Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, May 5, 2015

Psikologi Rasulullah s.a.w Dalam Berinteraksi dengan Masyarakat ~ Dr. Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Buku ini membicarakan persoalan Psikologi Rasulullah SAW, yang dibahaskan berdasarkan kepada nas al-Qur'an dan al-Sunnah bersertakan dengan contoh-contohnya sekali. Sebenarnya kalau dikaji nas al-Qur'an, al-Sunnah, buku-buku tafsir, hadis, sirah dan juga sejarah, didapati baginda telahpun menggunakan berbagai-bagai bentuk psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, termasuk musuh baginda sendiri. Inilah rahsia kejayaan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk tanah Arab. Baginda menggunakan psikologi ketika berinteraksi dengan kanak-kanak, isteri, anak-anak, pasangan suami isteri yang bermasalah, para sahabat, orang-orang Islam yang melakukan kesalahan, orang-orang bukan Islam yang menjadi jiran tetangga dan bukan jiran tetangga dan juga di dalam berhadapan dengan perwakilan asing dan juga orang-orang luar, samada yang telah memeluk Islam mahupun yang belum memeluk Islam.

Kebanyakan interaksi baginda adalah secara berhikmah, Iemah lembut dan bertoleransi. Ketika berhadapan dengan Maharaja Herculis sahaja, baginda terpaksa mengambil sikap yang keras dan tegas, kerana sikap boneka maharaja itu iaitu Syurahbil Bin Amru al-Ghassani bertindak membunuh utusan baginda yang diutuskan untuk menyeru raja itu kepada Islam. Tindakan membunuh utusan adalah satu perbuatan biadab, berdasarkan kepada amalan politik antarabangsa.

Buku ini bertujuan antara lain membuka minda umat Islam di negara kita, tentang psikologi nabi Muhammad dalam berinteraksi dengan masyarakat, agar mereka turut menggunakan pendekatan psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, samada yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. la satu perkara yang mesti dilakukan oleh semua pihak, demi mengekalkan perpaduan ummah dan melihat pembangunan negara terus berjalan lancar di dalam berbagai-bagai bidang.
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

2 comments:

  1. salam. tuan, saya nak beli buku ni. macam mana ya?

    ReplyDelete
  2. Amir Asyraf: boleh emel kami di diskaunbukuislamik@gmail.com atau whatsapp kami di 013-6786571.
    Semua naskhah buku diberikan diskaun 12% dan caj pos blh klik logo pos laju tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...