Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, December 28, 2018

Anding Ayangan II ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Berkisarkan mengenai dua
dunia yang mempunyai kehidupan berbeza. Seorang penglipur lara bernama Nyian yang mempunyai kuasa sakti telah membaca dan mengubah cerita dongeng mengenai Anding Ayangan. Segala yang dipertuturkan benar-benar menjadi kenyataan. Kehidupan Furqan Ayyubi di dunia Anding Ayangan terhenti kerana dia telah dibawa ke dunia nyata akibat pengkisahan Nyian. Manakala Nyian dan sahabatnya Damit pula bertukar dengan Furqan Ayyubi dan telah ditelan lautan dan dibawa ke dunia Anding Ayangan.

Bermulalah kacau bilau di mana, Nyian telah menyalahgunakan kesaktiannya dan cuba mengambil alih takhta kerajaan Anding Ayangan. Dia berjaya menggulingkan Raja Perempuan Yungku Kelangar iaitu adik kepada Furqan Ayyubi. Walau bagaimanapun Nyian bukanlah seorang raja yang adil dan mengakibatkan huru-hara di kerajaan Anding Ayangan dengan hanya menggunakan lisan sahaja. Manakala Furqan Ayyubi di dunia nyata ini bersungguh-sungguh berjuang untuk membunuh seekor makhluk yang datang dari Anding Ayangan juga. Makhluk itu telah menumpang di dalam jasad Datuk Johar seorang ahli politik.

Sifat Al-Fatwa Wa Al-Mufti Wa-Mustafti ~ Imam Ahmad bin Hamdan Al-Harrani Al-Hanbali

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

Berkata Ibn Hamdan:

Alangkah besarnya dan bahaya urusan fatwa ini. Sangat sedikit orang yang berkelayakan dalam memberikan fatwa dan sedikit juga mereka yang takut dosa-dosa dan bahaya dalam berfatwa serta mereka berasa cukup dan berpada dalam memberikan fatwa hanya orang itu dan orang ini.

Mereka juga ghurur (terpedaya) dengan imhaal dan juga pengabaian, serta berpada dengan sangkaan mereka bahawa mereka itu tergolong dalam bilangan mereka yang tiada tolak bandingannya.

Safinatun Naja ~ Syeikh Salim Bin Sumair Al-Hadrami

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Para ulama’ kita yang terdahulu telah mengarang banyak kitab
tentang ilmu fiqh. Tidak syak lagi bahawa setiap pengarang yang
mulia tersebut, pasti telah melihat adanya ruang-ruang ilmu yang
menuntut mereka membuat pengisian dan adanya keperluan yang
menuntut mereka melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Ada dalam kalangan mereka mendapatinya perlu membuat
huraian secara meluas, manakala yang lain pula mendapatinya
sangat perlu kepada rumusan dan ringkasan sahaja.

Begitu juga ada dalam kalangan mereka yang mengarangnya
dalam bentuk puisi atau prosa. Seterusnya, ada yang mengkaji
masalah-masalah yang penting serta bahagian-bahagian yang
berkaitan dengannya. Di samping itu, ada juga pengarang yang
membataskan kajiannya kepada masalah-masalah yang penting.

Tuesday, December 18, 2018

200 Tip Berhibur Gaya Rasulullah ~ Muhammad Hishyamuddin Yahya

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.70

Buku 200 Tip Berhibur Gaya Rasulullah s.a.w. ini menyajikan bagaimana cara berhibur yang benar menurut Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur, malah ia diharuskan.

Hiburan membantu manusia untuk menjadi lebih tenang apabila berhadapan dengan situasi tegang akibat daripada masalah harian yang ditanggung.

Namun, hiburan ada batasnya yang perlu diambil berat. Jikalau batas hiburan yang digariskan Islam dilanggar, maka sesuatu hiburan itu boleh mengundang pelbagai keburukan lantas perkara itu membawa kepada haramnya hiburan itu.

200 Tip Bijak Komunikasi Gaya Rasulullah ~ Noor Ainil Munirah Faizol

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.70

Buku 200 Tip Bijak Komunikasi Gaya Rasulullah memberi kita pendedahan tentang cara berkomunikasi yang baik menurut Rasulullah s.a.w.

Buku ini memuatkan sebanyak 4 bab yang terdiri daripada kaedah Rasulullah s.a.w. berkomunikasi dengan sahabat, komunikasi sebagai seorang pemimpin, komunikasi dengan kanak-kanak dan wanita, dan juga komunikasi dakwah berpengaruh baginda.

Buku ini dapat membantu kita dalam memperbetulkan gaya komunikasi kita dalam kehidupan seharian supaya tidak menjerumuskan kita ke lembah dosa kerana mulut yang petah berbicara.

Pantun & Gurindam Untuk Majlis Rasmi & Perkahwinan ~ Abdullah Hassan, Dato' Aripin Said, Ainon Mohd

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Menghimpunkan pantun dan gurindam klasik, dikarang khusus untuk:
- Pembawa majlis-majlis adat istiadat dan budaya
- Juruacara majlis-majlis formal kerajaan dan korporat
- Pengerusi pelbagai acara persidangan
- Penyampai ucapan umum
- Anggota pengurusan majlis dan persidangan
- Penyampai ucapan dalam majlis-majlis perasmian
- Penceramah
- Pembawa majlis persidangan
- Ketua rombongan pengantin
- Wakil-wakil dalam majlis pertunangan
- Penulis skrip TV dan video

Mereka Yang Harum di Langit ~ Ustaz Nazmi Karim

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Kita selalu mendengar nama-nama sahabat yang besar. Tetapi terfikirkah kita, tanpa mereka yang tidak terkenal ini, mampukah nama-nama besar itu menjadi segah yang didengar?

Antara Kandungan:
SAIDINA SAAD BIN MUAZ– Pemegang Panji Ansar
NU’MAN BIN MUQARRIN AL-MUZANI– Penakluk Kerajaan Parsi
NUA’IM BIN MAS’UD– Wira Perang Ahzab
ABDULLAH AL-HUZAFAH AS-SAHMI– Sahabat Yang Bertemu Dua Raja
TULAIHAH BIN KHUWAILID AL-ASADI– Pahlawan Berkekuatan Seribu Tentera
SAIDINA QA’QA BIN AMRU– Pahlawan Yang Tidak Pernah Tertewas
SAIDINA AL-BARRA’ BIN MALIK- Penakluk Kota Kematian

Dahsyatnya Qiamullail ~ Mahmudin Abdullah

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.00

Tahukah anda, malam adalah waktu yang dahsyat dan menakjubkan?

Malam adalah waktu yang ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan.

Di sebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kemanisan iman.

Rasulullah s.a.w. mengalami peristiwa Israk dan Mikraj pada waktu malam. Allah s.w.t. memberikan petunjuk kepada Nabi Musa a.s. pada waktu malam. Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat Tuhan pada waktu malam. Al-Quran dan kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam. Bahkan banyak lagi deretan peristiwa spiritual yang dahsyat berlaku dalam kepekatan malam.

Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan, dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. pada waktu malam, khususnya bagi umat Islam.

Cerita Bilik Pengetua ~ Dr. Hayya Bilal

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini berkongsi cerita mengenai kewujudan satu sosok tubuh yang banyak mempengaruhi dunia pendidikan di negara kita. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memimpin sesebuah sekolah. Pemimpin atau pengetua inilah yang menggalas tanggungjawab ini.

Didalam buku ini dikumpulkan pelbagai anekdot berkisarkan pemimpin sekolah yang ditulis hasil daripada temu bual, pengalaman, kes-kes benar dikutip, diolah, ditambah asam, garam, gula dan cili. Dengan pelbagai ragam dan situasi, menjadikan buku ini lengkap perasanya. Kita akan rasa tercuit hati dengan situasi yang lucu, geram pun ada dengan kisah yang tak disangka, sedih dan berbagai perasaan lain semasa membaca buku ini.

Tapi yang pastinya, buku ini sangat menghiburkan. Anda akan terhibur dengan pelbagai kisah yang dikongsi seperti Gangster Kampung Pisang, Staff Bermasalah, Tuisyen Felda, Pengetua Puaka, Panglima vs Bomoh dan lain-lain. Selain daripada pelbagai kisah menarik yang dihidangkan, ia juga ditulis dalam bahasa yang santai dan ringan, yang akan membuatkan bacaan kita lancar sehingga ke akhir muka surat.

