Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, April 18, 2022

Siapa lebih Utama: Wanita Dunia ataupun Bidadari Syurga? ~ Muzayyanah Abdullah, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM38.00 > RM37.00

Syurga adalah dambaan semua manusia tidak kira orang beriman ataupun tidak. Oleh sebab syurga ini menjadi dambaan seluruh manusia, Allah s.w.t. banyak menceritakan mengenai nikmat-nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal fikiran manusia.

Bidadari-bidadari syurga yang cantik menawan akan mendampingi orang yang beriman di syurga kelak.

Maka bagi isteri orang yang beriman, timbul persoalan, siapakah yang lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari syurga yang akan mendampingi suami mereka di syurga kelak? Di dalam buku ini ada perbahasannya.

Buku ini bukan sekadar membincangkan topik ini, malah didatangkan juga sebanyak 52 topik yang berbentuk soalan unik yang sangat menarik untuk dibaca. Penyampaian yang santai namun ilmiah menjadikan ia bacaan yang menarik untuk dibaca. Topik-topik ini mungkin menjadi salah satu persoalan yang mungkin sudah lama bermain di fikiran kita, namun tiada jawapannya.

Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini:

• Siapa Lebih Utama, Wanita Dunia ataupun Bidadari Syurga?
• Adakah Ajal Boleh Ditangguhkan?
• Adakah Jasad Penghafal al-Quran Tidak akan Dimakan oleh Tanah?
• Adakah Dosa Dalam Ramadhan Digandakan?
• Adakah Wanita atau Lelaki yang Paling Ramai di Syurga?
• Dan banyak lagi.

Ucaplah Maaf. Ia melambangkan siapa kita


Fikir kembali! 

Kita ego atau tidak?Mudahkah ucapan maaf keluar dari mulut kita pada pasangan & keluarga jika memang kita memang bersalah.

Buku: Anwar Wahab. 2020. Sweet Dream. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Istiqamah & Jangan Berbangga Diri


 JANGAN BANGGA DIRI. SATU HARI NANTI KITA AKAN LALUI APA YANG KITA PERLEKEHKAN.

BUKU: Hafizzuddin Afif. 2018. Istiqamah. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Tuesday, April 12, 2022

Membongkar Mitos & Realiti Penghuni Bumi Sebelum & Selepas Adam AS & Hawa ~ Malek Muhamat Said

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Buku ini digarap daripada pelbagai sisi inspirasi dan stalistik (penyusunan ilham dan gaya penulisan ) sama ada genre fiksyen (fantasi) atau bukan fiksyen (faktual). Genre fiksyennya meliputi pelbagai naratif dongengan, cerita rakyat , penglipur lara, mitos, lagenda, roman, hikayat dan pelengkapnya kisah atau riwayat israiliyyat. Citra faktualnya diserlahkan dengan sokongan keterangan al-Quran dan hadis Nabi. Lazimnya, apabila sesuatu periwayatan melalui tempoh masa yang panjang maka pelbagai unsur Israiliyyat turut menyelinap masuk apatah lagi sumber kisah atau riwayatnya hanya berdasarkan tafsiran para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in yang tidak berakhir dengan Rasulullah. Sudah termaklum, intipati kisah atau riwayat Israiliyyat sekadar pengulangan apa yang pernah diulang-ulang sebelumnya sehingga berlakunya beberapa tokok tambah dan pengurangan. 

