Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, September 26, 2013

Buku Rujukan Haji & Umrah Untuk Wanita ~ Dr. 'Ablah Muhammad Al-Kahlawi

Ibadah Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Manakala Umrah pula ibadah sunnah yang dikenali sebagai ibadah Haji Kecil, yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilatnya. Kedua-dua ibadah ini memerlukan persediaan fizikal, mental dan rohani yang sempurna untuk mendapat ibadah yang mabrur.

Buku ini merupakan sebuah rujukan yang amat sesuai untuk kaum Hawa dalam menyiapkan diri untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Berbeza daripada kebanyakan buku persediaan atau rujukan ibadah Haji dan Umrah yang sedia ada, buku ini memasukkan bab-bab pengkhususan untuk bakal jemaah Haji dan Umrah wanita. Disampaikan apa yang dibolehkan dan dilarang bagi jemaah wanita khususnya, selain itu juga ditambahkan dengan kedudukan mereka yang dimuliakan di sisi Allah.

Semoga dengan usaha penulis yang menyediakan sebuah rujukan khusus untuk bakal Haji dan Umrah wanita dapat dimanfaat sebaiknya. Lebih besar lagi harapannya untuk memberikan lebih keyakinan kepada kaum Hawa yang akan menunaikan ibadah Haji dan Umrah dengan persediaan ilmu dan pengetahuan yang mantap, selain persediaan fizikal dan material.

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM48.00 - RM42.20

Menjadi Isteri Yang Dapat Mengajak Suami Masuk Syurga Bersama ~ Fathan Mubina

Sebagai isteri, apa yang kita impikan dari sebuah rumah tangga? Pasti terlintas di dalam hati, apa yang kita inginkan adalah kemewahan, kelengkapan, perhiasan dan sebagainya dalam bentuk kepuasan material. Namun itu semua adalah hanya keperluan material yang bersifat sementara sahaja. Ia tidak bermakna sekiranya tiada kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga.

Kehidupan berkeluarga yang harmonis, bahagia dan tenang bersama suami tersayang dan anak tercinta adalah impian sebenar seorang isteri dan setiap wanita. Malah lebih jauh lagi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Pasti isteri impikan ke syurga bersama suami tersayangnya. Lalu bagaimana mewujudkan impian ini?

Inilah yang dikupas di dalam buku ini. Apakah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang wanita bergelar isteri. Malah itulah juga kunci untuk menuju syurga bersama suami. Lebih menarik lagi pengisiannya diperkuatkan lagi dengan nas-nas yang dipetik daripada al-Quran dan hadis.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Menjadi Suami Yang Membawa Isteri Masuk Syurga ~ Fathan Mubina

Seorang suami sudah semesti mengimpikan untuk dapat hidup bersama isteri dan anak-anaknya baik di dunia mahupun di akhirat. Namun jalan untuk mencapai semua itu bukanlah mudah tetapi tidak juga sukar. Banyak perkara yang mesti dipersiapkan dan dilakukan. Patuh kepada perintah dan larangan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W merupakan salah satu daripada tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang lelaki bergelar suami. Bukan sahaja diri sendiri sahaja patuh dan taat kepada perintah dan larangan Allah tetapi seluruh ahli keluarga untuk melakukannya.

Tanggungjawab seorang suami adalah melindungi dan menjaga isteri dan anak-anak sama ada di dunia ataupun daripada mendapat balasan di akhirat kelak. Tanpa persiapan dan ilmu kekeluargaan yang lengkap adalah sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Untuk itu, buku memberikan panduan dan tip berguna untuk para suami menyiapkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan mewujudkan impian ke syurga bersama isteri.

Semoga setiap perkongsian dan pencerahan yang terdapat di dalam buku ini, boleh kita jadi panduan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Di samping itu akan terus memberikan motivasi kepada diri sendiri serta keluarga untuk meraih cinta dan redha daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Sikap Suami Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumahtangga ~ Nur Rokhim

Kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga tidak akan dapat dicapai tanpa kesefahaman dan tolak ansur di antara pasangan suami isteri. Kedua belah pihak memainkan peranan masing-masing yang besar untuk mencapai sebuah mahligai yang diidam-idamkan. Selain daripada motivasi diri yang menyentuh tentang sikap-sikap positif yang penting dalam berumah tangga, juga amat penting untuk kita mengetahui dan menghindari sikap-sikap negatifnya.

Huraian yang disentuh di dalam buku ini adalah tentang sikap-sikap suami atau lelaki yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga. Kenapa perlu tahu tentang sikap buruk ini? Pasti ia adalah sebagai peringatan untuk kita agar tidak melakukan dan meninggalkan sikap buruk tersebut. Hal ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan jiwa dan emosi isteri atau wanita. Walaupun ia nampak remeh namun impaknya mungkin akan merosakkan keharmonian kehidupan berkeluarga.

Semoga dengan pencerahan ini dapat kita ambil ikhtibar dan manfaatnya untuk mencapai sebuah perkahwinan yang bahagia dan dirahmati Allah.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Sikap Isteri Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumahtangga ~ Zulian Al-Farizzi

Dalam menjaga dan mengekalkan keharmonian rumah tangga, salah satu aspek amat penting untuk diperhatikan adalah sikap. Sama ada bagi pihak suami ataupun isteri. Rumah tangga yang bahagia dan harmoni sering tergugat oleh sikap-sikap negatif yang tidak diambil perhatian oleh setiap pasangan. Seringkali ia diambil mudah oleh salah satu pasangan sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

Buku ini menjuruskan secara khusus berkenaan sikap isteri yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga. Kadang-kadang sikap ini dirasakan kecil atau remeh, tetapi sebenarnya ia umpama bom jangka yang mungkin akan meruntuhkan sebuah keharmonian rumah tangga. Sangat penting untuk setiap kita mengetahui sikap-sikap yang mesti dihindari dalam membina dan mengekalkan hubungan serta suasana bahagia dan harmoni dalam rumah tangga.

Semoga dengan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini memberikan kita banyak manfaat dan membantu kita dalam mendiri dan mengekalkan rumah tangga yang bahagia, harmoni dan mendapat keredhaan Allah.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Menggapai Rezeki Berlimpah Asalkan Tahu Kuncinya ~ Shiva Awamy

Siapa yang tidak mahu menjadi kaya dan mendapat rezeki yang melimpah ruah. Walaupun kata orang, harta kekayaan dan wang ringgit itu tidak menjanjikan kebahagiaan, namun Islam tidak menghalang umatnya untuk menjadi kaya-raya. Tetapi yang penting kaya yang pemurah, sentiasa membantu orang lain dan membelanjakan harta untuk kebaikan dan jalan Allah. Tetapi bagaimanakah caranya untuk meraih rezeki yang berlimpah dan penuh berkat ini?

Caranya mudah sahaja!

Selain bertungkus lumus mencari rezeki dengan tulang empat kerat sendiri, kita juga boleh mendapatkan rezeki dengan banyak bersilaturrahim, bersedekah dan bersyukur.

Kenapa? Tidak percaya?

Buktinya, baca dan hayatilah buku ini. Dengan huraian yang santai dan mudah, buku ini mengetengahkan kelebihan silaturrahim yang dapat meluaskan rezeki ; betapa ajaibnya sedekah dalam menjemput rezeki ke pintu rumah ; serta betapa dahsyatnya kuasa syukur dalam membawa masuk rezeki ke dalam rumah. Malah untuk menjentik motivasi diri, diceritakan kisah seorang hamba Allah yang mampu menunaikan haji kerana rajin bersedekah.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Banjir Harta Dengan Ajaibnya Solat Hajat, Duha & Tahajjud ~ Iqra' Al-Firdaus, Aep S. Hamidin

Semua orang mahu menjadi kaya dengan harta yang melimpah-ruah dan juga kaya jiwa dengan penuh kesyukuran kepada Ilahi dan sifat pemurah serta sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Namun tidak semuanya mendapat meraih semua itu. Ada yang kaya hartanya tetapi begitu fakir sekali jiwanya dan ada juga yang kaya harta dan kaya jiwanya. Pasti kita bercita-cita menjadi mereka yang kaya harta dan jiwanya.

