ROOMMATE membawakan kisah Awira yang merupakan pelajar baru di sebuah universiti tempatan dan di situlah dia mengenali Sofi sebagai rakan sebiliknya atau yang sering dipanggil sebagai roommate. Pelbagai kejadian aneh telah berlaku kepada Awira sejak dia menjadi pelajar di situ. Antara gangguan yang berlaku, Awira menyaksikan di depan mata kepala Sofi melekat di dinding bilik mereka.
Awira telah terlibat dengan permainan ghaib yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar di situ. Permainan yang menyeru kanak-kanak kecil bernama Bloody Mary, dipercayai boleh menunaikan seluruh hajat orang yang meminta. Sofi rakan sebilik Awira juga terjebak dengan
permainan tersebut. Sofi menjadi tertekan kerana sering diugut oleh “benda” terbabit. Dalam keadaan terdesak, Sofi telah menjadikan Awira sebagai cagaran untuk Bloody Mary. Awira semakin tertekan kerana sering diganggu.
No comments:
Post a Comment