Umum mengetahui bahawa perubatan moden mempunyai pelbagai penemuan canggih sebagai rawatan kecantikan serta merawat pelbagai penyakit. Namun, pengambilan tanaman-tanaman tradisional sebagai pemakanan harian masih menjadi pilihan utama kerana sifat semula jadinya berbanding ubat-ubatan canggih yang mengandungi pelbagai unsur tambahan yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. Setiap tumbuhan atau tanaman tradisional mempunyai khasiat tersendiri yang terbukti dapat merawat atau mencantikkan serta menghaluskan kulit tanpa sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan.
Keistimewaan dan kemujaraban tanaman atau tumbuhan tradisional ini telah acapkali terbukti melalui kajian saintifik dan penyelidikan para saintis. Terokailah pengisian yang cukup memberi manfaat ini dan ketahui jenis tanaman serta cara menghasilkannya untuk mendapatkan rawatan penyakit, kecantikan dan kecerdasan minda secara semula jadi.
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50
No comments:
Post a Comment