Kekayaan tidak hanya dapat diraih dengan kesungguhan dan kerja keras dari sudut fizikal sahaja. Kesungguhan dan kerja keras dari sudut spiritual juga memainkan peranan yang amat besar dan senjata ampuh untuk meraih kekayaan. Amalan Solat Hajat, Duha dan Tahajjud merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi S.A.W. Ibadah sunat yang begitu banyak sekali kelebihan dan manfaatnya dalam usaha meraih kekayaan dan kejayaan. Buku ini menghuraikan tentang keajaiban ketiga-tiga solat sunat ini. Namun dalam menunaikan ibadah, perkara yang paling asas adalah ikhlas diniatkan melakukan ibadah itu kerana Allah.

Semoga dengan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan untuk meraih keredhaan Allah serta meraih kejayaan dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Tuesday, September 24, 2013

100 Keistimewaan Malam & Hari Jumaat ~ Al-Imam Jalaluddin As-Suyuthi

Buku ini adalah terjemahan daripada dua buah karya asal Bahasa Arab oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman as-Sayuti dan ulasannya oleh al-Ustaz Muhammad Riyadh al-Malih, bertajuk Khushushiyyat Yaum Al-Jumuah.

Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu bagi segala hari dan mempunyai banyak keistimewaan. Sebanyak 100 keistimewaan malam dan hari Jumaat telah berjaya dihimpunkan oleh Imam as-Sayuti di dalam kitab ini.

Antara lain buku ini menjelaskan bahawa Jumaat adalah Hari Raya mingguan bagi umat Islam, Neraka Jahannam tidak menggelegak dan pelupusan dosa pada hari Jumaat, orang yang mati pada malam atau siang hari Jumaat selamat daripada seksa kubur, segala roh berkumpul pada hari Jumaat, ia adalah hari pengampunan, hari pembebasan dan juga mempunyai ketika yang mustajab.

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah keistimewaan-keistimewaan lain dalam buku ini yang mencapai sehingga 100 kelebihan, teruskan membaca dan meraih ilmu melaluinya agar kita dapat meningkatkan amal ibadat kita setiap masa lebih-lebih lagi pada malam dan siang hari Jumaat.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah: Berdasarkan Al-Quran & Al-Sunnah ~ Syeikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Syeikh Ibrahim Al-Qattan, Syeikh Abd. Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi

Ilmu Tasawwuf merupakan antara ilmu yang perlu dituntut oleh setiap muslim yang mukallaf. Tumpuan utama yang ditekankan di dalam ilmu tasawwuf adalah tentang pembaikan jiwa terutamanya hati, kerana hati merupakan raja kepada dalam kerajaan tubuh badan. Sekiranya rajanya baik maka seluruh rakyat jelatanya akan baik, namun sekiranya hatinya atau rajanya rosak maka seluruh rakyat jelatanya akan mengalami kerosakan.

Persoalan utama yang menjadi tumpuan tasawwuf adalah berkenaan ihsan dan menggalakkan manusia untuk beribadah kepada Allah dengan lengkap dan sempurna. Ini akan membersihkan hati daripada kerosakan dan bencana yang memusnahkan seterus membenihkan perasaan kasih sayang, belas kasih dan rahmat sesama makhluk. Ini kerana orang yang paling bermanfaat dalam kalangan manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Iaitu orang yang tidak sombong, membangga diri, menyeleweng dan melakukan maksiat.

Namun yang menjadi kebimbangan dalam kalangan umat Islam adalah penyusupan masuk para penyamar atau mereka yang mahu mengambil kesempatan, berusaha untuk memburukkan ilmu tasawwuf. Inilah sering terjadi mutakhir ini. Malah ini sebenarnya mencacatkan lagi keindahan dan kesempurnaan Islam itu sendiri.

