Manakala kitab yang berada di tangan pembaca ini adalah susulan daripada kitab tersebut yang mengandungi jilid ke 3 dan ke 4. Di antara kandungan jilid ke 3 adalah berkenaan : Kitab Mu’amalat (kerja-kerja Hidup), Kitab Umra dan Ruqba, Kitab Hibah-sedekah-Hadiah, Kitab Al-Wadi’ah (Barang Petaruhan), Kitab Luqatah, Kitab Ihya’ Al-Mawat, (Menghidupkan Bumi Yang Mati), Kitab Bai’ Al-Ikrah (Beli paksa), Kitab AI-Ghashab (Rampasan) Kitab Al-Washaya (Wasiat-Wasiat), Kitab Waqaf, Kitab Ath-Tha’am (Darihal Makanan), Kitab Udhiyyah (Penyembelihan) dan Ash-Shaid. Manakala jilid ke 4 pula membicarakan berkenaan: Kitab An-Nikah, Kitab Ath-Thalaq, Kitab Mut’ah, Kitab Khulu’ , Kitab IIa’, Kitab Zihar, Kitab Qazaf (Tuduhan), Kitab Li’an, Kitab khiyar (sebab-sebab khiyar Di dalam Nikah), Kitab `Iddah, Kitab Ruju’, Kitab Al-Hadhanah (Asuhan) dan Kitab Aqiqah. Dan sesungguhnya kitab ini asalnya adalah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa sebarang pindaan daripada teks asal agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat di dalam teks asal.
Dapatkan, Al-Quran, buku agama, novel Islamik dan buku-buku berkaitan Islam yang lain dengan diskaun setiap hari. Semua buku adalah buku baru.
Hubungi Kami
Tuesday, November 2, 2021
Pelajaran Feqah Al-Mu'in Al-Mubin Jilid 3 & 4 ~ Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim
(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00Masyarakat Islam di Malaysia hari ini sudah mulai menyedari terhadap hukum-hukum agamanya yang mengenai ibadah itu hendaklah mempunyai sandaran-sandaran daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah supaya tiada lagi menjadi qurban bid’ah dan khurafat yang diada-adakan itu.Di atas kesedaran inilah, maka Ustaz Syarif Zaini Daud telah pun berusaha menghasilkan sebuah kitab yang telah diterjemahkan dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Malaysia (Tulisan Jawi) yang diberi tajuk Al-Mu’in Al- Mubin. Pengarang asal bagi kitab ini ialah Shahib AlFadhilah Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim. Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid. Jilid 1 dan ke 2 telah pun dibukukan di dalam satu kitab dan telah pun berada di dalam pasaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment