Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Fauzi Abdul Hamid. Show all posts
Showing posts with label Fauzi Abdul Hamid. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Step-by Step Solat Lelaki & Perempuan ~ Fauzi Abdul Hamid

Buku ini ditujukan khas untuk umat Islam yang mula belajar solat dan ibadat berkaitan dengannya. Selain itu, buku ini sebagai rujukan dan panduan untuk ibu bapa yang mendidik anak tentang solat di rumah. Seterusnya sesuai bagi guru-guru yang mendidik asas solat dan memperkenalkan solat kepada ank muridnya.

Oleh itu, “Step-by-Step Solat” ini memberikan panduan dan tip bagaimana mendirikan solat secara teratur dan sempurna. Penyampaian yang mudah dan jelas berserta sisipan fotografi dan ilustrasi yang menarik. Terdapat penjelasan teori serta praktikal panduan mengerjakan ibadat khusus. Buku ini praktikal untuk dipelajari di rumah dan sekolah. Turut sesuai menjadi bahan bantuan pengajaran. Info dan cara beribadat yang diterangkan jelas dan terperinci mudah difahami oleh para pembaca.
****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Thursday, February 20, 2014

Step-by-step Solat ~ Fauzi Abdul Hamid

Siapa wajib memiliki buku ini?
• Umat Islam yang mula belajar solat dan ibadat berkaitan dengannya.
• Rujukan dan panduan ibu bapa yang mendidik anak tentang solat di rumah.
• Guru-guru yang mendidik asas solat dan memperkenalkan solat kepada anak muridnya.
• Saya!

Mengapa membeli buku ini?
• Memberikan panduan dan tip bagaimana mendirikan solat secara teratur dan sempurna.
• Penyampaian yang mudah dan jelas berserta sisipan fotografi dan ilustrasi yang menarik.
• Penjelasan teori serta praktikal panduan mengerjakan ibadat khusus.
• Praktikal untuk dipelajari di rumah dan sekolah. Sesuai menjadi bahan bantuan pengajaran.
• Info dan cara beribadat yang diterangkan jelas dan terperinci

*****

(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00

Thursday, October 24, 2013

Solat Emergency ~ Fauzi Abdul Hamid

Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. 

Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat. Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit. 

Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Monday, July 29, 2013

Surah Yasin Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Berserta Hukum Tajwid ~ Fauzi Abdul Hamid

Surah Yasin merupakan salah satu surah lazim yang sering diamalkan oleh masyarakat Islam bagi memohon hajat atau perlindungan daripada Allah SWT. Surah ini sentiasa meniti di bibir dan terpahat di hati masyarakat Islam sama ada dalam kalangan anak-anak kecil ataupun dewasa berbanding surah-surah yang lain. Surah Yasin juga sering dibaca dalam majlis-majlis kesyukuran, doa selamat, qiamullail, mahupun ketika ditimpa musibah seperti keuzuran atau kematian. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam kerana menuntut keredhaan Allah Taala, nescaya dosanya diampunkan. Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mengamalkannya. 

Antara elemen menarik yang disuntik dalam bahan ini ialah panduan tajwid berwarna, panduan waqaf dan ibtida’ berwarna, terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta panduan transliterasi Arab Melayu. Oleh itu, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. mengharapkan surah Yasin ini bukan sahaja untuk memudahkan pembacaan, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada ayat yang panjang. Selain itu, ia juga relevan dan sesuai bagi saudara baru dalam Islam, golongan kurang atau tidak mahir dalam bahasa Arab, anak-anak dan semua peringkat masyarakat Islam. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat yang besar kepada masyarakat dan dinilai sebagai amalan soleh di sisi Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM6.00 - RM5.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...