Bukan itu sahaja, kita juga dapat membayangkan betapa hebat madrasah atau institusi pendidikan Rasulullah yang begitu unggul sekali dalam membina keperibadian seorang mukmin dan mukminah sejati. Keperibadian yang telah mencorakkan warna istimewa kepada peradaban dunia.
Ketika zaman perkembangan dan kemajuan tamadun Islam itu, banyak nama-nama besar yang boleh kita jadikan contoh dalam bidang dan kemahiran masing-masing. Malah jika kita baca dan selidiki kebanyakan ilmu-ilmu seperti sains, perubatan, matematik, fizik, alam semesta, pensejarahan dan sebagainya telah dipelopori oleh cendiakawan Islam. Penemuan dan penguasaan tentang ilmu-ilmu ini telah dikaji dan dikuasai oleh orang Islam.
Buku ini menghidangkan biografi 100 orang tokoh Islam yang berperanan dalam bidang masing-masing dalam meninggikan lagi martabat agama Islam yang syumul ini. Moga¬moga dengan perkongsian yang padat ini, dapat memberikan sesuatu inspirasi kepada kita untuk istiqamah dan bersungguh¬sungguh dalam meraih keredaan Ilahi.rnah susut. Lebih-lebih lagi di era informasi dan ilmu di hujung jari dan dunia tanpa sempadan ini.
*****
(SEM) RM58.00 - RM51.00
(S/S) RM61.00 - RM53.70
No comments:
Post a Comment