Terkadang kala, naratif sesuatu kisah atau riwayat Israiliyyat itu seperti sebuah sketsa yang menyampaikan sesuatu pada asalnya 'berita benar' yang berakhir dengan 'berita palsu'. Dari sudut tawasur Islam, segala ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat tentang segala sesuatu fenomena, kejadian atau peristiwa atau kisah-kisah yang pernah berlaku sewajarnya dijadikan iktibar, contoh teladan, pengajaran dan peringatan kepada umat manusia pada masa kini dan akan datang. Pelbagai maklumat tersebut adalah sebahagian daripada

Membongkar Rahsia Penyebaran Islam di Jawa: Lagenda Wali Songo 9 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM38.90 > RM38.00

Buku Legenda Wali Songo ini menjawab tohmahan dan pemalsuan sejarah oleh para orientalis Barat bahawa penyebaran Islam di seluruh dunia adalah melalui kekuasaan atau kekerasan. Bukti mereka ialah pada peperangan atau ekspedisi tentera pada zaman Rasulullah s.a.w dan selepasnya, dimana berlaku penyebaran Islam melaui mata pedang dan kekuatan senjata.
Tuduhan palsu dan dusta itu jauh bercanggah dengan fakta dan realiti sebenarnya, bahawa penyebaran Islam lebih banyak berlaku melalui usaha dakwah dan tarbiya, kecuali dalam keadaan terpaksa atau tidak dapat dielakkan. Dalam kes-kes terpencil seperti ini, biasanya peperangan hnaya berlaku selepas pihak musuh menolak seruan Islam ataupun enggan membayar jizyah jika ingin terus kekal dengan agama sendiri. Hanya setelah mereka menolak dua ultimatum itulah baru tercetusnya peperangan.

Bagaimanapun di kalangan orientalis itu masih ada yang jujur dalam kajian mereka. Dalam konteks ini, salah seorang di antar mereka yang paling terkenal yang menolak pandangan serong tersebut ialah Prof. Thomas W. Arnold. Melaui bukunya yang berjudul, The Preaching of Islam, yang terbit buat pertama kalinya pada tahun 1896, beliau membuktikan bahawa agama Islam tersebar ke seluruh dunia secara damai melalui dakwah, bukan melalui kekerasan atau paksaan dan mata pedang. Pada masa kini, antara sarjana Barat yang terkenal dengan kajian mereka yang objektif dan jujur tentang sejarah dan agama Islam ialah Prof. Annemarie Schimmel dan Karen Armstrong.

Khusus di Jawa, rahsi penyebaran Islam secara meluas melalui gerakan dakwah terbukti jelas pada tokoh-tokoh yang terkenal dengan gelaran Wali Songo. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap metode dakwah toleransi dan kompromi sebahagian tokoh-tokoh ini dengan budaya tempatan, namun kejayaan besar mereka mengislamkan seluruh pulau Jawa dan pulau-pulau sekitarnya tidak dapat dinafikan sama sekali.

Kegemilangan Kerajaan Islam Alam Melayu Perlak dan Demak ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM38.00

Kerajaan Perlak berdiri sekitar tahun 840-1292 Masehi. Kesultanan ini muncul pada abad ke-9 dan bertahan hingga akhir abad ke-13. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan eksistensi Kesultanan Perlak sebagai Kerajaan Islam pertama. Di antaranya adalah naskhah idhar al-Haq karya Abu Ishak Makarani, naskhah Tadzkirah Thabat Jumu Sulthan As-Salathin karya Syaikh Syamsul Bahri Abdullah Al-Asyi, dan naskhah Salasilah Raja-Raja Perlak dan Pasal karya Sayyid Abdullah ibn Sayyid Habib Saifuddin. Kemasukan Islam ke Nusantara sejak abad ketujuh Masehi akhirnya membuahkan hasil apabila daulah Islam yang pertama dapat didirikan di Perlak, utara Sumatera (dalam wilayah Aceh sekarang). 

Kerajaan Islam Perlak yang terletak di pantai timur Aceh, menghadapa Selat Melaka muncul ketika Empayar Sriwijaya yang berpusat di Palembang dan beragama Buddha menjadi kerajaan terbesar di Nusantara. Kerajaan Demak pula adalah kerajaan Islam pertama dan terbesar di pantai utara Jawa (Pasisir). Berdiri pada tahun 1478 Masehi, didasarkan atas jatuhnya kerajaan Majapahit yang diberi tanda Candra Sengkala : Sirna hilang Kertaning Bumi, yang bermakna tahun saka 1400 atau 1478 Masehi. 

