Ramai penceramah yang hebat-hebat telah mewarnai masjid-masjid dengan ceramah yang berbagai bentuk. Salah satu daripada cara menyampaikan ceramah yang berkesan dan mendalam terhadap masyarakat ialah dengan cara mengemukakan kisah baik daripada al¬Quran, as-Sunnah, kisah para nabi, kisah para ulama dan kisah daripada apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat seharian. Kerana itu amat jarang penceramah agama yang tidak mengemukakan kisah-kisah berikut. Bahkan al-Quran sendiri juga menggunakan uslub pengkisahan dalam menarik manusia untuk menerima akidah yang benar dalam kehidupan mereka.
Namun satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, dalam keseronokan menyampaikan ceramah dan menyelitkannya dengan berbagai-bagai kisah, tidak semua kisah yang dikemukakan itu merupakan kisah yang benar, kerana itu setiap penceramah agama dan pakar motivasi perlu memastikan kisah yang hendak diketengahkan kepada masyarakat benar-benar merupakan kisah yang benar.
Untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan kisah-kisah palsu dan rekaan, setiap penceramah perlu melengkapkan diri dengan pemahaman yang mendalam dan teliti terhadap al-Quran dan juga as-Sunnah dan kisah-kisah yang terdapat di dalamnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan kisah-kisah lemah yang biasa diceritakan oleh para penceramah dan bagaimana untuk para penceramah mengatasi perkara tersebut, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan kisah para nabi dan sahabat.
*****
(SEM) RM40.00 > RM35.20
(S/S) RM43.00 > RM37.80
Berminat nak beli. Bgimana?
ReplyDeleteAwang Safri: boleh emel kami di diskaunbukuislamik@gmail.com atau whatsapp di 013-6786571
ReplyDelete