Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, February 28, 2016

Saya Cuma Posmen ~ Ebit Lew

"Kadangkala kita hanya fikirkan apa yang kita hendak, sampai kita lupa apa yang ALLAH mahu dari kita." - Saya Cuma Posmen

Ribuan pengalaman Ustaz Ebit Lew sepanjang perjalanan dakwahnya sejak berusia 13 tahun. Pelbagai jenis manusia yang telah ditemuinya.

Masing-masing mengeluh dan menangis ingin keluar dari kegelapan dan kesempitan hidup. Ada yang mahu mengambil nyawa sendiri kerana sudah berputus asa.

Kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri sedangkan setiap detik waktu ini adalah amanah dari-Nya.

"ALLAH telah selamatkan saya dari longkang!" - Ebit Lew
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Biografi 99 Ulama Dunia ~ Mustafar Mohd Suki

BIOGRAFI 99 ULAMA DUNIA menyajikan latar belakang para ilmuan yang meliputi pendidikan, keperibadian, karya penulisan, sumbangan dan kepakaran-kepakaran mereka dalam ilmu agama. Mereka dikategorikan mengikut bidang ilmu masing-masing seperti ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh dan Bahasa Arab.

Di samping memberi manfaat kepada masyarakat awam, naskhah ini boleh dijadikan rujukan khususnya kepada penuntut-penuntut ilmu dalam bidang agama. Buku ini dapat membantu dalam pengetahuan tentang kitab-kitab rujukan yang penting dan ulama-ulama moden yang hebat untuk diambil manfaat daripada mereka.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Hadis Palsu & Daif Popular Dalam Masyarakat Melayu ~ Dr. Rozaimi Ramle

Buku ini menyajikan pelbagai hadis yang sering kali dikongsi serta berlegar dalam masyarakat kita. Perbincangan ini merangkumi status hadis, kritikan ke atas perawi yang meriwayatkannya, hujah dan dalil yang menyokong serta apa yang perlu dilakukan oleh kita selaku orang awam berkaitan hadis-hadis ini. Apabila kita memahami permasalahan ini dengan lebih jelas, maka kita akan berhati-hati untuk beramal atau menyebarkannya.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Thursday, February 25, 2016

Jadilah Seperti PU Faiz ~ Syed Faiz Al-Idrus

Apabila remaja bertanya soalan kepada PU Faiz, pelbagai isu yang diutarakan meliputi setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar ibadah, malah persoalan mengenai perhiasan, hubungan antara lelaki dan wanita, perkahwinan, adab, hiburan dan lain-lain. Antara pertanyaan yang dijawab PU Faiz dalam buku ini:

> Apakah hukum menahan kentut semasa solat?
> Apa hukum lelaki tangkap curi gambar wanita?
> Apakah hukum memakai contact lens?
> Apakah hukum asyik teringat kekasih lama?
> Wajarkah berkahwin muda ketika masih belajar?
> Apakah hukum kita sambut April Fool?
> Apa hukum tengok cerita hantu?
> Adakah orang muda wajib mengeluarkan zakat?
> Apakah hukum berdoa di Facebook?
> Apa hukum tidak membayar tol?
> Apa hukum melanggar lampu isyarat?
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Friday, February 19, 2016

99 Stress Free Mummy ~ Zatika Izati Puade

Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela.

Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga. Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinhya mengundang stress jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.

Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot. Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seseorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketikanya tersentap dibuatnya.

"LIFE IS WORTH LIVING AS LONG AS THERE'S A LAUGH IN IT"
-L.M MONTGOMERY-
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Thursday, February 11, 2016

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf ~ Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Hakikat kehidupan ini ialah pendakian dari tanah yang mendatar menuju ke satu puncak yang kita namakan sebagai kemuncak hubungan antara seorang hamba dengan Penciptanya. Ketika di puncak itu, setiap yang lahir dari nafas serta gerak sendi seseorang semuanya ditujukan hanya semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Buku ini diterbitkan agar kita semua melangkah dalam pencarian dan penyucian diri dengan bimbingan ilmu yang diolah hasil kefahaman para ilmuwan mengenainya. Coretan buku ini juga sekurang-kurangnya pembaca dapat mengelakkan diri daripada tertipu dengan aliran-aliran yang mendakwa bertujuan menyucikan hati, namun sebenarnya jauh tersasar daripada prinsip-prinsip umum yang telah digariskan dalam sumber syariat Islam.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Kaedah Asy Syafi'i: Cara Praktis Membaca Al-Quran ~ Abu Ya'la Kurnaedi

Buku ini memperkenalkan kaedah praktis pembacaan al-Quran. Ia disusun secara ringkas dan mudah agar dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari al-Quran. Buku ini dimulakan dengan hal yang paling asas seperti pengenalan huruf dan harakat. Insyaallah dengan keseragaman tertib ini mampu membantu masyarakat Malaysia yang belum baik bacaannya terhadap huruf-huruf hija’iyyah serta cara-cara membacanya.

Kaedah Asy syafi’I ini juga sesuai digunakan sebagai silibus dalam mana-mana kuliah pembelajaran al-Quran. Buku ini juga sesuai untuk digunakan oleh para guru sebagai panduan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Wednesday, February 10, 2016

Tour De Jannah ~ Ahmad Dusuki

Renung diri, tingkatkan prestasi. Insya-Allah Syurga itu Pasti!

Buku ini merupakan himpunan kata-kata, cerita, kisah dan rangkaian doa-doa amalan yang sesuai dijadikan bahan bacaan santai dan makan dalam bagi mereka yang mencari pedoman dan panduan untuk mengejar Syurga Allah. Ia akan membawa anda mengembara dari pelbagai sisi baik dan buruk, cinta Allah dan rasul, pasangan hidup dan pelbagai lagi rencah kehidupana hingga kepada pengakhiran kita iaitu kematian.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Wednesday, February 3, 2016

Tanda-tanda Orang Munafik dalam Al-Quran ~ Dr. Muhammad Yusuf' Abdu

Orang munafik boleh dianggap sebagai musuh di dalam selimut atau api di dalam sekam. Kewujudan mereka ini boleh meruntuhkan sesebuah organisasi atau kumpulan masyarakat. Sekiranya terdapat ancaman musuh sebenar, kita boleh kenali dan berwaspada sepenuhnya.Tetapi golongan munafik ini amat sukar dikenal pasti kerana mereka juga sama seperti kita. Namun kehadiran mereka amat berbahaya. Oleh sebab itu di dalam AI-Quran dinyatakan tentang tanda tanda golongan munafik ini sebagai peringatan untuk seluruh umat Islam agar sentiasa bersiap sedia menghadapi tipu helah mereka.

Buku hasil tulisan Dr. Muhammad Yusuf'Abdu ini adalah satu rujukan yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap Muslim dalam mengenali golongan munafik ini. Disampaikan dengan susunan dan persembahan yang mudah. Memberi ingatan kepada semua pembaca berkenaan tanda-tanda orang munafik dan kenapa golongan ini begitu mengancam dan berbahaya. Seperti yang telah terdapat di dalam AI-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W, agar kita tidak terpedaya dan leka oleh tipu daya dan strategi mereka yang akan memusnahkan Islam.
Semoga dengan kehadiran buku yang berada di tangan anda dan sedang anda belek ini akan memberikan kita semua satu panduan dan ingatan agar kita tidak terjebak oleh tipu helah dan kelicikan golongan ini. Dan kita juga tidak terjerumus dan tergolong di kalangan mereka.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...