Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, March 21, 2019

Ensiklopedia Sejarah Turki: Membongkar Sejarah Zaman Sebelum Uthmaniyah & Selepas Uthmaniyah ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Buku Ensiklopedia Sejarah Turki ini terdiri daripada tiga jilid. Jilid pertama bermula dengan sejarah Turki Zaman Klasik sekitar abad ke-6M di wilayah Turkistan, Asia Tengah. Dua buah kerajaan Turki yang penting ketika itu ialah Kerajaan Qarakhan dan Seljuq. 

Dari asia Tengah bangsa Turki berhijrah ke Asia Barat dan menguasai Kerajaan Abbasiyah (750-1258) di Baghdad pada Zaman Pertengahan melalui peranan kaum Mamalik Turki dan Turki Seljuq, di samping tertubuh kerajaan-kerajaan kecil tempatan pimpinan golongan Atabeg.

Firaun: Tenggelam Dalam Laut Merah ~ Abdul Latip Talib

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.00

Al Quran menceritakan bahawa Firaun dan bala tenteranya mati tenggelam dalam laut merah; “Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.” (al Baqarah, ayat 50) 

Kemudian Allah pelihara jasad Firaun sebagai bukti kebenaran Al Quran sebagai peringatan dan iktibar kepada manusia; 

“Maka pada hari ini, Kami selamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”

Solat Tahajjud: Atasi Masalah Kewanganmu ~ H.M. Amrin Rauf, Rizem Aizid

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Ketenangan dan ketenteraman yang diperoleh oleh seseorang yang mengamalkan Solat Tahajjud memiliki nilai kerohanian yang tinggi. Sebabnya, dalam Solat Tahajjud terdapat dimensi zikrullah (mengingati Allah s.w.t.). Allah Taala menjelaskan di dalam Surah Ar-Ra'ad ayat 28:
"(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah jua hati menjadi tenteram."

Sentiasa mengingati Allah s.w.t. menjadikan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini adalah rezeki Allah s.w.t. yang hanya dianugerahkan kepada orang yang beriman. Ia juga dapat memupuk usaha untuk mencapai kejayaan. Kejayaan yang diperoleh membuktikan Allah s.w.t. telah melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya dalam usaha-usaha yang anda lakukan.
Benarkah Solat Tahajjud dapat menjadikan usaha kita menjadi lancar?

Mencontohi Sikap Rasululah Ketika Disakiti ~ Yanuar Arifin

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Dalam liku-liku perjuangan menyampaikan risalah kenabian, berkali-kali Baginda S.A.W dihina dan disakiti oleh para penentangnya. Baginda pernah diludahi oleh seorang nenek tua, diracuni oleh seorang perempuan Yahudi, dibaling batu hingga kening dan tubuh badannya luka berdarah oleh penduduk Kota Taif. Pernah juga dilemparkan dengan kotoran serta dituduh sebagai seorang ahli sihir, diherdik sebagai orang gila dan banyak lagi kata-kata nista dan celaan yang dilemparkan kepada Baginda S.A.W.

Di dalam buku ini, berbagai perilaku dan layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang telah dilakukan oleh para penentang Baginda Nabi. Lihatlah betapa indah Islam yang diperlihatkan oleh Nabi S.A.W, bagaimana reaksi Baginda dalam menghadapi situasi begini. Untuk mengetahuinya bacalah buku ini.



Kisah 10 Muallaf Paling Berpengaruh di Eropah & Amerika ~ Muhammad Yusuf Anas

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Proses mendapatkan kebenaran bukanlah satu rangkaian peristiwa biasa sahaja. Malah, jika anda benar-benar ambil berat terhadap kejadian yang menimpa anda, pasti anda akan mengetahui bahawa "di sebalik setiap peristiwa itu pasti ada hikmah yang tersirat."

Buku inilah yang anda perlukan, dimuatkan dengan kisah proses-proses pencarian kebenaran yang dilakukan oleh sepuluh mualaf yang paling berpengaruh di benua Eropah dan Amerika. Yang akhirnya membawa mereka menuju kepada jalan Allah S.W.T. Di antaranya nama-nama besar tersebut adalah Mark Hanson yang berusaha memahami makna sebenar di sebalik misteri hidup dan mati, yang membawa beliau kepada Islam dengan namanya Hamza Yusuf. Begitu juga Malcolm X yang terkenal dengan ketegasan dan kegigihannya dalam memperjuangkan hak-hak civil kaum berturunan hamba Afro-Amerika pada dekad 1950 dan 1960-an.

