Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Mohd Solleh Ab. Razak. Show all posts
Showing posts with label Mohd Solleh Ab. Razak. Show all posts

Saturday, October 13, 2018

Mendampingi Al-Quran ~ Mohd Solleh Ab. Razak

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Melihat kepada tajuknya sahaja pembaca mungkin sudah mengerti apakah inti pati buku karya Ustaz Mohd Solleh ini. Memandangkan umat Islam terdiri daripada pelbagai golongan, maka penulis mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku yang mampu memberi panduan yang padat dan menyeluruh tentang kitab indah ini. Buku ini dihasilkan dari perspektif al-Quran itu sendiri, dalam usaha untuk membantu pembaca pandai membaca, memahami dan mengamalkan kandungannya. 

Antara yang dikupas dalam buku ini ialah sifat-sifat al-Quran, adab-adab membaca al-Quran, apakah itu tilawah al-Quran?, cara meraih kemanisan dalam solat, cara mentadabbur al-Quran dan sebagainya.

Sunday, July 9, 2017

Syarah Hadis 40 Imam Ibn Al-'Aththar: Murid Kanan Imam Al-Nawawi ~ Mohd Solleh bin Abdul Razak

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Istimewanya Syarah Hadis 40 ini adalah kerana ia dihuraikan oleh murid kanan Imam al-Nawawi sendiri, iaitu Imam Ibn Al-‘Aththar. Beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi pernah berazam untuk mensyarahkan Hadis 40 yang dihimpun oleh beliau, namun belum sempat hajatnya tercapai, ajal menjemput beliau. Maka Imam Ibn al-‘Aththar meneruskan azam gurunya dengan mensyarahkannya berdasarkan ilmu-ilmu yang beliau pelajari daripada Imam al-Nawawi. 

Imam Ibn al-‘Aththar berusaha menukilkan sebanyak mungkin kata-kata Imam al-Nawawi dalam syarahannya. Sudah tentu ia menjadi lebih istimewa kerana hurainnya lebih dekat dengan jiwa penulis asal.


Tuesday, March 7, 2017

Projek Hafal Hadis ~ Mohd Solleh Ab. Razak

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Buku Projek Hafal Hadis ini bersesuaian dengan tajuknya iaitu untuk mengajak semua golongan baik kanak-kanak mahupun dewasa untuk menghafal dan menghayati hadis Rasulullah SAW. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian dengan setiap bahagian menerangkan tentang ilmu hadis secara tepat dan padat. Apabila kita sudah menguasai dan mengetahui tentang sesuatu hadis itu sudah tentu kita lebih yakin untuk menyampaikan ilmu atau berhujah bagi mengajak lebih ramai lagi golongan untuk meminati Islam, insya-Allah.

Friday, July 3, 2015

Dive Solehah ~ Siti Nur Fatimah Hassan, Mohd Solleh Abdul Razak

Buku “Diva Solehah” ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. Buku ini juga untuk menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertetapan dengan syariat Islam.

Mengapa anda perlu memiliki buku ini?
– Perbincangan yang santai dan berfakta.
– Hujah dan dalil yang dikemukakan ringkas dan padat serta memudahkan pemahaman.
– Illustrasi dan grafik yang berwarna penuh mampu menarik perhatian pembaca.
– Sesuai dijadukan bahan israh, sebagai rujukan dan hadiah buat teman serta ahli keluarga.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Thursday, October 24, 2013

Anakku Seorang Hafiz ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Bagaimanakah cara memotivasikan anak untuk menghafaz al-Quran? Bagaimanakah untuk merancang? Apakah formula dan kaedah yang sesuai untuk anak-anak menghafaz al-Quran? Bagaimanakah cara berhadapan dengan permasalahan anak ketika menghafaz al-Quran?

Setiap persoalan ini diperjelaskan dalam buku “Anakku Seorang Hafiz” ini agar dapat membantu dan menyuluh jalan dalam mendidik dan mentarbiah, seterusnya merealisasikan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menghafaz al-Quran. Buku “ANAKKU SEORANG HA FIZ” ini sesuai untuk dijadikan salah satu bahan panduan dalam mendidik anak-anak kita menghafaz al-Quran sama ada di rumah atau di sekolah. Panduan yang dibariskan oleh penulis begitu jelas mampu membantu dan memudahkan usaha yang murni ini. 

Panduan yang dibentangkan juga, bukan sekadar melalui pengalaman sahaja, malah dikuatkan oleh pengalaman-pengalaman para ulama dan diteguhkan lagi oleh fakta serta formula yang diyakini kemampuannya.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...