Menurut tradisi Jawa, Demak sebelumnya merupakan kadipaten dari kerajaan Majapahit, kemudian munculnya sebagai kekuatan baru mewarisi legitimasi dari kebesaran Majapahit. Kerajaan ini tercatat menjadi pelopor penyebaran agama Islam di pulau Jawa dan Indonesia pada umumnya. Walau tidak berumur panjang dan segera mengalami kemunduran kerana terjadi perebutan kekuasaan di antara kerabat kerajaan. Pada tahun 1568, kekuasaan Demak beralih kepada Kerajaan Pajang yang didirikan oleh Jaka Tingkir, Salah satu peninggalan bersejarah Kerajaan Demak ialah Masjid Agung Demak, yang menurut tradisi didirikan oleh Walisongo.

 

Monday, April 11, 2022

Befriending The Quran ~ Ayiesha Syakira

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

In life, we always have that one friend whom we turn to in times of happy and sad, good or bad.
As Muslims, can that ‘friend’ be our Quran?
Can the Quran be the one that you turn to when you need to be uplifted, comforted and are in need of answers?

***
In this book, author Ayesha Syahira shares the journey she took when she decided to make the Quran the companion she loves and trusts.

Building a relationship with the Quran cannot happen in one day.
It will take years.
It will require patience, and persistence.

Each of us will have our own personal journey of connecting with the Quran and nurturing love towards the Quran. The steps and stories might vary from one person to another but the goal is the same —to always be close to your Quran.

Table of content
Quran and You
First Encounter With the Quran
Falling in Love With the Quran

Relationship with the Quran
How to Befriend the Quran
How to Treat Your Quran: The Adab

Time To Heal ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Hassan sat down next to his mom and dad as he stared vacantly at the grave. He felt numb. His other siblings were behind him, sobbing quietly. The imam began his sermon. Hassan’s mind started drifting off. He wondered if the body inside the grave will be okay. Will he be lonely? Will he be afraid? He wondered if the body can still hear them.

Hassan’s own tears rolled down his cheeks. He felt a lump in his throat. The tragedy has shreds the heart to pieces. Hassan never knew pain like he was experiencing at the moment. He took a deep breath to calm himself. As much as he wanted to scream and wail, he didn’t. He couldn’t.

He needed to be strong; for others.

Hassan learnt about death at a young age. It was death that made him decide to be in the medical field.

Will he be able to make peace with death or will he continue carrying the guilt of being alive.

Jadilah Rajin Bekerja, Rajin Bercakap


Jadilah manusia yang berguna kepada agama, bangsa, negara & keluarga. Jadilah hambaNya yang rajin & buat baik kerana Allah.

Belajar Perkara Baru, Bagus Untuk Minda


Nak emosi rasa gembira, tenang, seronok, tak stress, buat perkara yang kita suka & sesuatu yang baru.It will make us appreciate every tiny little things & learn something new 🍃🍂

Timeless Seeds of Advice ~ B. B. Abdulla

(SEM & SS) RM42.00 > RM40.00

A selection of beautiful and practical pieces of advice from the Quran, the Prophet PBUH and Islam’s great scholars on repentance, guidance and purification. 

This book is designed to serve as a source of hope and strength for those going through difficult times, while providing numerous important pieces of knowledge and guidance for all readers and all times.

The Secret Of Bona Fide Money Revealed! ~ Naresh Waran Gnanasegaran, Mohd Zulkifli Shafie

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Why is gold so valuable? From a historical perspective:

• One dinar gold coin (4.25 grams of gold) was sufficient to buy a goat 1400 years ago, during the time of Prophet Muhammad (PBUH). Even today, the same exchange can relatively be achieved between one dinar coin and a goat. The purchasing power of gold was retained for over 1400 years!