Tuesday, March 12, 2019

Forensik Kewangan ~ Zaidi Ismail

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram.

Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.

Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.

Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban.

Didik Anak Cemerlang ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Didik Anak Cemerlang (DAC) merupakan buku petua atau menyemai idea untuk mereka yang bakal atau baru melangkah ke alam rumah tangga. Penulis berkongsi 15 petua yang wajar dipertimbangkan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak yang cemerlang.

Cemerlang bukan dalam erti cemerlang akademik sahaja, tetapi yang lebih penting ialah cemerlang sebagai anak yang soleh.
Terdapat juga 15 anekdot perjalanan kehidupan penulis dalam menimba ilmu yang mahu dijadikan panduan. Ia kisah-kisah yang menceritakan kejayaan dan kegagalan yang dikaitkan dengan kejayaan akademik.

Hari ini, ibu bapa melihat anak-anak perlu cemerlang dari segi akademik, lantas meminggirkan ilmu akhirat mereka. Ibu bapa berkorban apa sahaja termasuk wang ringgit untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksan.
Inilah yang cuba diperjelaskan oleh penulis bahawa anak yang cemerlang sebenarnya perlu seimbang ilmu dunia dan akhirat.

Thursday, March 7, 2019

Bercakaplah Yang Baik-Baik Atau Diamlah! ~ Iqra' Al-Firdaus

(SEM & SS) RM12.90 > RM11.40

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, ada empat perkara yang akan memperbaiki kualiti akal fikiran kita dan salah satunya adalah hendaklah kita meninggalkan kata-kata yang tidak berguna.

Lihatlah dahulu,
dengarlah dahulu,
baru bercakap. Jika tidak,
lebih baik diam sahaja.
BANYAK MELIHAT, BANYAK MENDENGAR, daripada BANYAK BERCAKAP "Thibbun Nabawi"

Penawar Bagi Hati ~ Abdul Qadir bin Abdul Muthalib

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.30

Sesungguhnya buku Terjemahan Penawar Bagi Hati' ini suatu kitab yang amat terkenal di kalangan para pelajar yang mengikuti pengajian di pondokpondok, masjid, surau ataupun di pejabat, yang membicarakan segala sifat yang dipuji, seperti merendah diri dan sabar atau sifat yang dicela, seperti dengki dan membesar diri.

Dan sesungguhnya ianya berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf, iaitu suatu ilmu yang membicarakan tentang sifat kelakuan diri kita, seperti mengosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta'ala dan menghiasi diri kita dengan memandang kepada Tuhan sekalian alam.

Sekiranya kita dapat mendalami tentang Ilmu Tasawwuf itu, ianya akan dapat membersihkan segala anggota yang zahir, seperti; mata, telinga, lidah, perut, faraj, dua tangan, dan dua kaki kita daripada segala perbuatan yang keji supaya dapat menjurus kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan.

Cerita Orang HR ~ Izman Pauzi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Korang selalu kata orang HR tak ada kerja, sejujurnya mereka tidak tahu apabila kami betul-betul sibuk, nak makan sesuap nasi pun tak sempat.

TAK PERCAYA?

Memanglah korang tak patut percaya sebab ia tipu. Sebenarnya keharmonian kilang, tahap disiplin yang terkawal dan pengurusan gaji itu turun dari langit.

Cerita Orang Bank ~ Mastura Mohd Salim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Nak tahu cerita di sebalik kisah-kisah di sebalik orang-orang yang bekerja di bank? Mesti banyak ceritanya kan?
Semuanya boleh dibaca melalui perkongsian menarik tentang situasi bekerja di bank yang ditulis penulis di dalam buku ini.
Bukan setakat dengan kerja yang pelbagai dan menimbun, tetapi juga dalam menghadapi pelbagai karenah pelanggan,
terutamanya yang masih tidak faham tentang apa itu Perbankan Islam.

Selain daripada membaca kisah yang dikongsi, dengan membaca buku ini juga akan membuatkan kita lebih faham apa itu Perbankan Islam. Ditulis dalam bahasa yang santai, dan mudah difahami, di samping ada juga kisah-kisah lucu yang dipaparkan, membuatkan pembaca akan terus ingin membaca sehingga ke akhir muka surat.

