Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, March 26, 2014

Kajian Ilmiah Membuktikan Keajaiban dan Kebenaran Al-Quran ~ As'adi Muhammad

Al-Quran adalah kitab mukjizat sepanjang zaman, kehebatannya tidak akan lenyap hinggalah hari kiamat. Buku kecil ini membicarakan tentang sejarah Al-Quran dan pengisian al-Quran, penurunannya secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun, keindahan bahasanya memikat para pendengarnya hingga ia berjaya membina bangsa Arab yang hidup di tanah padang pasir yang gersang dengan budaya kehidupan yang jahiliyah dan mundur menjadi bangsa yang memcrinrah dunia ini .

Selepas 23 tahun Al-Quran diturunkan kepada Nabi Besar Muhammad S.A.W. ia telah mengubah landskap Semenanjung Arab menjadi pusat pemerintahan dunia, dua empayar gergasi dunia ketika itu Rom dan Parsi turut tersungkur dan tunduk kepada generasi al- Quran yang unik (memetik kata-kata sasterawan agung moden dunia Islam—As-Syahid Sayid Qutb- Para Sahabat Rasulullah S.A.W. adalah generasi Al-Quran yang unik). 

Bukan sekadar itu, aI-Quran juga telah membongkar sejarah alam sebelum penurunannya serta menyingkap rahsia-rahsia alam pada masa yang akan datang. Para tokoh-tokoh ilmuan Islam dan barat telah melakukan kajian dan membuat perbandingan antara sains ilmiah dan al-Quran. Antaranya ialah Al-Quran dan Astronomi, Al- Qurran dan Fizik, AI-Quran dan Biologi, rahsia besi, gunung, bukit, lautan dan pelbagai perkara lain lagi. Malah sebahagian pengkaji-pengkaji barat yang bukan Islam turun mengisytiharkan dirinya menjadi muslim bila ia mendapari bahawa kajian Ilmiah yang dilakukan selama ini memang benar-benar membukrikan keajaiban yang dicari-cari selama ini. Cuma yang ironis al-Quran telah menjelaskan kehebatan ini lebih 1400 tahun yang lalu dan Sains Ilmiah baru mcngctahui akan hakikat ini beberapa dekad yang lalu.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...