Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, June 14, 2013

Doa dan Amalan Agar Terhindar Dari Pelbagai Jenis Penyakit ~ Fhadil Ahmad Haikal

Hidup sihat merupakan salah satu nikmat terbesar dalam kehidupan kita.Tidak seorang dalam kalangan kita yang mahu mengidap penyakit atau mahu jatuh sakit. Apatah lagi penyakit yang kronik dan boleh membawa maut. Namun bagaimanakah kesedaran kita dalam menjaga dan memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik. Nikmat sihat seringkali membuat kita lupa dan leka. Apabila sudah jatuh sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat sihat. Dan betapa mahalnya sakit.

Kenapa kita tidak menjaga kesihatan semasa kita masa sihat dan segar bugar, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubat?
Dan salah satu cara untuk pencegahan adalah dengan berdoa. Selain daripada berusaha, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk mengiringi usaha yang kita lakukan dengan doa dan permintaan kepada Allah S.W.T. Doa juga merupakan senjata yang begitu ampuh bagi seorang mukmin. Bukan saja itu dengan berdoa kita insya Allah dianugerahkan dengan ganjaran kebaikan kerana berdoa kepada Allah itu adalah ibadah yang paling Allah sukai. 

Buku ini mengupas lebih lanjut tentang doa-doa agar kita dihindarkan daripada penyakit yang membahayakan dan agar kita lebih tenang menghadapi apa jua dugaan penyakit yang Allah cubakan ke atas kita. Semoga buku ini dapat kita amalkan agar kita sentiasa mendapat keredaan Allah.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...