Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Hilal Asyraf. Show all posts
Showing posts with label Hilal Asyraf. Show all posts

Tuesday, October 18, 2022

Dalam Dakapan Al-Quran ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Buku Dalam Dakapan Al-Quran adalah buku edisi kemaskini buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan karya Hilal Asyraf, yang mengandungi tadabbur 25 ayat Al-Quran pilihan supaya dapat dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, agar masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.

Buku ini bertujuan mengajak masyarakat memandang Al-Quran lebih dari sekadar bahan bacaan. Ada di antara kita yang membacanya setiap hari, ada juga yang membacanya semasa Ramadhan sahaja, atau mungkin ketika kemalangan dan bencana sahaja, mengikut situasi masing-masing. Buku ini adalah hasil inspirasi daripada seorang guru penulis, Dr. Muhammad Jamal, yang mengajarkan beberapa mata pelajaran berkaitan Al-Quran, di Yarmouk University. Beliau adalah anak murid kepada Almarhum Dr. Fadhl Hassan ‘Abbas, seorang ulama tafsir terkenal di Jordan yang sangat dihormati ramai.

Dr. Muhammad Jamal, antara kegemarannya ialah memberikan kerja kursus dalam bentuk tambahan maklumat. Beliau contohnya, akan memetik satu kalimah di dalam Al-Quran, kemudian menyuruh kami mencari pandangan ulama berkenaan kalimah tersebut, dan mencadangkan kepada kami beberapa buah buku untuk kami pilih sebagai rujukan. Pada satu hari, setelah kami menghantar kerja kursus

Monday, November 18, 2019

Amru Rebellion ~ Hilal Asyraf, Aeril Zafrel

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah yang diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. Cinta juga berputih di dalam jiwanya dengan santri rupawan, Zaharah.

Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribut mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk.

Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya.

Tanpa Amru sedari, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya!

Membunuh Muhammad ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus’ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk.

Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi misi yang besar – Membunuh Muhammad!

Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus’ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.

Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini?

Samurai Melayu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Lebih sedekad Ryujin dihantar pulang ke Malaysia sebagai ‘senjata rahsia’ bagi Ryuken. Tetapi tidak sekali pun dia diaktifkan.

Sedekad berlalu dan suasana Malaysia telah berubah ke arah yang lebih baik. Malaysia kembali menjadi Harimau Asia, dan kini pembebas Masjid Al-Aqsa, juara bukan sahaja untuk ummat Islam tetapi juga insan sejagat, berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa besar yang lain.

Ketika inilah, Ryujin diaktifkan semula.
Malangnya, bersama Malaysia, Ryujin telah berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Perubahannya tidak diterima baik oleh Ryuken, yang kemudian menghantar Syaitan Bertujuh untuk menamatkan nyawanya.
Ryujin bangkit menentang!

Ikuti novel terkini dalam Siri Alam HERO yang pastinya penuh debaran, konflik dan bersulam mesej tarbawi yang mendalam!

Encik Pembunuh ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Di dalam dunia pembunuh upahan, dia digelar 'Izrail Dunia Gelap' kerana telah membunuh lebih 900 orang.

Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kariernya itu. Pertemuan dengan Amirah secara kebetulan, membuatkan dirinya tambah nekad untuk berubah.

Langkah pertama? Melamar Amirah ketika itu juga!

Adakah Faisal akan berjaya keluar daripada dunia gelapnya?

Dapatkan sambungan Novel Pemburu ini yang pastinya disulami pelbagai pengajaran, aksi hebat dan konflik yang mencabar!

Hero ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

HERO, adiwira misteri, penjaga Kotaraya Angsana, juga merupakan identiti kedua bagi Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih mesra digelar Afam.

Afam didedahkan dengan projek HERO semenjak kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan ngeri, yang hakikatnya merupakan rantaian konspirasi daripada Syaitan Bertopeng, organisasi misteri di dalam dunia gelap Malaysia.

Walau punya konflik dan tidak mengikuti jejak langkah bapanya sebagai insan patuh syariat, Afam cuba membela kematian mereka berdua. Namun selepas dua tahun, usahanya masih tidak mendatangkan hasil. Kehadirannya membuatkan Syaitan Bertopeng leboh berhati-hati!

Kini konflik Afam bertambah. Untuk menyelamatkan haknya mewarisi harta tinggalan Dato' Amir Muiz, Afam perlu menikahi seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna, amat kontradik dengan sikap dan cara hidupnya.

