Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Penulisan2u. Show all posts
Showing posts with label Penulisan2u. Show all posts

Thursday, August 3, 2017

Bidadari Bermata Jeli ~ Hana Ilhami

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Di The Stanley’s Suite Hotel, Tamara merupakan gadis kelahiran Bosnia yang dipelihara oleh orang Malaysia dan dijadikan anak angkat. Penampilannya ayu mengalahkan gadis Melayu, berbaju kurung, bertudung persis ustazah. Tapi pabila terlanggar eksekutif housekeeper yang garang dan cerewet itu, terkeluar habis loghat Negeri Sembilannya.

“Oh, mak kau kopalo jendol!”

“Hey, you! Stop right there!” Pertemuan dengan Daniel Haidar berlaku pabila secara tak sengaja dia terlanggar jejaka itu. Kerana terlalu takut, Tamara terus melarikan diri tanpa menoleh pun. Punyalah selama ini dia berhati-hati dan mengelak daripada terserempak dengan salah seorang anak CEO The Stanley’s Suite Hotel itu.

“Does dejavu really happen?”

“Well, according to research, about two thirds of us experience at least one dejavu in our lifetime.” Pertemuan dengan Tamara bagaikan dejavu bagi Daniel Haidar. Terasa Tamara begitu dekat di hati. Sudahlah langgar sampai berterabur fail, stafnya itu melarikan diri pula. Kanta lekap berwarna kelabu yang melekat pada fail, menjadi permulaan episod antara Daniel dan pemilik kanta lekap itu.

Sunday, February 19, 2017

Jangan Hilangkan Dia ~ Hazel Jay

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Tragedi tragis yang menimpa Qaireena empat tahun lalu telah ‘menghilangkan’ insan yang paling dia sayangi dalam hidupnya. Walaupun kecederaan luaran yang dialami Qaireena tidak parah, namun kecederaan dalaman yang dia alami ketika itu terlalu serius.

“Bangun sayang, dah masuk waktu subuh ni.”
“Kau siapa?”
“Saya suami awak, sayang...”

Suami? Ya, suami. Qaireena sering kali didatangi mimpi yang sama. Bermimpikan seorang lelaki yang tidak berwajah! Aneh tapi itulah yang berlaku dalam mimpi itu. Setiap kali bermimpikan lelaki tanpa wajah itu, hanya seorang yang terlintas dalam fikirannya. Dhafir!

Dhafir, ‘si tauke kain’ itu benar-benar buat hidup Qaireena huru-hara. Sejak kemunculan lelaki itu, hidup Qaireena seperti berpusing 360 darjah! Dalam rasa benci dengan sikap menjengkelkan Dhafir, Qaireena tetap menerima syarat gila lagi merepek lelaki itu yang mahu membantunya membuka butik tudungnya sendiri di Malaysia.

Namun bagi Dhafir, semua syarat itu hanyalah sebagai alasan untuk dia kembali bersama cinta hatinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...