"Membaca buku ini serupa benar dengan duduk bersebelahan dengan penulis, dan berbincang tentang pelbagai perkara bagaimana sepatutnya melayari hidup. Bahasanya mengalir jernih dan memberi kesegaran kepada pembacanya.
Soal hidup, memberi makna hidup dan kematian adalah tiga tema berat dan disebabkannya menjadikan dahi berkerut amat dalam semasa membahas dan membacanya. Di dalam buku ini, ketiga tema berat itu dibahasakan dalam gaya perbualan yang ringan danbahkan mengasyikkan oleh penulisnya. Selain daripada itu, buku ini menjadi amat menarik kerana mengalami sendiri apa yang ditulisnya."
(Dr. Darmaji, M.)
No comments:
Post a Comment