*****

“Aku rasa perbankan Islam ni tak akan bertahan lama. Budak sales susah nak jual produk sebab tak faham. Nak luluskan loan lembab, caj mahal.” “Lagi?” “Produk yang kau orang keluarkan pun aku tak pasti sama ada mengikut landas syariah!”

Monday, March 4, 2019

Amalan Yang Mengundang Rahmat Allah ~ Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi, Ustaz Hamid Addin

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

Mungkin kita tidak sedar akan pentingnya rahmat dalam kehidupan. Malah, ramai yang menganggap rahmat bukanlah sesuatu yang boleh dikejar dan dituai, melainkan ia adalah milik mutlak Allah SWT. Sesungguhnya kefahaman sebegini adalah tidak benar sama sekali. Sebagai insan, kita berhak mengharap dan berusaha bagi mengundang rahmat. Buku ini disusun bagi membantu kita lebih mengetahui apakah itu rahmat dan bagaimanakah cara mengundang rahmat dalam kehidupan kita.

Antara kandungan:
BAHAGIAN 1: KEPENTINGAN RAHMAT
BAB 1 APA ITU RAHMAT?
BAB 2 BAHANA ISTIDRAJ
BAB 3 KASIH SAYANG ALLAH
BAB 4 BESARNYA RAHMAT ALLAH

BAHAGIAN 2: AMALAN YANG MENGUNDANG RAHMAT ALLAH
BAB 5 BERSIFAT IHSAN DALAM KEHIDUPAN
BAB 6 MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
BAB 7 MEMBACA, MENGHAFAL DAN BERAMAL DENGAN AL-QURAN
BAB 8 SEBARKAN KASIH SAYANG
BAB 9 MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
BAB 10 SOLAT SUNAT EMPAT RAKAAT SEBELUM ASAR
BAB 11 BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH
BAB 12 MEMELIHARA WUDUK
BAB 13 DUDUK DALAM MAJLIS ILMU 

Karut! ~ Ahmad Iqram Mohamad Noor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

“Buku yang memiliki 14 bab ini membahas sangkaan orang ramai terhadap perkara yang dianggap boleh menjadi penguat keimanan walhal perkara tersebut tidak memiliki sandaran dalam agama,” Dato Dr. Hj. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman.

Antara Kandungan:
Bab 1 : Akidah Islam
Bab 2 : Perjalanan Akidah Islam
Bab 3 : Tabiat Dahagakan Mukjizat
Bab 4 : Mengapa Orang Melayu Gemarkan Peristiwa Ajaib Dan Pelik?
Bab 5 : Beriman Kepada Benda Ajaib & Misteri
Bab 6 : Manusia yang Memiliki Karamah
Bab 7 : Hikayat Tahyul Islamik
Bab 8 : Antara Mimpi Dan Hidayah
Bab 9 : Azimat & Tangkal Alam Melayu
Bab 10 : Ruqyah Antara Ustaz, Paderi, Sami, dan Pandit
Bab 11 : Bomoh & Pawang Itu Ahli Sihir?
Bab 12 : Al-Quran Ditafsir Secara Saintifik?
Bab 13 : Hadis Palsu, Kebatilan yang Diimani
Bab 14 : Berzikir Sambil Menari Bagi Mendekatkan Diri Kepada Allah

I'm A Backpacker: Indonesia ~ Farizun Amrod

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Selalu dengar cerita daripada kawan-kawan, kadang-kadang ada juga muncul di wall Facebook dan Instagram, banyak tempat cantik di Indonesia. Tapi pergi belum tahu bila. Kalau nak melihat pemandangan yang lain daripada Malaysia, tak perlu jauh-jauh sampai negara Eropah. Indonesia sudah cukup buat kau rasa betapa indahnya dunia ciptaan yang Maha Esa. Terlalu banyak tempat yang boleh kau teroka dengan backpacker. Soal makan halal, makan sedap, tempat tinggal, kenderaan, semuanya ada dalam buku ni. Bajet tak perlu besar.