Pada masa yang sama, watak misteri muncul di Kotaraya Angsana, memberikan ancaman besar terhadap aktivitinya sebagai Hero. Sementara Syaitan Bertopeng terus bermaharajalela mengawal Kerajaan Malaysia yang korup dan semakin hampir menyempurnakan misi mereka!
Mampukah Afam menghadapi semua ini?

Sunday, November 17, 2019

Sebelum Kita Bernikah ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

"Bila nak kahwin?"

"Belum ada calon," begitu jawabnya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik, mungkin memang sudah tiba mas untuk dia bernikah.

Adakah perlu ada calon dulu, baru persiapan diri?
Atau persiapkan diri dulu, baru cari calon?
---

Buku ini bukan mahu membahaskan tentang bercinta sebelum atau selepas nikah. Ia hadir sebagai bimbingan buat kita menguruskan perasaan, disaat kita mencari cinta sehinggalah menempuh alam rumah tangga.

Buku ini sesuai untuk mereka yang:
1. Berniat untuk bernikah.
2. Sedang merancang dan mencari panduan pernikahan.
3. Merasakan dirinya sudah jatuh cinta dan mahu mengambil langkah seterusnya.

Monday, April 15, 2019

Membunuh Muhammad ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Novel Membunuh Muhammad merupakan novel terbaru dan terakhir bagi siri HERO.

Nobu mengambil tindakan drastik bagi memastikan kekalahan total buat Malaysia, yang semakin dianggap sebagai ancaman buat kuasa-kuasa besar dunia.

Berjaya mencuri Elemen Baru dan maklumat rahsia daripada Mr Umayer, Nobu membina Mesin Masa tersendiri dengan satu misi:

MEMBUNUH MUHAMMAD, Nabi kepada ummat Islam!

Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab tidak berdiam diri dan cuba untuk memintas cubaan tersebut dengan turut membina Mesin Masa. Saksikan final Siri HERO yang pastinya amat epik dan mendebarkan ini.

Hikayat Satria-Satria Sejati: Badai Perjuangan ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ariki koma selama enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegarkan semua. Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar! Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki, Aifer, Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu. 

Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf! Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci, dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus, mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu. Pengembaraan Satria-Satria Sejati terus bergolak dan mendebarkan!

Samurai Melayu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Sambungan kepada Surihati Encik Pembunuh ini mengisahkan Mus'ab, seorang ejen rahsia bagi Organisasi Ryuken yang dihantar ke Malaysia untuk diaktifkan kelak. Namun 15 tahun berlalu, Mus'ab langsung tidak diaktifkan. Tetapi kini tiba-tiba Ryuken mengaktifkannya. Namun, Mus'ab itu sendiri telah berubah. Bantahan Mus'ab kepada arahan tersebut mula mengancam nyawa keluarganya. Lantas Mus'ab mengambil jalan sendiri, memberontak dan kembali menghunus senjata.

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Enam bulan telah berlalu semenjak tragedi di Wagaganda. Ishmakil masih belum pulang menumbuh perasaan risau dalam diri Ariki dan rakan-rakan. Ibu Umeira menghantar mereka ke Timur untuk menjejaki Ishmakil. Destinasi pertama Ariki dan rakan-rakannya ialah Mastazadi, sebuah negara pahlawan yang dipimpin seorang budak.

Tanpa Ariki ketahui, perjalanannya ke Mastazadi itu bakal dipenuhi dengan konflik dan tragedi!

Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagaganda telah menginspirasikan pemberontakan. Kini pemberontak berkumpul mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Lutello, Maharaja Mukan'Aja. Lutello bergerak ke sana untuk menghapuskan mereka, tanpa menyedari sesuatu yang besar sedang menantinya.

Sumpahan Legenda ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan berzaman-zaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah sseorang pendekar itu dinobatkan gelaran Legenda.

Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri, mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut dengan rasmi selepas itu.

Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaanya tamat, dengan satu misi - menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar sebuah sekolah persilatan.

Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya unutk melunaskan dendam mebara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!

Tetamu Tuhan 50 hari ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Berumur 30-an, Wasim hidup sederhana bersama keluarganya di Kuala Lumpur, menyara hidup dengan perniagaan kecil di dalam talian bersama pendapatan cukup-cukup makan. Anti-sosial, ketagihan rokok dan tidak menjaga solat, Wasim tidak betah bergaul dengan orang ramai, dan kehidupannya juga terumbang-ambing dengan tekanan ekonomi serta jauh dari kepatuhan kepada Tuhan.

