Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Iqra' Al-Firdaus. Show all posts
Showing posts with label Iqra' Al-Firdaus. Show all posts

Thursday, March 7, 2019

Bercakaplah Yang Baik-Baik Atau Diamlah! ~ Iqra' Al-Firdaus

(SEM & SS) RM12.90 > RM11.40

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, ada empat perkara yang akan memperbaiki kualiti akal fikiran kita dan salah satunya adalah hendaklah kita meninggalkan kata-kata yang tidak berguna.

Lihatlah dahulu,
dengarlah dahulu,
baru bercakap. Jika tidak,
lebih baik diam sahaja.
BANYAK MELIHAT, BANYAK MENDENGAR, daripada BANYAK BERCAKAP "Thibbun Nabawi"

Wednesday, March 26, 2014

Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad s.a.w. ~ Iqra' Al-Firdaus

Perhubungan awam adalah perkara yang subjektif yang boleh juga didefinisikan sebagai komunikasi dan interaksi daripada satu pihak kepada pihak yang lain untuk mencapai tahap perkhidmatan dan martabat diri yang terbaik. Demi mendapat kerjasama, nama baik, kepercayaan serta perhargaan daripada orang awam. Perhubungan awam ini amat diperlukan oleh individu mahupun sesebuah syarikat, organisasi dan masyarakat.

Buku ini menghuraikan berkenaan perhubungan awam berdasarkan apa yang telah diinspirasikan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang kehidupan baginda. Nabi s.a.w. telah memberikan contoh terbaik untuk diikuti dalam setiap urusan sama ada urusan dunia mahupun akhirat. Idea-idea yang diterjemahkan oleh penulis buku ini memberikan kita pencerahan ilmu yang menarik dan berharga untuk semua lapisan masyarakat.

Semoga dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan ilmunya untuk meneruskan contoh-contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seterusnya menaikkan lagi martabat serta kualiti diri hasil daripada duplikasi Perhubungan Awam ala Nabi Muhammad s.a.w. untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Thursday, September 26, 2013

Banjir Harta Dengan Ajaibnya Solat Hajat, Duha & Tahajjud ~ Iqra' Al-Firdaus, Aep S. Hamidin

Semua orang mahu menjadi kaya dengan harta yang melimpah-ruah dan juga kaya jiwa dengan penuh kesyukuran kepada Ilahi dan sifat pemurah serta sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Namun tidak semuanya mendapat meraih semua itu. Ada yang kaya hartanya tetapi begitu fakir sekali jiwanya dan ada juga yang kaya harta dan kaya jiwanya. Pasti kita bercita-cita menjadi mereka yang kaya harta dan jiwanya.

Kekayaan tidak hanya dapat diraih dengan kesungguhan dan kerja keras dari sudut fizikal sahaja. Kesungguhan dan kerja keras dari sudut spiritual juga memainkan peranan yang amat besar dan senjata ampuh untuk meraih kekayaan. Amalan Solat Hajat, Duha dan Tahajjud merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi S.A.W. Ibadah sunat yang begitu banyak sekali kelebihan dan manfaatnya dalam usaha meraih kekayaan dan kejayaan. Buku ini menghuraikan tentang keajaiban ketiga-tiga solat sunat ini. Namun dalam menunaikan ibadah, perkara yang paling asas adalah ikhlas diniatkan melakukan ibadah itu kerana Allah.

Semoga dengan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan untuk meraih keredhaan Allah serta meraih kejayaan dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...