Thursday, December 13, 2018

Cerita Dalam Kampus ~ Raihan Abu Bakar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kalau kau masuk U,
Kau jangan ikut perangai budak-budak
dalam buku ini,
Mati la nak,
Sampai ke tua pun tak konvo

Kurnia ~ Reyna Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Naskhah ini adalah diksi-diksi hati seorang ibu yang bergelar ibu, mama, umi, bonda dan seangkatan dengannya. Sebagai wanita yang bergelar ibu, sungguh sulit memperincikan perasaan yang terbenam, sukar menzahirkan apa yang bergolak serta perit menyimpan perasaan gusar tatkala melihat masa yang teramat pantas berjalan seiring dengan kedewasaan putera puteri kita. Masa yang berlalu membawa bersama detik-detik kejauhan anak-anak daripada kita (sebagai ibu mereka).

Tanpa sedar, masih banyak pesanan, nasihat serta bimbingan yang belum sempat kita sampaikan.

Kurnia ialah himpunan pesanan yang ingin penulis sampaikan kepada putera puteri beliau. Ianya boleh diambil sebagai suara hati yang mewakili suara hati ibu-ibu di luar sana. Bersama para ibu, buku ini berkongsi perasaan dan idea bagi menzahirkan pesanan-pesanan buat buah hati tercinta.

Cukup cantik sekali jika naskhah berintikan pesanan hati seorang ibu ini dapat dimiliki oleh setiap anak di luar sana.

Metanoia ~ Luqmmann

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Metanoia berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud 'satu perjalanan mengubah minda seseorang, hati, diri, atau cara hidup'.

Seorang lelaki kaya membawa anaknya berjalan di sebuah perkampungan orang miskin bagi menunjukkan betapa kaya dan banyaknya harta mereka.

Dan perjalanan itu telah mengubah anaknya.

Di penghujung kampung, sang ayah bertanya kepada anaknya,"Sudahkah kamu melihat betapa miskinnya perkampungan ini?"

Lalu si anak menjawab, "Wahai ayah, terima kasih...kerana sudah menunjukkan betapa miskinnya kita ini berbanding mereka."

Travelog Dakwah: Dari Bangi Ke Seoul ~ Dr. Mat Rofa Ismail

(SEM & SS) RM39.00 > RM34.30

Buku ini merakamkan detik yang menyayat hati lagi bermakna dalam sejarah keluarga penulis yang dipadukan dengan pengalamannya bersama IIIT dalam penyebaran integrasi ilmu. Tragedi yang berlaku di Seoul, Korea membawa kepada penulisan buku ini. Ia turut merakam secara ringkas sejarah Islam di Korea sebagai latar belakang peristiwa yang dialami penulis. Penulis rakamkan peristiwa ini sebagai kenanganabadi serta renungan para pembaca sekiranya dalam kisah tersebut terdapat sedikit pelajaran untuk renungan bersama.

Penulis juga mencatatkan perjalanan dakwah ilmiahnya ke serata pelosok negara bagi memperkenalkan integrasi ilmu Islam yang menghubungjalinkan subjek akademik dengan agama, sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam pendidikan hari ini.

Tuesday, December 11, 2018

Nota Cinta Daripada Tuhan ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku Nota Cinta Daripada Tuhan ini merupakan susulan daripada Nota Daripada Tuhan hasil karya Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Halim. Buku ini menghimpunkan koleksi nota atau tafsir penulis berinterpretasikan dalam bentuk cerita daripada hadis dan pengalaman penulis sendiri. Sarat dengan nasihat dan pedoman bagi membawa umat Islam menuju syurga yang di redhai-Nya.

13 Golongan Bukan Rasul Dalam Al-quran ~ Dr. Mohd. Fhakhrurazi Abdul Halim

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Buku ini dihasilkan dengan mengeluarkan 13 kisah-kisah mereka yang beriman yang bukan rasul daripada al-Quran. Kisah mereka yang tersebut dan dinyatakan dalam al-Quran. Ada yang disebut secara jelas dan ada yang kurang jelas. Maka kajian mengenai mereka itu digali lagi dengan mengumpulkan ayat-ayat berkaitan, diikuti dengan rujukan daripada hadis, tafsir muktabar dan kitab-kitab yang dipercayai kebenarannya.

Monday, December 10, 2018

Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang: Empayar Lemuria ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

 (SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Lemuria adalah sebuah tamadun yang hebat dengan kepakaran dalam seni bina yang canggih, sezaman dengan tamadun Atlantis. Tamadun Lemuria dikatakan milik bangsa Melayu yang wujud berlokasi di kepulauan nusantara suatu ketika dulu. Namun, sehingga kini tamadun Lemuria terus lenyap bersama sejarah bangsa Melayu yang gemilang, seolah-olah sengaja ditutup.

