Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.
Buku ensiklopedia Al Quran ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. 'Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain. 150 fakta bergambar tentang Al-Quran dan banyak lagi.
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah SWT (Al-Quran) dan sunah Rasul"
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Antara Kandungan:
FAKTA MENARIK MENGENAI AL-QURAN1. Bilangan Surah Dalam Al-Quran
- 114 Surah
2. Definisi Surah Makkiyah
- Pendapat yang paling tepat bagi definisi surah Makkiyyah ialah surah yang diturunkan sebelum hijrah walaupun ianya diturunkan selain di Makkah.
3. Definisi Surah Madaniyyah
- Pendapat yang paling tepat bagi definisi surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan selepas hijrah walaupun ianya diturunkan selain di Madinah.
