Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, December 15, 2021

Perbahasan Ilmu Tajwid ~ Dr. Surul Shahbudin al-Nadwi

(SEM & SS) RM40.00 > RM39.00

Melihat kepada buku-buku tajwid berada dalam pasaran dengan variasi yang berbeza telah memberi inpak besar dalam menolong masyarakat untuk memahami kaedah bacaan al-Quran yang sebenar. Maka buku tajwid ini muncul dengan paparan maklumat lengkap ilmu tajwid dengan bahasa yang mudah. 

Penulis telah menyusun bab demi bab mengikut method ilmu tajwid yang selalu diamalkan. Penulis telah memuatkan huraian setiap bab dengan takrif, contoh dan juga mengambil pandangan yang rajiih dalam riwayat Hafs mengikut Tariq al-Syatibiy seperti kadar mad munfasil mengikut riwayat tersebut. Selain itu penulis juga telah membawa satu penemuan baru iaitu tentang makraj halqum yang rata-rata memahami bahawa enam huruf halqi tersebut telah keluar dari halqum. Tetapi perkara sebenarnya ialah makhraj halqum terletak pada kawasan peti suara dan ilmu sains menyatakan suara seseorang tak akan keluar selepas peti suara. 

Paparan yang menarik juga boleh dilihat ketika penulis menghurai perbandingan tariq-tariq dalam bacaan riwayat Hafs pada bab Mad al-Munfasil dengan menggunakan jadual yang mudah difahami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...