Hai saudaraku! Hendaklah bersungguh-sungguh oleh kamu pada merneliharakan iman kamu dan agama kamu daripada hap-hap yang membinasakan keduanya dan hendaklah kamu sahkan kamu dengan barang yang dii'tiqadkan dia oleh Ahli Al-Sunnah wa AI -Jama'ah yang tiada syubhah dan bid'ah padanya sekali-kali dan hendaklah kamu berlajar akan ilmu yang sebenar daripada guru yang benar lagi masyhur ilmunya dan nya antara manusia, lagi guru terpelihara ia daripada tamak akan harta dunia dan tiada dengki dan tiada takabbur kerana tiada berhimpun sekali-kali ilmu yang sebenar pada hati yang ada padanya suatu sifat daripada sifat yang tiga itu.
Dan telah banyak pada zaman ini beberapa manusia yang mendakwa akan dirinya alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang salah dan beberapa dan rahsia yang menyesatkan hamba Allah dan setengah mereka itu yang berpegang dengan zahir ayat Al-Qur'an yang mutasyabihah atau sunnah yang mutasyabihah pada hal tiada dilintangkan dengan dan yang muhkamat tetapi berpegang oleh mereka itu dengan zahir ayat yang mutasyabihah, maka jatuh mereka itu di dalam laut kufur, maka sesat mereka itu dan menyesat oleh mereka itu akan manusia yang awam. Maka adalah mereka itu seperti Dajjal atau terlebih jahat daripada Dajjal dan qasad oleh mereka itu dengan demikian itu hendak menipu daya akan harta manusia supaya hendak memenuhkan perutnya dengan harta yang haram, maka lagi akan dipenuhkan perutnya dengan api nesaka Jahannam seperti berfirman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Erti: Kata olehmu, ya Muhammad! Bahawasa segala mereka yang mengada-ada oleh mereka itu alas Allah Ta'ala akan dusta itu, tiada beroleh kemenangan mereka itu kerana berkehendak akan mata benda dunia yang sedikit kemudian kepada Kami kembali mereka itu, kemudian Komi rasakan mereka itu akan azab yang amot keras dengan sebab barang yang telah ada mereka itu kufur.
Erti: Kata olehmu, ya Muhammad! Bahawasa segala mereka yang mengada-ada oleh mereka itu alas Allah Ta'ala akan dusta itu, tiada beroleh kemenangan mereka itu kerana berkehendak akan mata benda dunia yang sedikit kemudian kepada Kami kembali mereka itu, kemudian Komi rasakan mereka itu akan azab yang amot keras dengan sebab barang yang telah ada mereka itu kufur.
Semoga kitab yang kecil ini membawa faedah yang besar bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan yang diredhai Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas pengarang kitab ini yang telah bertungkus lumus dalam menyampaikan ilmu Allah yang telah diamanahkan ke atasnya.
*****
(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90
No comments:
Post a Comment