Travelog Maghribi merupakan himpunan catatan dan pengalaman menarik penulis sepanjang perjalanan beliau bersama keluarga menuju ke bumi matahari terbenam; Maghribi untuk mengikuti kelas bahasa Arab Intensif selama sebulan setengah di sana.
Penulis yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Inteam telah menempuh beberapa buat negara seperti Mesir dan Sepanyol dalam perjalanan ke Maghribi, manakala dalam perjalanan pulang pula mereka telah melalui beberapa buah negara iaitu Itali, Switzerland, Perancis, United Kingdom dan transit di Abu Dhabi sebelum pulang ke tanahair.
Selain itu, penulis turut berkongsi beberapa panduan sepanjang kembara ini terutamanya untuk mereka yang merancang untuk ke Maghribi atau ke mana-mana negara yang telah dilalui penulis. Fes, Rabat, Casablanca, Marrakesh, Merzouga, Ifrane, Meknes adalah beberapa bandar dan daerah yang sempat diziarahi penulis sepanjang berada di Maghribi.
Membaca buku ini membawa kita seolah-olah berada bersama-sama dalam pengembaraan penulis menjelajahi tempat-tempat menarik dan bersejarah di negara-negara yang dilawati penulis. Siru ala barakatillah... Berjalanlah dalam keberkatan Allah.
No comments:
Post a Comment