Buku ini membawakan penilaian terhadap Tarikat Al-Tijaniyah berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Semoga apa yang diketengahkan oleh penulis dan penterjemah di dalam buku ini dapatkan kita fahami dan nilai serta memberikan ilmu dan panduan yang berguna bagi kita untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Monday, September 23, 2013

Solat Menurut Fiqh Al-Syafie ~ Dr. Basri Ibrahim, Mariam Mohammad

Seperti yang kita sudah ketahui, solat terdiri daripada niat, pergerakan dan bacaan ayat Al-Quran, doa dan zikir. Di dalam solat, setiap pergerakan telah ditetapkan berdasarkan cara solat Nabi S.A.W. Ini adalah pergerakan yang wajib kita lakukan kecualilah kita berada dalam keadaan darurat atau tidak berkemampuan. Namun keadaan dan situasi tersebut tidak akan menghalang kita daripada menunaikan solat yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu terdapat juga pergerakan-pergerakan yang diharuskan di dalam solat menurut Fiqh Al-Syafie. Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya dilakukan dengan syarat yang telah ditetapkan, ia tidak akan mencacat atau membatalkan ibadah solat itu.

Buku ini amat menarik buat semua pembaca dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ibadah khususnya solat. Dengan memantapkan ilmu-ilmu ibadah di dalam diri kita, insya Allah akan menjadikan kita lebih yakin dan khusyuk di dalam setiap ibadah yang kita tunaikan. Semoga perkongsian ilmu ini memberikan manfaat dan ganjaran yang besar kepada kita sebagai hamba Allah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Syarah Al-Hikam 2 ~ Dr. Zuklifli Al-Bakri

Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf.

Al-Hikam mengandungi inti sari Tasawuf ialah ilmu yang mengupas bagaimana menyucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub.Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). Terdapat 259 hikmah yang terkandung dalam kitab al-Hikam yang membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus dan membimbing mereka menuju kepada Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM50.00 - RM44.00

Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan 4 perkara pokok iaitu:
Membentuk peribadi dan sahsiah insan
Ibadah
Perhubungan di antara insan
Bidang kerjaya dan ekonomi

Ia ditulis untuk masyarakat umum. Sangat sesuai dijadikan modul kursus, usrah dan tazkirah serta bahan rujukan pensyarah dan pelajar di universiti.

*****

(SEM & S/S) RM30.00 - RM26.40

Friday, September 20, 2013

Ensiklopedia Tumbuhan Ubatan Malaysia ~ Siti Fuziah Yusof

Bumi Malaysia bukan sahaja kaya dan unik dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan kesenian. Malah kedudukannya yang terletak di kawasan beriklim khatulistiwa yang juga dikenali sebagai iklim hutan hujan tropika sememangnya menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna ciptaan Allah. Dengan kesuburan tanahnya tumbuh subur di atas pelbagai khazanah bumi yang begitu berharga sekali iaitu tumbuh-tumbuhan. Tidak kira kecil mahupun besar semuanya adalah khazanah bumi yang amat berharga.

Seperti yang kita ketahui, hutan hujan tropika ini menyimpan pelbagai misteri, keajaiban dan keunikannya yang tersendiri . Begitu juga tumbuh-tumbuhan yang tumbuh subur di atasnya. Sejak turun temurun lagi hubungan di antara manusia dan alam sekitar itu sangat akrab. Tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar manusia menyimpan khasiat dan keajaibannya yang tersendiri khususnya dalam bidang perubatan tradisional ataupun perubatan alternatif. Berdasarkan pengalaman nenek moyang terdahulu, tumbuhan-tumbuhan yang digunakan untuk tujuan perubatan diperolehi dari kawasan hutan, persekitaran ataupun ditanam khas. Tanpa kita sedari, tanaman-tanaman yang biasanya menghiasi persekitaran kita seperti pokok bunga, pokok hiasan dan tanaman lain nyata mempunyai khasiat perubatan bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Marilah kita terokai khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita ini untuk dijadikan sebagai alternatif dalam merawat penyakit dan penyembuhan. Namun, kita harus berhati-hati dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini kerana tanpa pengetahuan yang betul dan tepat agar ia tidak memudaratkan atau mendatangkan kesan buruk.

Semoga dengan maklumat dan ilmu yang dinukilkan di dalam buku ini akan memberikan kita pencerahan dan pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah dan menambahkan lagi keyakinan kita kepada kekuasaan dan kehebatan Yang Maha Menciptakan Alam ini.

*****

(SEM) RM69.00 - RM60.70
(S/S) RM72.00 - RM63.40

Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia ~ Imam Ahmad Ibnu Nizar

Kenali dan kagumilah para penakluk dan pahlawan Islam sepanjang zaman yang telah mewarnai landskap peradaban dunia melalui buku ini. 

Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Mungkin ramai dalam kalangan generasi sekarang yang tidak mengenali tokoh-tokoh ini, apatah lagi sejarah mereka. Mungkin kerana dunia hari ini yang arah tuju tokoh pujaan dan idola semakin hedonis sifatnya. Anak muda lebih mengagumi artis, ahli sukan dan tokoh-tokoh semasa yang hebat bagi mereka. Ini bukanlah suatu yang ganjil, kerana ia adalah trend kalangan anak muda agar kelihatan tidak ketinggalan dalam kalangan mereka. 

Namun sebenarnya tidak salah untuk mengenali sesiapa pun, yang penting dari sudut manakah perspektif akan difokus dan dihalakan. Sekiranya ia bersifat hanya untuk keseronokan dan ketaksuban, maka impak negatifnya akan lebih terserlah dan mungkin mengundang gejala sosial yang membarah. Oleh itu jangan kita lupa bahawa mengenali dan mengagumi jejak langkah tokoh-tokoh Islam yang besar adalah penting. Ia memberikan kita inspirasi tentang semangat juang dan kesungguhan mereka dalam menegakkan syariat, ilmu dan dakwah Islam walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. 

Meneladani prinsip, strategi dan semangat para tokoh Islam yang dimuatkan di dalam buku ini memberikan banyak pelajaran hidup, motivasi dan semangat ke dalam diri anda.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Thursday, September 12, 2013

Indahnya Kenegaraan Islam: Bagaimanakah Memahaminya ~ Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Buku “INDAHNYA kenegaraan Islam” ini adalah berkenaan dengan hukum dan akhlak. Buku ini mengupas beberapa perkara berkaitan isu politik, pentadbiran dan sistem negara. Maka penulis cuba mengolah semula pendapat dan pemikiran ulama dalam buku ini. Buku ini menjadi kemestian kepada masyarakat untuk memilikinya kerana mengupas secara ilmiah berkaitan tunjang asas dalam sesebuah negara. 

Menyingkap pendekatan Islam dalam pemerintahan dan kenegaraan. Memberikan garis panduan kepada rakyat dan pemerintah dalam etika bernegara dan mengharmonikan sistem yang sedia ada agar selari dengan panduan Islam. Diharapkan dengan memiliki buku ini, masyarakat bijak berpolitik dengan matang tanpa meruntuhkan asas keharmonian, persaudaraan dan kenegaraan.

*****

(SEM & S/S) RM22.00 - RM19.40

Sabil Al-Muhtadin: Solat-solat Sunat ~ Mohammad Haidzir Hussin

Solat merupakan salah satu ibadat amali yang disyariatkan kepada umat islam dalam mendekatkan diri dan mengingati Allah AST.Solat Fardu merupakan tanggungjawab yang diwajibkan oleh Allah kepada Umat Muhammad SAW untuk dilaksanakan sebagai hamba kepada-nya.Manakala solat sunat pula merupakan ibadah tambahan dan pelengkap kepada ibadat fardu jika terdapat kekurangan atau kecacatan dalam perlaksanaanya. Hal ini telah diungkapkan oleh Rasullullah SAW melalui sabda Baginda melalui Tamim Ad-Dari r.a” 

Perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya dia menyermpurnakan solatnya ditulis (amalan) untuknya sempurna. Sekiranya dia tidak menyempurnakan solatnya, Allah berfirman kepada malaikat-Nya,” Perhatikan, adakah kamu dapati solat-solat sunat bagi hambaku? (Sekiranya ada) maka kamu sempurnakan solat fardunya dengannya (solat-solat sunat).”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Bertajwid ~ Prof Madya Dr Hj. Abdul Raof Tan Sri Hassan

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). 

Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. 

Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

*****

(SEM & S/S) RM95.00 - RM83.60

Wednesday, September 11, 2013

Al-Quran Al-Karim Muslimah ~ Alaf21

Didatangkan dalam 7 warna, produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.

Warna: Merah, Merah Jambu, Ungu, Hijau, Biru, Oren, Kuning

*****

(SEM) RM75.00 - RM66.00
(S/S) RM78.00 - RM68.60

Al-Quran Al-Karim: Terjemahan & Tajwid Berwarna ~ Alaf21

Didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsira para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilhan terbaik dijadikan panduan hidup.

Warna: Merah, Hitam, Hijau, Biru

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Pintar Al-Quran ~ Muhammad Nazir Mohammed Khalid

Hari ini, banyak teknik yang diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran sebagai perkara yang seronok untuk didalami. Buku tajwid misalnya, menjadi nilai tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan betul. Namun, sejauh mana kaedah tersebut dapat mengajak masyarakat untuk memahami bahasa al-Quran?

PINTAR AL-QURAN dihasilkan untuk mencapai tujuan tersebut melalui kedah berkesan. Di mana, beberapa perkataan di dalam al-Quran dipilih daripada mana-mana surah dan diterjemahkan ke dalam bentuk permainan. Objektif buku ini ialah untuk merangsang masyarakat agar lebih mendekati al-Quran.

Modul ini juga diolah dalam bentuk fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan, selain dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan menyelesaikan masalah.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Magis ~ Ramlee Awang Murshid

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Hujan Di Hati ~ Fateen Najwa

"Dengarkan kata-kata ini, Suraya..."
Serunya dengan suara parau dari jarak yang amat dekat. Suraya menahan nafas apabila dapat menangkap bau nafasnya yang busuk.

"Suatu hari nanti kau akan berkahwin dengan orang yang kaya berpangkat, hidup mewah...Tapi kau hanya mampu membawa malang kepada mereka. Ingat Suraya! Jangan sombong bila kau sudah jadi kaya dan terkenal."

Tubuh Suraya lemah dan dia jatuh terjelepok di atas tanah. Matanya terpejam rapat, terlalu takut untuk membuka mata. Namun, suara pawang itu masih didengarinya dengan jelas, terakam dalam relung otaknya.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Lenakan Tidurnya ~ Norhayati Berahim

Awak yang paling saya benci!
Awak...
Jangan terperanjat menerima pasu bunga ini. Saya tak letak bom di dalamnya.
Hana, awak tahu tak saya sangat bencikan awak! Bukan saja tingkah laku awak menyebabkan saya tak suka, tapi melihat awak saja sudah boleh menyebabkan mata saya sangat menderita...
Awak fikir saya cintakan awak? Awak fikir saya sangat teruja dengan awak?
Saya sangat bencikan awak, Hana. Awak seorang wanita sombong. Yang membuat saya tertanya-tanya, apa kurangnya saya? Sedangkan dalam sejarah kehidupan saya sejak bergelar pemuda selepas masuk jawi, saya sentiasa digilai wanita yang sangat tertawan dengan ketampanan saya.
Awak, saya terseksa dengan tingkah laku awak. Saya bencikan awak namun awak harus tahu, betapa banyaknya kebencian saya pada awak tidak mengurangkan rasa sayang dan cinta saya pada awak!!!

Awak yang semanis cup-cake...
Cinta saya tidak pernah berubah untuk awak...

*****

(SEM) RM31.00 - RM27.30
(S/S) RM34.00 - RM29.90

Monday, September 9, 2013

Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji & Umrah ~ Muhammad Sabri Sahrir

*Gabungan teori dan praktikal bagi membantu para jemaah haji dan umrah dalam berkomunikasi bahasa Arab di Tanah Suci dan tempat-tempat lain.

*Mencakupi tajuk-tajuk penting dalam perjalanan dan penggunaan seharian. *Terdiri daripada bahasa arab baku (fushah) di samping frasa-frasa penting dalam dialek (lahjah) Arab Saudi yang agak berlainan dengan bahasa Arab baku bagi membantu para jemaah membezakannya nanti.

* Walaupun buku ini disusun khas untuk tujuan haji dan umrah, namun ianya boleh juga digunakan untuk tujuan perjalanan dan pengembaraan di negara-negara arab yang lain, selain untuk tujuan pembelajaran bagi semua peringkat usia.

*****

(SEM & S/S) RM17 - RM15.00

Syarah Al-Hikam Jilid 1 ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf.

Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM50.00 - RM44.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...