Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, March 9, 2015

Roh: Menelusuri Pencerahan Alam Roh H/C ~ Ibnu Qayyim Al-Jauziah

Ibnu Qayyim al-Jauziah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuan Islam. Tokoh yang dilahirkan di bumi Damsyik, Syria ini telah banyak menyumbang idea dan pemikirannya melalui buku-bukunya yang masyhur yang telah ditulis sepanjang hayatnya. Antara buku-bukunya yang telah tersebar luar seantero dunia adalah at-Tibyan fi Aqsamil Quran, Zaadul Ma'ad fi Hadyi Khaki! ?bad, Tuhfatu! Maudud bi Ahkamiil Maulud, Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musyaqqin dan banyak lagi. Antara karya beliau yang lain yang sangat ghairah untuk dibaca oleh kita semua adalah Roh.

Buku berjudul Roh ini mengungkap dengan jelas tentang hakikat roh, karakter dan sifatnya serta kaitannya dengan jiwa dan kehidupan. Antara persoalan-persoalan yang bakal terjawab di dalam judul ini adalah; adakah roh mengetahui ziarah manusia ke kubur? Adakah roh orang yang mati saling bertemu dan berkumpul? Adakah roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang sudah mati? Apakah yang mati, roh atau jasad? Adakah selepas mati, roh akan menjelma menjadi sesuatu yang lain? Bolehkah roh memasuki mimpi orang yang hidup? Di manakah roh?

Banyak lagi persoalan-persoalan di dalam benak fikiran anda akan dirungkaikan satu persatu oleh penulis di dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga menyelitkan huraian yang padat tentang alam barzakh dan keadaannya serta hakikat di alam mimpi. Secara ringkasnya, Roh akan membawa fikiran anda terbang ke alam lain; alam yang ada tetapi anda tidak mengetahuinya. Semoga kupasan, huraian yang sarat dengan dalil dan hujah ini mampu memberi kepuasan kepada anda ketika membaca serta mampu meningkatkan iman dalam mempercayai kewujudan alam ghaib yang dicipta oleh Allah SWT.
*****
(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...