Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk memberi contoh dan teladan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja khusus dalam bidang pentadbiran atau dakwah semata-mata. Ia merangkumi seluruh aspek dan keperluan kehidupan. Adab dan akhlak yang dipraktikkan oleh Nabi SAW telah menjadikan Islam dan Negara Islam cemerlang dan berjaya.
Keampuhan dan kekuatan Islam dan tamadun Islam ketika zaman Nabi SAW dan para sahabat bukanlah kerana hebatnya pasukan tenteranya atau kekayaan hasil keluarannya, tetapi ia sebenarnya terletak pada adab, akhlak dan peribadi umat Islam yang tidak ada bandingannya. Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia kerana kecantikan dan keindahan akhlak dan peribadi yang ditunjukkan