Tafsir Surah Al-Mulk dan Juzuk 29 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Surah al-mulk (kerajaan)
Seluruh Kerajaan Ada dalam Tangan-Nya
Keindahan Langit
Takut kepada Tuhan yang Ghaib
Keindahan Burung-burung Terbang
Cita-cita yang Tetap Hidup

Surah al-Qalam (PENA)
Tinta dan Pena
Jangan Salah Pertimbangan
Niat Jahat
Akibat Niat yang Salah
Orang yang Masuk Perut Ikan

Surah al-Haqqah (hari Kiamat)
Apa Dia Hari Kiamat?
Kiamat Datang
Apabila Kitab Datang Dari Kanan!
Apabila Kitab Datang Dari Kiri!
Laa Uqsimu

Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Surah al-Isra (perjalanan malam)
Isra dan Mikraj Nabi s.a.w.
Al-Isra
Tentang Masa Terjadinya
Kejatuhan Bani Israil
Akhlak Muslim (I)
Khidmat kepada Ibu Bapa
Kaum Keluarga dan Fakir Miskin
Akhlak Muslim (II)
Zina
Harga Nyawa
Harta Anak Yatim dan Keteguhan Janji
Kejujuran Berniaga
Jangan Hanya Menurut Saja
Jangan Sombong
Menghadapi Kaum Musyrikin
Dinding Pembatas
Memilih Kata-Kata
Satu Negeri Dibinasakan
Mukjizat
Permusuhan Iblis dengan Manusia
Melayari Lautan
Kemuliaan Anak Adam
Ujian Perjuangan Rasulullah s.a.w.
Tahajud
Bekerja Menurut Bakat
Perihal Roh
Wahyu Dipelihara Allah
Tentangan
Manusia Dirasulkan kepada Manusia
Nabi Musa dengan Sembilan Ayat
Al-Quran
Asmaul Husna

Tafsir Al-Waqiah dan Juzuk 27 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Surah Az-Zariyat (angin berembus)
Balasan di Hari Pembalasan
Renungan untuk Mencari Keyakinan
Tentang Nabi Ibrahim
Tentang Nabi Musa
Tentang Bumi dan Langit
Tentang Manusia dan Jin

Surah At-Tur (bukit)
Apa yang Diamal Itulah yang Didapat
Mari Cuba Terangkan!
Mari Teruskan Penerangan
Surah an-Najm (bintang) 
Tutur Nabi Ialah Wahyu
Di Sidratil Muntaha
Dakwaan Kamu Hanya Sangkaan
Orang yang Mementingkan Diri Sendiri
Kekuasaan Allah Maha Luas
Peringatan! 

Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

SURAH YASIN (YASIN)
Tiga Orang Utusan Allah
Kisah Lelaki itu
Menilik Kekayaan Allah Dalam Alam
Peredaran Falak
Keindahan Laut
Bila Kiamat Datang
Sesalan Allah Terhadap Anak Adam
Al-Quran Bukan Syair
Binatang Ternak
Perhatikanlah Asal Kejadianmu!

SURAH AS-SAFFAT (Yang Berbaris-baris)
Barisan Malaikat
Kejadian Malaikat
Penderitaan
Tolak Bertolak Kesalahan
Tanya Bertanya Penduduk Syurga
Pohon Zaqqum?
Cerita Nabi Nuh
Cerita Nabi Ibrahim (I)
Ibrahim dan Berhala-berhala Kaumnya

77 Resipi Kek Lapis Sarawak ~ Noy Yullan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Terdapat penambahan resipi yang diambil dan diolah daripada resipi kek lapis yang lama. Ada resipi tahun 80-an, 90-an, dan awal tahun 2000. Sukatan resipi lama ditukar mengikut sukatan standard (gram, cawan, dan sudu metrik) kerana sukatan lama agak sukar diimplimentasi.

Antara kandungan:
Kek Lapis Diva
Kek Lapis Idola
Kek Lapis Coklat Cheese
Kek Lapis Masam Manis
Kek Harimau Malaya
Kek Lapis Tembikai Cheese
Kek Lapis Siakap Keli
Kek Lapis Cadbury
Kek Lapis Mint, Coklat, dan Cheese
Kek Lapis Mutiara Kasih
Kek Lapis Oreo Cheese
Kek Lapis Tropika
Kek Lapis Tuan Anas Mikael
Kek Lapis Rainbow Cheese
Kek Lapis Ppali-Ppali
Kek Lapis Coco Pie
Kek Lapis Strawberi Bintik

Fiqh Awlawiyyat ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

Buku Fiqh Awlawiyyat ini mendedahkan kepada para pembaca panduan daripada al-Quran dan sunah bagaimana memahami apa yang lebih utama. Tajuk-tajuk seperti ini akan sentiasa segar dan relevan untuk dibahaskan kerana sangat berkait rapat dengan hidup kita. 

