Tetapi adalah tidak adil juga jika disebabkan kepapaan itu lalu orang miskin itu dipermudahkan begitu sahaja jalannya menuju syurga-Nya. Mereka tetap akan diuji oleh Allah dalam hal kesyukurannya. Maka sabar dan syukur adalah jambatan ujian yang akan memutuskan adakah si kaya atau si miskin patut masuk ke syurga-Nya atau tidak.Yang kaya dan yang miskin mempunyai peluang yang sama untuk terbang ke syurga-Nya dengan sayap kesabaran atau sayap kesyukuran.
Buku ini mempersembahkan hikmah-hikmah kearifan kehidupan Islam dengan untaian kisah-kisah yang unik, segar dan kreatif. Sebuah bacaan yang ringan dan mudah, menyelitkan hikmah-hikmah yang penuh inspirasi dan menyentuh jiwa.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20
No comments:
Post a Comment