Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Meg Meeker M.D.. Show all posts
Showing posts with label Meg Meeker M.D.. Show all posts

Monday, October 19, 2020

Strong Fathers Strong Daughters (Edisi Bahasa Melayu)~ Meg Meeker M.D

(SEM & SS) RM33.00 > RM30.00

Dunia anak perempuan adalah lebih kecil dari dunia kita sebagai bapa, bukan hanya secara fizikal, tetapi juga secara emosi. Ia lebih rapuh dan lembut kerana wataknya diuli seperti doh roti di atas papan pemotong.

Kita tahu bahawa kita perlu menjadi seorang yang lebih menyayangi. Ataupun menjadi lebih bersabar. Ataupun menjadi lebih berani, rajin, ataupun setia. Tetapi bolehkah kita? Ia adalah sebahagian dari satu sudut perspektf. Untuk lebih mencintai anak perempuan, mungkin kelihatan rumit pada kita, tetapi ia sangat mudah untuknya.

Menjadi seorang hero bagi anak perempuan mungkin menakutkan kita, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi mudah. Melindungi dan mengajarnya tentang Tuhan, seks, dan kerendahan hati tidak memerlukan ijazah dalam bidang psikologi. Ia hanya perlu menjadi seorang ayah.

 

Wednesday, April 1, 2020

Strong Mothers Strong Sons (Edisi Bahasa Melayu) ~ Meg Meeker M.D.

(SEM & SS) RM37.00 > RM33.30

Para pemuda pada hari ini banyak mengalami keadaan yang disebut sebagai ‘krisis budak lelaki’. Seperti yang ditulis oleh ahli psikologi dan penulis, Dr. James Dobson dalam buku beliau bertajuk Bringing Up Boys, “Anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan adalah enam kali lebih cenderung mempunyai masalah pembelajaran, tiga kali ganda lebih besar kemungkinan menjadi penagih dadah, dan empat kali lebih kebarangkalian mengalami gangguan emosi…. “

Jika kita melihat pada dinamik unik hubungan indah ini, kita dapat melihat para ibu sebenarnya mempunyai tekanan mereka sendiri, yang berbeza daripada pengalaman anak lelaki mereka. Penting untuk kita memahami kedua-duanya, iaitu tekanan yang unik kepada kanak-kanak lelaki dan tekanan yang unik kepada si ibu. Kadangkala, kedua-duanya akan bersilang dan kadang-kadang tidak.

Penulis akan kongsikan setiap set ini secara terperinci. Penulis akan kongsikan semua isu yang dihadapi oleh kaum ibu. Ini kerana penyelidikan menunjukkan, cara terbaik bagi membantu seorang lelaki adalah dengan membantu insan yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap diri mereka. Bagi berjuta-juta lelaki di dunia ini, insan itu adalah ibu mereka.

Friday, February 28, 2020

The 10 Habits of Happy Mothers (Edisi Bahasa Melayu) ~ Meg Meeker M.D.

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

"Sekiranya kita sanggup bersusah payah menolak lapan kilogram tembikai melalui bukaan sebesar lapan inci, kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahukan. Apa sahaja.”

Kita akan belajar 10 tabiat baru yang membawa keseronokan, ketertiban, dan ketenangan dalam hidup kita semula.

Tabiat #1: Memahami Nilai Diri sebagai Seorang Ibu
Tabiat #2: Mengekalkan Persahabatan yang Penting
Tabiat #3: Menghargai dan Mengamalkan Kepercayaan Kita
Tabiat #4: Mengatakan Tidak pada Persaingan
Tabiat #5: Mencipta Hubungan yang Sihat dengan Wang
Tabiat #6: Meluangkan Masa untuk Bersendirian
Tabiat #7: Memberi dan Menerima Kasih Sayang dengan Cara yang Sihat
Tabiat #8: Mencari Cara untuk Hidup Sederhana
Tabiat #9: Membuang Perasan Takut
Tabiat #10: Harapan adalah Keputusan - Membuat Keputusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...