Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, February 7, 2022

Permata hati 9 Bulan 10 Hari ~ 25 Penulis, Sa'adiah Shuib

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Coretan daripada 25 orang penulis memberi manfaat yang tidak ternilai berbanding dengan harga yang perlu dibayar untuk keringat para penulis. Sebagai panduan menjadi ibu dan ayah terbaik untuk permata hati.

9 Bulan 10 Hari, membicarakan pengalaman, realiti, regatta imaginasi dan kreativiti yang tinggi, menjadi kekuatan dan panduan untuk menjadi ibu dan ayah terbaik buat permata hati yang bakal dilahirkan nanti.

Debaran ibu bersama denyut nadi permata hati yang dikandung. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu saat hamil dan melahirkan. Emosi yang naik turun, mudah marah, mudah menangis, mudah tersinggung, ngidam yang ternyata bukan mitos, mual dan muntah, sukar tidur dan kaki menjadi bengkak.

Kalau ada anak yang merasakan dirinya hebat, tanpa ingat jasa seorang ibu yang membesarkannya, itu anak tidak pandai mengenang budi. Ketika janin, di perut siapa engkau hidup? Siapa yang memujukmu ketika engkau menangis? IBU!
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...