(SEM & SS) RM29.00 > RM28.00Kitab Fathul Qarib Al-Mujib ini merupakan syarah bagi matan Qadi Abu Syuja’ atau Syeikh al-‘Alim al-Allamah al-Imam Syihab Ad-Dunya wa Ad-Din, Ahmad bin Husain bin Ahmad Al-Asfahani As-Syafi’e rahimahullah. Beliau merupakan seorang ulama besar Mazhab Syafie. Kitab ini telah disyarah dan diberikan penjelasan oleh Imam Muhammad bin Qasim Al-Ghazi.
Sebuah kitab klasik yang menghimpunkan perbicaraan fiqh lengkap Mazhab Syafi’e. Perbahasan bab feqah berkisar tentang:
- Kitab Taharah, Kitab Solat, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab Haji
- Kitab Jual Beli dan Beberapa Akad Mu’amalah Selainnya
- Kitab Pembahagian Warisan dan Wasiat
- Kitab Nikah Dan Hukum-Hakam yang Berkaitan Dengannya
- Kitab Jinayat, Kitab Hudud, Kitab Jihad
- Kitab Haiwan Buruan Dan Sembelihan
- Kitab Hukum-Hakam Perlumbaan Dan Memanah
- Kitab Hukum-Hakam Pengadilan Persaksian
- Kitab Pembebasan Hamba
Kitab ini amat masyhur dan dijadikan sebagai bacaan dan rujukan di pengajian sekolah pondok tradisional atau pesantren klasik di rantau Nusantara sehingga hari ini.
No comments:
Post a Comment