Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Ahmad Adnan Fadzil. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Adnan Fadzil. Show all posts

Thursday, May 25, 2017

Ensiklopedia Perang Rasulullah (84 Perang, 11 Tahun, 321 Syuhada) ~ Ahmad Adnan Fadzil, Aizuddin Kamarul Zaman

(SEM & S/S) RM89.00 > RM78.30

Buku Ensiklopedia Perang Rasulullah bukan sahaja memperkenalkan setiap peperangan, tetapi menjurus ke arah sebab, taktik strategi serta analisis seiring dengan keperluan masyarakat semasa yang mampu mengubah persepsi anda dan masyarakat Barat terhadap peperangan tentera Muslimin selama ini.


Thursday, April 7, 2016

Kisah Israk & Mikraj: Berdasarkan Riwayat al-Bukhari & Muslim ~ Ahmad Adnan Fadzil

Kisah Israk dan Mikraj telah diriwayatkan daripada sahabat yang cukup ramai, iaitu mencapai 26 sahabat yang menceritakannya. Oleh sebab itu kisah Israk dan Mikraj ini termasuk dalam akidah yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam. Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting yang sering dirayakan saban tahun oleh seluruh umat Islam. 

Peristiwa ini merupakan antara mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya serta mengurniakan kekuatan rohani yang besar kepada Baginda demi mengutuhkan jiwanya dan menerangkan hikmah-hikmah ilahiah atas apa yang telah terjadi. Kisah ajaib ini telah direkodkan dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih, yang wajib diimani.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Thursday, February 20, 2014

Kenali Rasul Kita Muhammad s.a.w: Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia ~ Imam At-Tirmizi, Ahmad Adnan Fadzil

Buku Kenali Rasul Kita Muhammad merupakan hasil terjemahan daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian, makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda secara menyeluruh.

Kelebihan buku ini:
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail.
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik.
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini.
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca.
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna.
• Ekstra! Profil para perawi dan CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

*****

(SEM & S/S) RM89.00 - RM78.30

Monday, July 8, 2013

A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya ~ Ahmad Adnan Fadzil

Buku “A – Z Soal Jawab Puasa , Tarawih, Zakat dan Hari Raya” ialah pilihan tepat bagi anda. Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia majoritinya bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan bulan ini. Bulan Ramadhan bagaikan pesta ibadah bagi seorang mukmin yang benar-benar menghayati dan merasai kenikmatan ibadah di bulan Ramadhan. 

Anda perlu memiliki buku ini kerana ia dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan yang sering menjadi permasalahan. Merungkai setiap permasalahan yang timbul dalam ibadah puasa, tarawih, zakat dan hari raya secara lengkap serta mudah difahami. Penyediaan jadual, gambar rajah dan carta untuk membantu kefahaman para pembaca. Menyelesaikan persoalan yang berlaku dengan mengutamakan pandangan mazhab asy-Syafi‘i berserta dalil.

*****

(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00

Friday, June 14, 2013

101 Nama Nabi Muhammad: Himpunan Nama, Gelaran & Sifat Rasulullah s.a.w. ~ Ahmad Adnan Fadzil

Sebahagian ulama silam menyatakan bahawa nama bagi Nabi Muhammad SAW amatlah banyak. Hal ini kerana setiap daripada sifat dan akhlak yang mahmudah, semuanya disandarkan kepada Baginda SAW yang paling baik menunjukkan contohnya. Maka setiap satu daripada sifat-sifat tersebut menjadi gelaran atau panggilan lain kepada Rasulullah SAW. Dalam usaha untuk kita menyemarakkan lagi perasaan kasih dan sayang kita kepada Baginda Nabi SAW melalui akhlak dan peribadi Baginda, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. berbesar hati untuk menerbitkan buku “101 Nama Nabi Muhammad” yang disusun oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil. 

Buku ini amat berharga dan perlu dimiliki kerana ia menyenaraikan nama dan gelaran lain Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil. Memberi huraian ringkas nama dan gelaran yang membentuk akhlak Mulia. Menyingkap ketinggian peribadi agung Rasulullah SAW untuk diteladani dan mengetengahkan beberapa nama dan gelaran yang sesuai kepada cahaya mata.

*****

(SEM & S/S) RM35.00 - RM30.80

Thursday, May 9, 2013

101 Hadis Pengubatan Rasulullah ~ Ahmad Adnan Bin Fadzil

Banyak hadis yang diriwayatkan telah menceritakan betapa Rasulullah SAW ialah seorang individu yang menitikberatkan soal kesihatan dan cara memeliharanya. Bagaimanakah kaedah pengubatan yang Baginda lakukan? Adakah tatacara pemakanan yang sekian lama kita lakukan bertepatan dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW? Apakah fadilat dan kelebihan di sebalik pengubatan dan nutrisi Baginda?

Maka buku yang menjadi tatapan pembaca ini menjadi pilihan yang tepat bagi menghuraikan persoalan-persoalan sekitar pengubatan dan pemakanan Rasulullah SAW. Hal ini kerana buku ini menyajikan hadis-hadis pilihan yang menggambarkan pemakanan Nabi SAW secara sempurna. Maklumat-maklumat saintifik berkaitan yang ringan dan mudah untuk difahami. Memudahkan pemahaman pembaca dengan gambar rajah, carta dan tip berguna. 

Oleh itu, buku ini sesuai menjadi panduan yang terbaik bagi umat dalam mengatur pemakanan dan pengubatan bertepatan dengan gaya Rasulullah SAW agar menjadi teladan untuk diikuti oleh umatnya. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama.

*****

(SEM & S/S) RM23.00 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...