• When his name was black-listed for his involvement in ‘The Free Aceh Movement,’ he had no choice but to flee to Malaysia. His only source of funds was the jewelleries (about 20 grams) that his mother had given before the trip. He was able to restart his new life with the said source of funds.

• During the Vietnamese War with the United States of America, the locals had to leave their hometowns. They had to convert their assets into gold, known as Kim Thant. They appear in flat sheets, which are easily kept between their clothes. These gold sheets were their ‘money’ to start their life in foreign lands.

40 Hadis Sahih Tentang Akidah ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Buku 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.

Dalam buku ini penulis turut menghuraikan hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.

Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.

Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah ﷺ.”

40 Hadis Peringatan Tentang Kubur & Kematian ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM16.00

Naskhah kecil ini menghimpunkan lebih 40 hadis Nabi Muhammad SAW yang memberi nasihat dan peringatan penting kepada umat Islam tentang kematian yang akan dihadapi, alam kubur yang menanti serta panduan untuk menghadapinya.

Semoga amalan mengingati kematian akan dapat membantu kita meningkatkan amal ibadah untuk mendapat husnul khatimah, dilapangkan kubur dan selamat daripada azab seksanya.

Hadis-hadis dalam naskhah ini menerangkan beberapa perkara seperti:
  • Tanda-tanda husnul khatimah.
  • Pemandangan di dalam kubur dan azab yang menanti penghuninya.
  • Dosa-dosa yang menyebabkan azab kubur dan amalan-amalan yang menyelamatkan daripadanya
  • Keadaan roh-roh orang yang beriman dan tidak beriman.

Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga ~ Dato Seri Dr. Mohd Suhaimi Rozali, Dr. Mohd Afifuddin Mohamad, Dr. Kamarul Hamimah Mohammad Jooi

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Amalan sihir ini telah wujud sejak berkurun lamanya dan terus berlaku tanpa mengira sama ada sesebuah negara itu maju atau mundur.

Persoalan sihir pemisah, kesan akibat, faktor, keadaan ketika menghadapinya sehingga kini belum diketahui dan dirungkai sepenuhnya oleh masyarakat. Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga ditulis berasaskan teori dan kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis dalam merawat pesakit yang berdepan dengan masalah tafriq. Turut dikongsikan kajian kes melibatkan pesakit yang menjadi mangsa sihir tafriq ini.

Terdapat enam jenis sihir pemisah yang sering digunakan bagi memusnahkan sesebuah perkahwinan. Kenali setiap satunya dan kenali juga gejala-gejalanya. Jangan dibiarkan berlarutan. Ia perlu dirawat.

Gejala terkena sihir tafriq tidak dapat dikesan oleh rawatan moden, justeru ia tidak dapat dirawat oleh para doktor yang merawat dengan kaedah saintifik. Apa yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah mendapat rawatan alternatif iaitu pengubatan Islam (ruqyah).

Buku ini juga memberi kaedah ruqyah yang boleh diamalkan oleh pesakit.

GPS Kewangan ~ Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Suzana Ali

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Selagi seseorang individu itu tidak MANTAP dalam ilmu pengurusan kewangan, agak sukar untuk seseorang itu mengelak daripada melakukan kesilapan kewangan dalam kehidupannya.

Jadi, antara tip yang perlu dilakukan adalah:
1. Memahami ILMU pengurusan kewangan.

2. Tidak mudah terpengaruh dengan sosial media yang memaparkan gaya hidup yang di luar kemampuan kita.
3. Mengetahui perbezaan di antara PERLU dan MAHU.


4. Pastikan anda ikuti formula kekayaan dalam kehidupan secara istiqamah.

5. Ambil perlindungan dengan jumlah yang anda mampu SEBELUM membuat pelaburan.

6. Pastikan kesemua produk kewangan anda adalah patuh syariah dan dapatkan khidmat perunding kewangan yang bertauliah.

Hati-hati dengan ego kita


Bagaimana anda layan diri anda? Hati-hati dengan apa nafsu kita mahu?


