Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, October 12, 2014

Tuhfah Ar-Raghibin: Mahkota Orang Yang Gemar Menuntut Ilmu ~ Al-Hidayah

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita memeliharakan iman kita daripada segala perkara yang membinasakanya kerana barang siapa yang binasa imannya, jadilah ia kafir dan binasalah sekalian amal yang telah dikerjakannya dan jadilah ia isi neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya.

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita beri'tiqad dengan iqtiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah kerana ia adalah jalan Nabi Allah dan sahabatnya dan segala mereka yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut akan yang mengikut mereka itu hingga hari kiamat. Dan wajib atas kita menjauhi sekalian rtiqad bid'ah yang sesat seperti i'tiqad segala kaum yang tujuh puluh dua yang tersebut bilangan mereka itu di dalam hadith Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Bahawasanya adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Musa tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan satu kaum jua yang masuk syurga; (dan lagi bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa tujuh puluh dua kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan suatu kaum jua yang masuk syurga; (dan bercerai-cerai umatku kemudian daripada aku tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya isi neraka melainkan suatu kaum jua masuk syurga, (maka) sembah segala sahabat: "Siapa yang suatu kaum itu, ya Rasulullah?" (Maka) sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasollam: "laitu yang aku di dalamnya dan segala sahabatku", (yakni iaitu jalanku yang betel dan jalan segala sahabatku (yakni iaitu jalanku yang betul dan jalan segala sahabatku iatulah jalan ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah."

Oleh kerana itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah dia di antara kaum-kaum yang tersebut di dalam hadith ini, maka marilah kita sama-sama mempelajari dan mentadabbur isi kandungan kitab ini supaya kita dapat menjaga dan memelihara iman kita supaya tidak terkeluar daripada i'tiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.

Para pembaca disarankan agar mempelajari kitab ini secara bertalaqqi yakni berguru supaya para pembaca dapat memahami isi kandungan kitab ini dengan lebih baik dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari para guru yang berkenaan. Kepada Allah kita memohon hidayah dan taufiqNya.

*****
(SEM) RM9.00 -  RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...