Tanpa diduga, Wasim mendapat jemputan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 hari bagi urusan menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ada yang mahu menanggung!

Mengenali dirinya, Wasim sendiri mempersoalkan, apakah dia layak menjadi tetamu Tuhan?

Mampukah dia bertamu di Tanah Suci dengan baik selama 50 hari, dengan keadaan dirinya yang sedemikian rupa?

Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Airi lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.

Surihati Encik Pembunuh ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ahli-ahli dunia gelap telah menggelarnya sebagai 'Izrail', kerana setiap kali organisasi dunia gelap tumbang, dialah yang bertanggungjawab. Dia telah meragut 900 nyawa. Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kehidupannya itu. Sedang kemelut jiwanya mencapai kemuncak, kenalan lamanya Amirah muncul. Faisal membuat tindakan drastik melamar ketika itu juga. Berhajat Amirah menjadi surihatinya, menemani dan membantunya keluar dari kegelapan.

Pada masa yang sama, Organisasi Hitam, yang menaungi Faisal, mempunyai satu agenda rahsia yang bakal menggegarkan Malaysia.

Apakah Faisal akan berjaya menyelamatkan dirinya?

Pemburu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Malaysia di ambang peristiwa besar. Pembebasan Masjidil Aqsa, kini bukan lagi mimpi, bahkan tidak lama lagi menjadi realiti. Malaysia menerajui misi agung tersebut dengan kepimpinan kini yang sangat jujur, dedikasi dan amanah dalam melakukan tanggungjawab.

Kejahatan tidak meredhai akan hal ini. Satu organisasi rahsia mula melancarkan serangan demi serangan dari dalam untuk memporak-perandakan Malaysia, meruntuhkan kredibitilitinya dengan peristiwa demi peristiwa buruk.

Bakri dan bapanya Mustafa, punya sejarah hitam yang organisasi rahsia ini. Orang yang mereka cintai telah diragut daripada kehidupan mereka. Mengetahui organisasi tersebut mula memberikan fokus kepada Malaysia, mereka menuju ke sana.

Di Malaysia, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, berlangsung!

Friday, April 7, 2017

Dosa Dan Insan: Perjalanan Menuju Allah ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Dosa dan Insan, jika kita teliti dua hal ini, sesungguhnya tidak dapat kita nafikan bahawa kedua-duanya tidak terpisah. Sebagai manusia biasa, kita punya dosa. Pasti ada kekurangan dan kelemahan kita. Mungkin ada yang telah mampu kita tinggalkan, mungkin ada yang masih bertempur untuk meninggalkannya, dan mungkin sahaja ada antara kita yang jatuh semula, lagi dan lagi.

Tuesday, April 4, 2017

Mari Menjadi Hamba ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari yang betul-betul.

Buku PURIS Mari Menjadi Hamba oleh Hilal Asyraf ini telah diberi nafas baharu serta garapan mesej yang lebih terkini terdiri daripada pengumpulan artikel-artikel yang membawa kita terus pulang kepada Allah, tanpa melupakan praktisnya dalam kehidupan.

Mari Menjadi Hamba hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang mapan dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Mari Menjadi Hamba kali ini diharap dapat memberikan anjakan dan gesaan agar kita melihat persoalan-persoalan itu dari satu sisi yang baharu. Bagi HILAL ASYRAF, dia menulis kerana mahu menyampaikan, sebagai peringatan buat diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada dirinya itu untuk pembangunan umat. Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

Friday, January 15, 2016

25 Ayat Al-quran Pilihan: Muhasabah Jiwa & Minda ~ Hilal Asyraf

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertaKwa. Dalam Al-Quran, terdapat banyak pesanan dan panduan, untuk bekalan seorang hamba menyempurnakan kembaranya di dunia dengan baik.

Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda, sebagaimana tajuknya, mengambil 25 ayat Al-Quran untuk dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, untuk masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.

Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar?

Masa untuk kembali bermuhasabah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Surah Al-Baqarah ayat 30: Menyelami Makna Khalifah
Komen Asy-Syahid Syed Qutb Berkenaan Ayat Ini
Khalifah Tidak Mesti Berjawatan
Siap Memikul Tanggungjawab

Bab 2: Surah Az-Zariyat ayat 56: Hakikat Kehambaan
Komen Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
Hakikat Kehidupan dan Kehambaan
Pengabdian Itu Bukan Ritual Sahaja
Allah Tidak Mahu Apa-Apa daripada Kita. Semua untuk Kita
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...