Buku ini bukan sahaja membongkar misteri kehilangan Empayar Lemuria tetapi turut mendedahkan kegemilangan Bangsa Melayu suatu ketika dulu yang kini telah ditutupi dan cuba dilenyapkan dari pengetahuan generasi kini.

Kerajaan Khalifah Islam Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyah ~ Raffar Mat

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selepas kegagalan kerajaan Umaiyah meneruskan kekhilafahannya, bani Abbasiyah bangkit sebagai kerajaan baru yang memimpin Islam di tanah Arab dengan pelbagai pergelutan dan konflik. Bahkan tidak terhitung banyak pertumpahan darah bagi mempertahankan setiap kerajaan dan wilayah jajahan. Menariknya, sewaktu pemerintahan di Baghdad diambil alih oleh bani Abbasiyah (132-656H/750-1258M), berlangsung sebuah lagi kerajaan Islam bani Umaiyah yang gah berkembang di Sepanyol.

Kerajaan Khalifah Islam: Jilid 2 - Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyah Dan Kemunculan Kerajaan Umaiyah Di Andalus mendedeahkan tentang kerajaan khalifah Islam yang bakal menjadi pedoman kepada sekalian umat manusia.

Yang Sahih Mengenai Manusia, Alam, Malaikat, Nabi, Jin & Hari Akhir ~ Muhammad Abdulloh Suradi

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Kisah para Nabi r.a dan sirah Nabi s.a.w yang biasa kita baca tidak terlepas dari riwayat yang tidak sahih. Begitu juga kisah para sahabat Nabi dan tokoh Islam. Justeru itu, harus kita mengutamakan riwayat yang sahih ketika membaca kisah insan-insan mulia yang sebahagian namanya terpateri dan mewangi dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Buku ini juga turut kongsikan riwayat sahih tentang masa awal penciptaan makhluk sebelum manusia, langit, bumi, malaikat, jin, dan manusia hingga hari akhirat.

Membongkar Misteri Tamadun Awal & Dunia: Mesir Kuno ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Mesir Kuno yang dikenali sebagai Bumi Firaun merupakan anatara tamadun terawal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang Timur kerana kurang diberi perhatian akan peripentingnya.

Buku ini juga menghuraikan tentang latar belakang kemunculan tamadun Mesir Kuno meliputi latar masa dan kedudukan geografinya. Juga sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan sosial Mesir Kuno. Buku ini turut membawa pembaca menyelami misteri Mesir Kuno yang dimanisfestasikan melalui pembinaan monument misteri seperti piramid, sphinx, kuil-kuil dan obelisk.

Menyingkap Tabir Misteri Ilmu Falak ~ A. Faiz Salbini

(SEM & SS) RM31.90 > RM28.00

Buku ini memberikan pengenalan kepada ilmu falak atau astronomi. Ia memberikan asas pemahaman tentang objek-objek yang ada di langit dan angkasa lepas. Ilmu falak telah lama dipelajari oleh ilmuwan Islam; malah orang Islam merupakan pelopornya. Ilmu falak memberikan banyak manfaat kepada manusia. Pada masa yang sama, ia menunjukkan keagungan dan kesempurnaan ciptaan Yang Maha Esa.

Buku ini juga memaparkan tentang lapisan langit, tentang bintang dan planet, serta waktu dan jam yang ditentukan oleh manusia berdasarkan ilmu falak.

Membongkar Kemunculan Rahsia Nabi Isa Di Menara Putih ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Tahukah kita bahawa sebelum kemunculan Dajjal, akan datang kira-kira 30 dajjal? Mereka inilah dajjal sebelum Dajjal Hakiki. Sama ada kita sedar ataupun tidak, para dajjal telah wujud di dunia ini sejak zaman dahulu sehingga kini. Apabila semua dajjal itu telah muncul, maka muncullah Dajjal Hakiki yang kelak akan diperangi oleh Imam Mahdi bersama kumpulan Panji-panji Hitam Islam yang sejati. Kemuncak peperangan ialah apabila Nabi Isa AS turun di Masjid Menara Putih di Damsyik, Syria dan membunuh Dajjal.

Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia: Pandang Sisi Peradaban Manusia Mesopotamia ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Mesopotamia merupakan tamadun awal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang timur kerana kurang diberi perhatian akan kepentingannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...