Betul, ada ketikanya kita berasa sangat gelisah kerana terlalu memikirkan soal rezeki. Hal ini seolah-olah kita tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.
Sebenarnya, kita perlu meyakini setiap manusia yang diciptakan Allah, pasti sudah disiapkan rezeki untuknya dan ini akan membuatkan hati kita lebih tenang.
Sebenarnya kita patut bersyukur apabila rezeki kita masih menjadi teka-teki dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Maknanya, kita akan semakin dekat, dan hanya berharap kepada Allah yang Maha Esa.
Bukankah itu semua lebih daripada cukup untuk menjamin ketenangan hati kita.
Jadi, tenanglah, kerana Allah bersama kita.
Sekiranya keyakinan ini terpahat kukuh dalam hati kita maka sebenarnya tidak ada lagi tempat di hati kita untuk bersandar selain daripada Allah.
Lalu melangkahlah sepenuh hati untuk menjemput rezeki Allah yang berkat, tanpa melupakan kewajipan kita kepada Allah.
No comments:
Post a Comment