Masa lalu adalah guru yang terbaik. Ini kerana, ia merupakan kumpulan kejadian dan pengalaman yang dialami oleh setiap individu yang boleh menyumbang satu nilai pengajaran. Pengalaman tersebut akan memberikan manfaat yang sangat besar bagi orang-orang yang berakal sekiranya mereka mahu berfikir.
Buku ini adalah taman pengetahuan. Di dalamnya dibincangkan keelokan masa sekarang dan sentuhan keindahan masa lampau. Semua itu tidak lain adalah sebagai pengajaran untuk kita mengharungi masa sekarang secara lebih baik berpandukan pengalaman masa lalu.
Al-Qarni dalam buku ini menyeru orang-orang Islam supaya mengambil pelajaran dari pengalaman terdahulu dan merealisasikannya dengan perbuatan yang positif, antaranya adalah dengan tekad berkarya dan memberikan kemanfaatan kepada orang lain. Beliau menegah kritikan-kritikan yang tidak membangun serta menyibukkan diri dengan kekurangan dan aib orang lain. Sebagaimana falsafah beliau bahawa kemuliaan ilmu jauh lebih tinggi berbanding kemuliaan ibadah. Oleh itu, selamat dan beruntunglah orang-orang yang mengajarkan ilmu yang ia miliki kepada orang lain, kerana sesungguhnya ia telah mendermakan sebahagian kurnia yang telah Allah anugerahkan kepadanya.
No comments:
Post a Comment