Didapati kitab ini sangat menarik untuk dibaca kerana susunan soal jawabnya yang padat dan ringkas dan insya Allah mudah untuk dihadam untuk semua peringkat.
Kitab ini telah disusun oleh Asy-Syeikh Abu Fakhruddin Rahimahullahu Ta'ala pada seawal tahun 50-an yang merupakan anak murid kepada salah seorang ulama Nusantara abad ke-20 yang hanyak mengajar di Makkah Al-Mukarrramah yang juga terkenal dengan ke'alimannya dan kewarakannya iaitu Asy-Syeikh Abdul Qadir Rahimahullahu Ta’ala.
Setakat yang diketahui, menariknya, Masya Allah Tabarakallah, kitab Ar-Risalah At-Tabarakallah ini telah dicetak sebanyak ribuan naskhah pada zamannya, menunjukkan betapa besar penerimaan masyarakat pada ketika itu (lahun 50-an) tetapi hanya hanyak tertumpu di Selatan Thailand sahaja. Sebelum kitab ini diterbitkan semula, didapati ia tiada dijual di pasaran. Wallahu Ta’ala (Mudah-mudahan usaha menerbitkan kitab ini dapat menyambung dan memelihara mutiara-mutiara ilmu yang ada padanya, Insya Allah). Semoga kitab ini akan terus menerus dibaca dan dimanfaatkan dalam halagah-halaqah pengajian di masjid-masjid surau-surau dan lain-lain serta menjadi Hasanah (kebaikan) yang berterusan. Insya Allah.
*****
(SEM) RM6.00 - RM5.30
(S/S) RM8.00 - RM7.00
No comments:
Post a Comment