada pula yang mengambil sikap yang pertengahan. Inilah yang sedang diusahakan oleh buku ini untuk dijelaskan kepada masyarakat Islam di negara ini.
Buku ini amat sesuai menjadi bahan bacaan masyarakat awam bagi mengetahui secara lebih mendalam tentang perbezaan pendapat ulama dalam beramal dengan hadith dhaif dalam lapangan perundangan Islam dan fada’il dan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.
Abang Viva Adiwira Banjir ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
"Memandang seseorang janganlah dari fizikalnya saja, namun pandanglah seseorang dari ketulusan hatinya. Ketika kamu merasa peduli mu tak pernah dihargai, ketahuilah bahawa kamu sedang belajar tentang ketulusan hati. Kesungguhan itu akan mendekatkan sesuatu yang jauh, dan kesungguhan itu pula akan membuka pintu yang tertutup".
Walau keringat bercucuran membasahi tubuh dan dengan baju yang kusam dan kotor tak akan boleh hentikan jiwa tekad berkhidmat.
Panas matahari tak boleh hentikan...
Hujan deras tak boleh memadamkan semangat seorang adiwira.
Tiada istilah menyerah. Semangat menggebu... merah menyala di dalam kalbu. Meraih cita-cita kita walaupun terhalang rambu-rambu dan ranjau.
Namun jiwa ini adalah infak untuk umat. Kepada wira dan wirawati negara. Dikau lah adiwira bangsa yang berwajah. insaniah. Berjuang dengan acuan sendiri... yang mewariskan tinta sejarah legasi kemurnian jiwa buat generasi.
Nota My #qurantime Juzuk 12 ~ Karya Bestari
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-12 membincangkan mengenai sejarah Nabi terdahulu sebagai pedoman:
Usaha Nabi Nuh A.S, Nabi Soleh Dan Nabi Hud Membawa Manusia Kepada Kebenaran.
Ingkarnya Kaum Terdahulu Terhadap Dakwah Yang Dibawa Oleh Para Rasul.
Golongan Terdahulu Yang Ragu Dengan Al-Quran.
Ancaman Allah SWT Kepada Kaum Yang Meninggalkan Al-Quran.
Penciptaan Bumi Dan Langit Dalam Enam Masa.
Perumpamaan Orang Kafir Dan Mukmin.
Permata hati 9 Bulan 10 Hari ~ 25 Penulis, Sa'adiah Shuib
Coretan daripada 25 orang penulis memberi manfaat yang tidak ternilai berbanding dengan harga yang perlu dibayar untuk keringat para penulis. Sebagai panduan menjadi ibu dan ayah terbaik untuk permata hati.
9 Bulan 10 Hari, membicarakan pengalaman, realiti, regatta imaginasi dan kreativiti yang tinggi, menjadi kekuatan dan panduan untuk menjadi ibu dan ayah terbaik buat permata hati yang bakal dilahirkan nanti.
Debaran ibu bersama denyut nadi permata hati yang dikandung. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu saat hamil dan melahirkan. Emosi yang naik turun, mudah marah, mudah menangis, mudah tersinggung, ngidam yang ternyata bukan mitos, mual dan muntah, sukar tidur dan kaki menjadi bengkak.
Kalau ada anak yang merasakan dirinya hebat, tanpa ingat jasa seorang ibu yang membesarkannya, itu anak tidak pandai mengenang budi. Ketika janin, di perut siapa engkau hidup? Siapa yang memujukmu ketika engkau menangis? IBU!