Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, August 13, 2014

Mudahnya Berbahasa Arab Di Dua Tanah Suci ~ Dr. Hj. Mohd Puzhi Usop, Dr. Hj. Azlan Shaiful Baharum, Dr. Nurkhamimi Zanuddin

Setiap orang Islam pasti bercita-cita untuk sampai ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah. Sekarang perjalanan untuk menunaikan ibadah ini tidak lagi seperti dahulu. Sebuah perjalanan yang memakan masa berbulan-bulan. Kini dengan adanya kapal terbang, perjalanan menjadi lebih singkat dan mudah. 

Walaupun begitu, persediaan untuk melaksanakan ibadah ini mengkehendaki komitmen yang tinggi daripada para bakal tetamu Allah. Persediaan bukan sahaja daripada segi material, mental malah persediaan daripada segi kemahiran berbahasa juga penting. Buku ini memberikan kita panduan berkenaan cara berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Ini penting untuk bakal tetamu Allah kerana dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab memberikan kita lebih keyakinan semasa berada di Tanah Suci kelak. Malah mungkin dengan kemahiran itu kita dapat membantu mereka yang memerlukan atau kita mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan kesukaran semasa di Tanah Suci kelak. 

Semoga buku ini dapat memberikan sinar keyakinan dalam menunaikan ibadah suci ini. Insya Allah.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...