Ada berbagai bentuk karamah yang dianugerahkan Allah kepada mereka "teristimewa" itu. Abu Bakar, sebagai contohnya, ketika ada tetamu, sedangkan makanan di rumah sangat sedikit, tiba-tiba makanan yang dihidangkan kepada tetamunya menjadi banyak dan semua orang mendapatkan bahagiannya. Beliau juga diberikan karamah mengetahui kematian dan jantina anaknya yang bakal di lahirkan.
Manakala seorang lagi sahabat iaitu Umar bin Khattab dianugerahkan karamah berupa kemampuan berbicara dengan orang mati. Selain itu, karamah terbesar Umar adalah syaitan takut kepadanya. Sebuah keajaiban yang Allah anugerahkan hanya kepada mereka yang menjadi kekasih-Nya.
Buku ini merupakan kitab himpunan karamah amat dahsyat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Sudah pasti, moralnya agar kita mengambil pelajaran yang sangat berharga, bahawa Allah S.W.T. benar-benar Maha Kuasa. Selamat membaca dan ambillah hikmah sebesar-besarnya dari buku ini.
*****
(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80
No comments:
Post a Comment