Buku: Kamalia Kamal. 2020. Ya Tuhan, Aku Nak Move On! Kuala Lumpur.

Elakkanlah diri melakukan dosa


Allah Maha Pengampun jadi janganlah sewenang-wenangnya 'lupa daratan'. Jika sempat bertaubat, takpe juga. Jika time tu nyawa pun Allah dah ambil balik, apa pun tak dapat bantu.

Buku: Serban Putih. 2016. Daielogy.

Saturday, April 9, 2022

Khalifah Umar: Fiqh Siasah Khulafah Al-Rasyidin ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM55.00 > RM53.00

Buku ini merupakan kesinambungan daripada siri Fiqh al-Harakah sebanyak tiga jilid dan siri kedua daripada siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin. Tulisan kali ini menceritakan riwayat hidup seorang sahabat dan pemimpin Islam agung iaitu Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, salah seorang sahabat yang sangat akrab dengan Rasulullah SAW setelah Saidina Abu Bakar RA. Banyak catatan menarik berkenaan beliau, sejak zaman jahiliah sehinggalah beliau menjadi tokoh penting dalam menyampaikan dakwah Islam.

Khalifah ‘Umar RA menempuh suatu fasa yang sangat genting dalam berdepan dengan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi yang akhirnya menyaksikan kedua-dua kuasa besar itu tumbang, seterusnya membenarkan janji Baginda SAW. Pembukaan Islam semakin meluas dan masyarakat yang dinaungi pemerintahan Islam juga terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru, banyak ijtihad dan pembaharuan politik telah dilaksanakan oleh Khalifah dari sudut pentadbiran, kewangan, kehakiman, pendidikan, pembangunan, dan sebagainya yang boleh kita jadikan sebagai pedoman dan iktibar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Khalifah Uthman: Fiqh Siasah Khulafah Al-Rasyidin ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Buku ini merupakan kesinambungan daripada siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin. Tulisan kali ini menceritakan riwayat hidup seorang lagi sahabat dan khalifah Islam iaitu Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA, sosok yang diberikan gelaran Zu al-Nurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dan disegani para malaikat. Khalifah ‘Uthman RA menghadapi suatu tahap yang baharu mewarisi pemerintahan yang sangat luas wilayahnya dan majmuk masyarakatnya, khususnya setelah kejatuhan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi. 

Keadaan yang sangat mencabar itu menuntut Khalifah ‘Uthman RA mengemukakan ijtihad baharu dan langkah memelihara kerukunan seluruh umat. Beliau juga mendepani zaman fitnah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Islam Dalam Negara Masyarakat Majmuk ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Buku ini merupakan penjelasan bagaimana Islam sebagai agama yang bersifat universal berinteraksi dengan masyarakat majmuk yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum, bangsa, dan agama. Penulis juga menghuraikan strategi dan perancangan golongan penjajah negara ini yang telah merosakkan kerukunan hidup bermasyarakat dengan menimbulkan pertembungan dan konflik antara kaum khususnya sebelum kemerdekaan. Menerusi karya kali ini, penulis juga menekankan penyelesaian isu masyarakat majmuk berkonsepkan masyarakat madani dengan berlandaskan pendekatan secara wasatiyyah, tidak bermudah-mudah (tasahul), dan tidak ekstrem (tasyaddud). 

Selain itu, penulis menyatakan kesan daripada penjajahan dan dakwah Islam terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara ini sehingga membangkitkan beberapa isu seperti kedudukan Islam dan konsep pemerintahan beraja. Dalam pada itu, penulis menceritakan sejarah perkembangan dakwah Islam di Malaysia yang perlu diketahui oleh masyarakat umum tentang bagaimana realiti masyarakat majmuk selama ini. Akhirnya, penulis membawa naratif konsep satu keluarga sebagai suatu penyelesaian dan kaedah bagi memelihara suasana kehidupan masyarakat majmuk agar selari dengan prinsip Islam serta realiti umat pada hari ini atas dasar perpaduan.

Khalifah Abu Bakar: Fiqh Siasah Khulafah Al-Rasyidin ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Merupakan kesinambungan daripada siri Fiqh al-Harakah sebanyak tiga jilid, buku ini mengisahkan riwayat hidup secara lengkap lagi terperinci mengenai sejarah kepemimpinan Saidina Abu Bakar RA sebagai Khalifah pertama dalam sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Naskhah ini juga menjelaskan segala pemikiran dan sumbangan yang telah ditinggalkan oleh Khalifah Abu Bakar RA dari sudut siasah dan ketatanegaraan untuk dijadikan sebagai penghayatan, pedoman, dan teladan buat umat Islam secara keseluruhan.

Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu Al-Quran ~ Tuan Guru Haji Ab. Hadi Awang

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Buku ini membahaskan kehebatan al-Quran sebagai mukjizat ilmu yang mencabar manusia. Ia mengandungi pelbagai hikmah dan kehebatan ilmu yang sehingga hari ini masih diterokai oleh para alim ulama dan cendekiawan. Buku ini juga memuatkan perkongsian penulis daripada pelajaran dan ibrah yang ditemui dalam pengalaman ilmiah beliau melalui pembacaan, pengkajian, dan pengajaran tafsir al-Quran di Masjid Rusila sejak tahun 1976, lebih 40 tahun yang lalu sehingga sekarang. 

Penulis menghuraikan al-Quran sebagai panduan yang lengkap sebagai asas, petunjuk, ketamadunan, dan sistem cara hidup manusia. Ia disusun mengikut beberapa tema besar yang seakan menjadi sebahagian daripada maqasid al-Quran. Selain itu, penulis juga mendatangkan fakta-fakta, perbahasan sejarah, dan pandangan ulama yang sesuai dengan topik al-Quran yang dibahaskan. Apa yang paling berharga, buku ini ditulis sewaktu penulis menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas pembedahan injap jantung pada tahun 2017. Al-Quran menjadi ubat penenang jiwa pada saat penulis menghadapi kesakitan akibat pembedahan tersebut. Semoga buku ini mendapat keberkatan dan manfaat untuk umat Islam dan manusia seluruhnya.

Pesan-Pesan Sabar ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Buku ini merupakan himpunan huraian dan syarahan hadis oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bersumberkan ‘Bab Sabar’ daripada kitab ‘Riyadh al-Solihin’ dalam Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, Marang. Kitab hadis tersebut telah disusun oleh al-Imam Yahya bin Sharaf al-Nawawi, salah seorang ulama agung Mazhab al-Shafi‘i yang sangat diakui kewibawaannya.

Pesan-pesan Rasulullah SAW tentang kesabaran yang dinukilkan dalam karya ini sangat berguna bagi dimanfaatkan oleh semua lapisan yang mencari-cari sumber kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan yang sangat mencabar hari ini. Mudah-mudahan sifat sabar yang dihayati itu berhasil melahirkan mukmin yang mempunyai sifat redha, seterusnya menjemput rahmat Allah SWT sebagai bekalan untuk bertemu dengan-Nya kelak.

Bila dah biasa menunda masa, terimalah akibatnya...


 JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA...

Buatlah secepat & sebaik mungkin. Kerana pada satu tahap, suka atau tidak, kita terpaksa menghadapinya juga untuk menyelesaikan masalah.

Buku: Muharikah. 2017. Hidup yang Aku Pilih. Iman Publication. Selangor.

Hargai Kasih Sayang Ibu

Hargailah ibu. Bagaimana sedihnya kita bila kena marah, tapi dia tetap sayangkan kita. Tetap mahu kita sihat, gembira & tiada masalah.

Buku: Kamalia Kamal. 2020. Ya Tuhan, Aku Nak Move On. Kuala Lumpur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...