Buku ini digarap dengan begitu tersusun mengisahkan tentang kisah-kisah nabi yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Kita secara umumnya sudah biasa mendengar dan membaca tentang kisah-kisah nabi ini. Namun ada banyak juga kisah-kisah nabi ini diolah dan diperdengarkan tanpa merujuk dan mendapat nas-nas yang benar dan betul. Lebih teruk lagi ada kisah-kisah yang ditokok tambah sehingga ia terpesong jauh daripada kisah yang sebenarnya. Yang juga dikenali sebagai kisah-kisah Israeliat. Dan ada juga kisah yang hanya menggunakan sumber rujukan yang lemah dan disangsikan. Ini mesti kita hindarkan kerana ia boleh memesongkan bukan sahaja dari sudut kisahnya malah boleh memesong akidah.
Semoga kisah-kisah yang terdapat di dalam buku boleh kita hayati bersama dan mendapat hikmah dan pengajaran daripadanya.
*****
(SEM) RM48.00 - RM42.20
(S/S) RM51.00 - RM44.90
No comments:
Post a Comment