Penulis mendatangkan contoh-contoh yang sangat membumi dan dekat dengan masyarakat disertakan dengan huraian daripada al-Quran dan sunah.

Harta Sepencarian ~ Ahmad Tarmizi Jusoh

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Mengikut tafsiran Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Enakmen Keluarga Islam Negeri Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, Melaka, Pahang,Perak, Selangor, Perlis dan Kelantan, harta sepencarian bermaksud harta yang diperoleh bersama suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut hukum syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. 

Manakala Enakmen Keluarga Islam Negeri Sembilan pula mentafsirkan harta sepencarian ialah harta yang diperoleh oleh suami isteri sama ada secara langsung atau tidak semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Diet Mak-Mak ~ Ruqayyah Muhd

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal.

Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun usianya. Ibu sanggup bangun memerah susu dan menyusukan anak di tengah malam.

Adakalanya tidur bersandarkan kepala katil demi memastikan anak dapat menyusu dengan baik dan tidur lena. Biar perut berkeroncong hebat, mulut kering dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu menyusu, semua keinginan ibu ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan dituruti.

Hero Kelas Corot ~ Al-Fatihe Hanafiah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Penulis ingin berkongsi pengalaman sebagai insan yang pernah berada di barisan paling belakang kelas, kelas paling corot! Sekaligus mengajak pembaca untuk melihat dunia ini dari perspektif yang berbeza.

Bahawa, bukan semua anak-anak kelas corot akan gagal menjadi manusia berguna. Jika betul didikannya, mereka mungkin akan lebih berjaya daripada pelajar yang saban tahun naik pentas menerima anugerah!

Ia sebuah penulisan ringan, santai tapi amat menarik, melibatkan isu masyarakat yang biasa tetapi cuba disentuh menerusi sisi yang berbeza. Tentang pelbagai masalah yang berlaku di sekeliling kita. Tentang punca, kesan, siapa yang terlibat, di mana silap dan apakah penyelesaiannya. Kerana apa yang berlaku hari ini menentukan kesannya pada hari esok.

Buku ini mampu menyuntik kesedaran awal bagi menyelamatkan generasi kita daripada masalah yang akan menimpa.

Keluarga Idaman Syurga ~ Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Membina rumah tanggga mungkin tidak sukar, tetapi memastikan rumah tangga dan keluarga itu aman damai, bahagia dan berjalan lancar itulah cabaran yang tidak dapat dielakkan.

Panduan untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga dan berkeluarga berpandukan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim didedahkan dalam buku ini. Penulis menghimpunkan 40 ayat-ayat al-Quran tentang kekeluargaan dan rumah tangga.

Buku ini membincangkan pelbagai teknik dan tip untuk mengenal pasti isu dan masalah, bagaimana untuk memahami punca lalu mencadangkan jalan penyelesaian terbaik berpandukan ayat-ayat suci al-Quran.

KANDUNGAN
Muqaddimah
BAB 1 PENGENALAN
Mengenali Hukum Berkahwin, Unsur Emosi dalam Perkahwinan, Ilmu Pengurusan dalam Rumah Tangga, Mengenali Pasangan, Mengenali Nafsu, Mengenali Bisikan Syaitan dalam Rumah Tangga
Mengenali Permusuhan dalam Rumah Tangga, Mengenali Perceraian, Mengenali Tanggungjawab Selepas Perceraian dan lain2.

Amalan Doa Rabbana ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

45 doa yang bermula dengan lafaz Rabbana dimuatkan dalam buku kecil ini dengan disertakan asal doa, fadilat mengamalkannya dan panduan melakukan amalan-amalan berkaitan.

Doa-doa ini semuanya dipetik daripada al-Quran al-Karim yang merupakan doa-doa yang pernah dipohon oleh para nabi dan orang-orang soleh.

Antara doa yang terdapat dalam buku ini ialah:
- Doa Memohon Keturunan yang Taat kepada Allah
- Doa Memohon Keamanan Negara
- Doa Memohon Ditetapkan Pendirian
- Doa Memohon Petunjuk ke Jalan yang Benar
- Doa Memohon Diterangkan Hati
- Doa Memohon Pertolongan
- Doa Memohon Perlindungan Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...