Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, August 30, 2019

Ar-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah ~ Sheikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri

(SEM & SS) RM90.00 > RM81.00
Di tengah-tengah masyarakat Arab yang sedang bergelumang dengan amalan yang menyimpang daripada ajaran Tuhan, lahir seorang manusia paling sempurna di atas muka Mekah. Muhammad bin Abdullah s.a.w., Rasul Allah yang mulia. Sebaik-baik kejadian manusia. Keperibadian Baginda adalah Al-Quran, kitab Allah yang sempurna.

Karya tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w (perkataan, perbuatan, dan akhlak Baginda) ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti As-Salafiyyah, India. Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.

Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja. Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.

Antara kandungan:
KEDUDUKAN GEOGRAFI MASYARAKAT ARAB DAN KABILAH MEREKA
Kedudukan Geografi
Kabilah-kabilah Arab
SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEPIMPINAN MASYARAKAT ARAB
Raja Yaman
Raja Hirah
Raja Syam
Pemerintahan di Hijaz
Pemerintahan dan kepimpinan orang-orang Arab secara umum
Keadaan politik
AGAMA MASYARAKAT ARAB
Keadaan agama
BEBERAPA GAMBARAN KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT ARAB
Keadaan sosial
Keadaan ekonomi
Aspek moral dan akhlak
KETURUNAN DAN KELUARGA NABI MUHAMMAD
Keturunan Nabi Muhammad
Keluarga Nabi Muhammad
KELAHIRAN DAN EMPAT PULUH TAHUN SEBELUM KENABIAN
Kelahiran
Dibesarkan bersama bani Saad
Nabi Muhammad dipulangkan kepada ibunya
Bersama datuk Nabi Muhammad
Nabi Muhammad dihantar kepada bapa saudaranya
Nabi Muhammad dijadikan perantaraan untuk menurunkan hujan
Pendeta Bahira
Peperangan Al-Fijar
Perjanjian Al-Fudhul
Menghadapi kehidupan yang memerlukan usaha dan kesungguhan
Berkahwin dengan Khadijah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...