Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.
“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad
“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur
Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.
“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad
“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur