Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. Show all posts
Showing posts with label Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. Show all posts

Thursday, December 14, 2017

Fiqh Sunnah Berdasarkan Mazhab Al-Imam Al-Syafie ~ Prof. Madya Dr. Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

(SEM & SS) RM85.00 > RM74.80

FIQH SUNNAH, BERDASARKAN MAZHAB AL-IMAM AL-SYAFIE

• Keseluruhan tajuk yang dibahaskan (ibadah, muamalat, munakahat serta jinayah) berdasarkan pendapat dan hujah yang dikemukan oleh Imam al-Syafie beserta ulama yang mengikuti aliran ijtihadnya.

• Hujah dan dalil pula disertakan melalui al-Quran, hadis, ijmak ulama serta qias.
• Hadis yang menyokong pandangan ditakhrij agar diketahui darjat, martabat serta kedudukannya.

• Huraian isi diolah menggunakan bahasa melayu moden bagi membantu kefahama pembaca.

• Membantu para pendakwah, pensyarah serta golongan agamawan dalam memudahkan pembelajaran fiqh mazhab al-Syafie di Malaysia dalam semua bab.

Buku rujukan pertama yang mengumpulkan perbahasan tajuk keseluruhan berdasarkan mazhab al-Syafie yang lengkap dan merangkumi semua tajuk yang ada dalam fiqh mazhab al-Syafie itu sendiri.

Tuesday, July 7, 2015

Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustaz Syed Azmi bin Syed Abd Rahman, Ustaz Mohd AlNurulhuda bin Ghazali Al-Madani, Dr. Ustaz Abd Wahid bin Salleh Al-Merbawi

MUTAKHIR ini kita banyak digemparkan dengan peperangan yang berlaku di Timur Tengah yang melibatkan pencerobohan tentera terhadap sesebuah negara dengan tujuan perampasan kuasa dalam menakluk sesebuah negara. Sepertimana yang kita dapat lihat di Syria, tentera-tentera luar telah menceroboh negara tersebut bagi membantu golongan Syiah memerangi ahli Sunnah wal-Jamaah. Dalam pertempuran itu ramai yang telah kembali bertemu Allah SWT, dalam keadaan syahid.

Lebih menyedihkan lagi, Israel laknatullah telah sekian lama menceroboh tanah Palestin dan membuat penempatan mereka secara haram. Kita dapat lihat juga di Mesir berlaku rampasan kuasa pihak yang benar. Perkara ini telah mengundang kemarahan rakyat. Lalu mereka memberontak dengan membakar bangunan-bangunan kerajaan dan berhimpun di tengah-tengah Dataran Tahrir dengan mengadakan demonstrasi bagi menegakkan keadilan terhadap negara mereka. Mereka telah diserang oleh tentera-tentera kerajaan yang zalim. Ramai juga di antara mereka telah syahid.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan penceroboh, penderhaka dan juga mati syahid dalam Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, pemahaman masyarakat Islam dalam isu-isu di atas tidak lagi meleset dan pengetahuan mereka dalam isu-isu tersebut semakin meningkat dan matang.
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

Thursday, June 25, 2015

Fatwa-fatwa Berkaitan Fiqh Semasa di Malaysia ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Dr.Engku Ahmad Tajuddin bin Engku Alwi (Ph.D Syariah), Ustaz Zulkifli Bin Mohd (MA Syariah), Ustaz Ahmad Faizol bin Ismail (MA Syariah)

DALAM zaman yang serba moden ini, banyak masalah-masalah yang perlu di ijtihadkan hukum yang sesuai baginya sejurus dengan peredaran zaman yang begitu pantas. Masalah-masalah ini mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini dan tiada hukum yang khusus baginya. Di samping itu, tiada dalil-dalil yang khusus ditujukan kepada masalah tersebut. Oleh itu, para alim ulama, mufti-mufti dan para fuqaha' perlu mengeluarkan fatwa berkaitan dengan fiqh semasa. Namun, mengeluarkan fatwa ini bukanlah perkara yang mudah dan memikul amanah yang besar sebagaimana sabda baginda SAW, yang bermaksud: "Sesiapa yang diminta mengeluarkan fatwa tidak berdasarkan ilmu, dosa akibat fatwa tersebut ditanggung oleh orang yang mengeluarkan .fatwa itu sendiri."

Dalam ayat di atas, Allah SWT meletakkan perbuatan memperkatakan tentang agama Allah SWT tanpa berdasarkan ilmu sebaris dengan melakukan syirik kepada Allah SWT dan ia sekaligus menunjukkan bahawa mengeluarkan fatwa sama sekali tidak wajar dilakukan melainkan oleh ahli-ahlinya sahaja. Pengeluaran fatwa yang bukan daripada ahlinya mengundang dosa yang besar di sisi Allah SWT. Apalagi tidak semua orang yang belajar agama dan mampu menyampaikan ceramah kepada umum, boleh mengeluarkan fatwa, sebaliknya mereka yang memahami bidang fatwa dan semua selok-beloknya sahaja yang layak berbuat demikian.

