#AkuBukanNabi, sebuah cerita yang disusun kemas dalam nukilan novel. Novel yang bertema cinta yang lima. Bukan cerita cinta yang biasa tetapi ianya tentang cinta yang agung berserta dengan cinta dunia yang fana. Apakah cinta yang lima itu? Cinta Ilahi, Cinta Nabi, Cinta Ummi, Cinta Sahabat Sejati, Cinta Ajnabi. 5 cinta ini akan menjadi tema hidup seorang jejaka bernama Ameer Islam. Bagaimana dia bergelut dengan jahiliahnya dan kerak busuk dosa nodanya itu membelenggu dirinya daripada melihat hakikat sucinya cinta empat yang pertama; iaitu cinta Ilahi, Nabi, Ummi dan sahabat sejatinya iaitu Abrar & Adnin. Cintanya yang kelima itulah parasit. Bukan berdua, tetapi bertiga. Makhluk ketiga itu bukan insani, tetapi makluk laknat yang dicipta daripada api. Jika ditanya Ameer, mengapa sanggup tinggalkan empat demi satu cinta sahaja. Mengapa Ameer, mengapa? Jawabnya mudah dengan muka bersahaja, "Kerana AKU BUKAN NABI! Dah, jangan acah alim nak tegur aku! Blah..."
Apakah Quran yang dihafaznya sedari kecil itu menjadi syafaat atau laknat? Apakah dia mampu untuk mencintai Ilahi dan Nabi sepertimana selayaknya seorang hamba dan umat lakukannya? Perempuan yang dibedah perutnya untuk melahirkan seorang Ameer Islam, apakah dia akan mendapat cinta anaknya itu semula? Apakah Ameer mampu untuk menghargai sepenuhnya cinta sahabat sejatinya yang bersama susah dan senang, yang mencintai ikhlas kerana Ilahi dan Nabi iaitu Abrar dan Adnin? Dan, sanggupkan dia abaikan cinta yang kelima yang menjadi punca hilang segala empat cinta itu? Nantikan novel bertema cinta yang lima, iaitu #AkuBukanNabi!
No comments:
Post a Comment