Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, June 19, 2017

Ustaz, Apa Hukumnya... ~ Dr. Farid Ravi Abdullah

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Agama adalah kefahaman, setiap orang Islam wajib mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama. Maksudnya dalam Islam ada halal ada haram, ada sunat dan harus, dan ada makruh. Untuk mengetahui semua itu, seorang Muslim wajib menuntut ilmu supaya dia tahu apa yang dia buat,

Buku ini adalah hasil daripada himpunan soal jawab agama yang saya tulis dalam pelbagai media cetak. Kesemua soalan dan jawapan yang dimuatkan di dalam buku ini adalah asal daripada soalan orang ramai yang ada kemusykilan agama. Saya menjawab dengan merujuk pada Mazhab al-Syafie dan mazhab-mazhab muktabar yang lain, juga saya merujuk pada kitab-kitab fikah, tafsir, hadis, dan lain-lain yang berkaitan.

Antara Kandungan:
Quran
1) Hukum Membaca Al-Fatihah Dengan Satu Nafas
2) Hadiahkan Al-Fatihah Kepada Arwah
3) Membaca Al-Quran Dengan Tertib
4) Haram Dedah Aurat Baca Al-Quran
5) Harus Melagukan Bacaan Al-Quran
6) Ulamak Haruskan Baca Al-Quran Untuk Si Mati
7) Al-Quran Dipelajari Dengan Hadis
8) Hadis Tidak Boleh Menolak Al-Quran
9) Al-Quran Bukan Untuk Kepentingan Peribadi
10) Ayat-Ayat Kauniyyat Bukti Kehebatan Allah

Solat
1) Azan Apabila Tiba Waktunya
2) Solat Taubat Hanya Sunat
3) Wanita Lebih Utama Solat di Rumah
4) Sujud Lama Tidak Batalkan Solat
5) Solat Sempurna Cegah Keburukan
6) Solat dalam Kenderaan
7) Khutbah Jangan Menghentam
8) Menangis dalam Solat
9) Bacaan Qunut dalam Solat Subuh Bukan Amalan Bidaah
10) Solat Sunat Taubat
11) Kusyuk Tingkatkan Kualiti Solat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...