Buku ini diketengahkan oleh penulis dengan hasrat untuk memudahkan kefahaman umat Islam tentang selok-belok dan isu-isu fatwa yang telah pun dijawab oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang melibatkan pelbagai isu serta bagi memudahkan perjalanan kehidupan seharian mereka. la melibatkan keseluruhan persoalan daripada isu akidah sehingga kepada fiqh makanan. Semoga dengan mengkaji dengan lebih mendalam dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, atas perbuatan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
*****
(SEM) RM40.00 > RM35.20
(S/S) RM43.00 > RM37.80

Menghayati Erti Zuhud: Dan Kehidupan Tokoh-tokoh Zuhud Generasi Awal ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustaz Aiman sufyan bin Haji Aezman al-Urduni

ZUHUD bermaksud tidak mementingkan hal-hal yang bersifat keduniaan dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Zuhud termasuk salah satu ajaran agama Islam yang sangat penting dalam rangka mengendalikan diri daripada pengaruh negatif kehidupan dunia.

Firman Allah SWT: "Dan tidakkah (dinamakan) kehidupan dunia, melainkan dari bermain-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?"
(Surah Al-An'am 6:32)

Zuhud dapat memberikan pemahaman sepenuhnya bahawa dunia adalah perkara yang tidak ada maknanya dan akan cepat bosan jika dibandingkan dengan yang ada di sisi Allah SWT. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kehidupan di dunia sifatnya hanya sementara, sehingga dalam kehidupan sehari-hari seseorang akan menganggap ganaah (cukup) terhadap rezeki dan ketentuan Allah SWT. Zuhud melahirkan sikap warak (menjaga diri agar tidak terjatuh kepada yang syubhat), tawakal, sabar dan syukur.

Ramai tokoh-tokoh besar yang mempunyai sifat zuhud kepada Allah SWT. Sebagai contoh Abu Sakar As-Siddiq r.a, seorang yang kaya namun sedikit pun tidak menghalang dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sifat zuhud ini penting kerana dapat membuat manusia memikirkan dan merenungi akhirat. Zuhud juga dapat mengalahkan hawa nafsu manusia. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kenikmatan duniawi tidak boleh memalingkan hati dan zikir kepada Allah SWT.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sifat zuhud yang terdapat pada tokoh-tokoh yang terdiri daripada sahabat-sahabat nabi serta kelebihan dan keburukan sifat zuhud, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan bersifat zuhud terhadap Allah SWT dan manusia.
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Friday, June 12, 2015

Anak Zina: Menurut Hukum Syarak & Undang-undang Sivil ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustazah Mashitoh Binti Mohamed Hashim

ANAK zina adalah anak yang lahir dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dan segi syariat Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, bahkan sebenamya anak itu adalah sempuma dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa. Finnan Allah SWT, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Surah at-Tin 95:4)

Janganlah kita menghina anak tersebut dan meminggirkannya sehingga dirinya merasa hina disebabkan kesalahan ibu bapanya. Berdosa besar bagi orang yang menaburkan fitnah dan mengaibkan orang di atas segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dosa ibu bapanya yang lalu biarlah mereka dengan Allah SWT, kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah SWT, mudah-mudahan Allah SWT, mengampunkan segala dosa keterlanjuran mereka dahulu. Sesungguhnya Allah SWT, menerima ampun bagi sesiapa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan status anak zina, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih menyayangi anakanak yang tidak berdosa ini.
*****
(SEM) RM9.00 > RM7.90
(S/S) RM10.00 > RM8.80

Tuesday, June 2, 2015

Kisah-kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula oleh Para Penceramah ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

ZAMAN ini kita dapat lihat di masjid-masjid dan di surau-surau dipenuhi dengan kelas pengajian agama. Alhamdulillah, satu perubahan terhadap sikap masyarakat kita terhadap kesedaran menuntut ilmu itu. Ceramah agama juga merupakan sebahagian daripada peringatan kepada umat Islam. Firman Allah SWT: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

Ramai penceramah yang hebat-hebat telah mewarnai masjid-masjid dengan ceramah yang berbagai bentuk. Salah satu daripada cara menyampaikan ceramah yang berkesan dan mendalam terhadap masyarakat ialah dengan cara mengemukakan kisah baik daripada al¬Quran, as-Sunnah, kisah para nabi, kisah para ulama dan kisah daripada apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat seharian. Kerana itu amat jarang penceramah agama yang tidak mengemukakan kisah-kisah berikut. Bahkan al-Quran sendiri juga menggunakan uslub pengkisahan dalam menarik manusia untuk menerima akidah yang benar dalam kehidupan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...