Dalam buku ini, anda akan didedahkan kepada satu hakikat yang hanya disedari oleh pengkaji ilmi hadis – menilai status hadis dan memahami kandungannya menuntut ketelitian yang tinggi. Selain ketelitian, seorang pengkaji harus memiliki kesabaran. Perbincangan ilmu ini tidak semudah “Hadis ini sahih, justeru hukumnya sunat”, atau “Hadis ini palsu, justeru hukumnya haram”, dan yang seumpamanya. \
Anda akan melihat bahawa terkadang sebuah hadis yang menyebutkan sesuatu hukum dinilai lemah, namun hukum perbuatan yang berkenaan sunat. Ataupun sebaliknya, hadis yang berkenaan sahih namun hukum yang terkandung di dalamnya tidak boleh di amalkan. Justeru, pengkaji hadis tidak boleh terburu-buru merumuskan sesuatu kesimpulan sebelum menyemak pelbagai aspek yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment